SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTabu liat tabu kapur, Sama tengah pokok keladi; Apa dibuat orang dapur, Kalau dah masak hidang ke mari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDapur kayu dapur belulang, Nampak saja berkilat-kilat; Cakap tuan tak usah berulang, Adik pandai menangkap kilat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBetul bodoh orang di dapur, Keris pesaka potongkan sayur; Sungguh songket bunga bertabur, Kerap tercampak di balik dapur. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi ke kedai membeli arang, Bawa dapur memasak kerang; Apa guna harimau garang, Kalau tidak memakan orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHiris rojak hantar ke surau, Hendak menjemput datuk penghulu; Gadis bijak orang tak hirau, Ilmu di dapur laksana dulu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKe bilik ke dapur, Gulai ayam pedas; Itik yang bertelur, Ayam yang menetas. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDuduk di dapur membakar inggu, Hendak mengubat sawan budak; Sawah berlumpur lagi kutunggu, Inikan pula padi dah masak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPermaisuri duduk di dapur, Dayang-dayang sedang menari; Doa abang tidak menyusur, Doa adik selebih lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetak belimbing condong ke dapur, Tetak tunjang dari dahan; Minta sirih dengannya kapur, Minta sekali dengan tuan-tuan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTepak sirih di tepi dapur, Buat pelantar di rumah Tuk Penghulu; Minta sirih barang sekapur, Buat ubat hati rindu. |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Dapur kayu dapur belulang, Nampak saja berkilat-kilat; Cakap tuan tak usah berulang, Adik pandai menangkap kilat.
Lihat selanjutnya... |
|