| 
	
                            
		
			
				
					
  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerang bulan terang gemerlang, Hantu berjalan laki bini; Jikalau tuan bersikap garang, Adik tak lama diam di sini. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerang bulan terang di kali, Buaya timbul disangka mati; Jangan percaya mulut lelaki, Lain di mulut lain di hati. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerang hari disinar fajar, Terang fajar sampai ke senja; Takkan lari gunung dikejar, Hilang kabus nampaklah dia. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerang bulan menggali ubi, Ubi digali lagi muda; Kalau tuan tak tahan rugi, Janganlah bermain dari mula. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerang bulan muka diukir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerang bulan bagai dibasuh, Bulan tidak mengambang lagi; Tinggal kain bekas tubuh, Badan tidak bersama lagi. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerang bulan bagai diukir, Tupai mengusik bunga durian; Sebarang perbuatan habiskan fikir, Tidak menyesal hari kemudian. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerang bulan tanpa cahaya, Raja Mesir bertenun kain; Tuan kupandang tanpa cahaya, Kalau tiada cinta yang lain. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerang bulan menggetah pungguk, Pungguk bersarang tali temarang; Pada tuan tembaga buruk, Pada saya intan berkarang. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerang bulan menggali ubi, Ubi digali berkarung-karung; Tuan di awan saya di bumi, Berkirim surat di mulut burung. |  | | Tesaurus | 
|---|
 |  |  | terang |  | 1. Bersinonim dengan cahaya ( sinar, kilau, )
 (kata nama:)
 
 2. Bersinonim dengan terang
 ( cerah, jelas, nampak, )
 (adjektif:)
 Berantonim dengan kelam
 
 3. Dalam konteks hari
 bersinonim dengan  siang, cerah,
 (adjektif:)
 Berantonim dengan gelap
 
 4. Dalam konteks bunyi
 bersinonim dengan  nyata, jelas, ketara, tegas, kuat,
 (adjektif:)
 Berantonim dengan redam
 
 5. Bersinonim dengan benar
 ( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, )
 (adjektif:)
 
 6. Dalam konteks hutan
 bersinonim dengan  sudah ditebang, sudah dibersihkan,
 (kata kerja:)
 
 
 |  | Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang, |  | 
 | 
| Puisi | 
|---|
 |  |  | 
 Terang bulan terang di kali,
 Buaya timbul disangka mati;
 Jangan percaya mulut lelaki,
 Lain di mulut lain di hati.
 
 
 
 Lihat selanjutnya...
 | 
 |