Pantun |
Sumber |
Tema |
Terang-terang pelita, Tersembunyi anak dara; Mak tambah derita, Bapa masuk penjara. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
Terang bulan terang bercahaya, Terang tumpah ke tengah halaman; Kalau kurang adik percaya, Abang bersumpah berjabat tangan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Terang bulan terang gemerlang, Hantu berjalan laki bini; Jikalau tuan bersikap garang, Adik tak lama diam di sini. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Terang bulan terang di kali, Buaya timbul disangka mati; Jangan percaya mulut lelaki, Lain di mulut lain di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hitam-hitam mata, cermin mata, Dalam gelap terang, menjadi terang; Jika sungguh kata, bagai dikata, Lepas bergendang pulang, kuikut pulang. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Terang bulan hatiku rawan, Pukul rebana bergotong-royong; Jika lupa langit berawan, Tidak lupa sedia payung. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Terang bulan menggali ubi, Ubi digali lagi muda; Kalau tuan tak tahan rugi, Janganlah bermain dari mula. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Terang bulan muka diukir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Terang bulan bagai dibasuh, Bulan tidak mengambang lagi; Tinggal kain bekas tubuh, Badan tidak bersama lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Terang bulan bagai diukir, Tupai mengusik bunga durian; Sebarang perbuatan habiskan fikir, Tidak menyesal hari kemudian. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| terang | 1. Bersinonim dengan cahaya ( sinar, kilau, ) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan terang ( cerah, jelas, nampak, ) (adjektif:) Berantonim dengan kelam
3. Dalam konteks hari bersinonim dengan siang, cerah, (adjektif:) Berantonim dengan gelap
4. Dalam konteks bunyi bersinonim dengan nyata, jelas, ketara, tegas, kuat, (adjektif:) Berantonim dengan redam
5. Bersinonim dengan benar ( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, ) (adjektif:)
6. Dalam konteks hutan bersinonim dengan sudah ditebang, sudah dibersihkan, (kata kerja:)
| Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang, |
|
Puisi |
---|
|
Terang bulan terang di kali, Buaya timbul disangka mati; Jangan percaya mulut lelaki, Lain di mulut lain di hati.
Lihat selanjutnya... |
|