SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKuda ini kuda biasa, Kuda biasa makan di padang; Budak ini budak biasa, Biasa merebut kekasih orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKuda ini kuda biasa, Kuda biasa berjalan malam; Budak ini budak biasa, Buah mabuk hendak dimakan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak endong mandi berjirus, Sejuk sampai ke tulang sendi; Biasa kurenung biasa kubungkus, Berniaga belum pernah rugi? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari panas tidak menjemur, Saya biasa menjemur batu; Hitam manis kenapa tak tidur, Saya biasa tidur berpangku. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBeras padi makanan itik, Itik biasa makan berdua; Belas hati pandang ke bilik, Bilik biasa tidur berdua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukan kuda sebarang kuda, Kuda sudah biasa bermain; Bukan muda sebarang muda, Muda sudah biasa bermain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKe teluk orang menjala, Dalam telaga jauhlah rasa; Orang lain ada berpunya, Saya berkawan kerana biasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang menumbuk alunya tiga, Patah satu alu suasa; Adik tunduk malu ke siapa? Malu ke abang dah kenal biasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAir pasang matahari masuk, Banyak orang jual berangan; Jerat dipasang burung tak masuk, Burung biasa makan di tangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukan tidak saya katakan, Merbuk biasa makan di papan; Bukan tidak saya katakan, Buah mabuk jangan dimakan. |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Kuda ini kuda biasa, Kuda biasa berjalan malam; Budak ini budak biasa, Buah mabuk hendak dimakan.
Lihat selanjutnya... |
|