| Pantun | 
    Sumber | 
    Tema | 
   
  | Kulit ular dikata tebal, Tebal lagi kulit sawa; Kalau pujuk makin menyebal, Kalau dimarah baru tertawa. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |  
  | Kabus tebal bulan purnama, Kenanga melati, bunga sena; Menghapus kemiskinan agenda utama, Perancangan pembangunan harus dibina. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |  
  | Padang pasir debunya tebal, Berjalan kaki pastilah lenjin; Orang pandir tentulah bebal, Jangan sekali jadi pemimpin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |  
  | Adik manis memakai tudung, Berbaju tebal menahan dingin; Tidak berilmu ibarat gelembung, Ke sana sini membawa angin. | Pantun Melayu Sarawak | Ilmu |  
  | Mengapa hari tak mahu terang, Kabut tebal setiap pagi; Mengapa laki tak mahu pulang, Takut disambal oleh bini. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |  
  | Hutan terbakar di Kalimantan Barat, Kabus tebal tidak terperi; 19 September tarikh tersurat, Isytihar darurat seluruh negeri. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |  
  | Julai peristiwa maut, Helikopter trehempas di hutan tebal; Belas kasih aku terpaut, Usah disoal usah disangkal. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |  
  | Bawa bekalan bukan sedikit, Hendak bertandang ke rumah Pak Dahlan; Hutan tebal tanah berbukit, Hujan ribut menutup jalan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |  
  | Sungguh beruntung memakai capal, Capalnya dapat pelindung kaki; Sungguh beruntung bermisai tebal, Tebalnya dapat menyaring kopi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |  
  | Hilang tin gunung ditumpal, Nampak dari Gunung Jematu; Pinggang ramping badannya tebal, Pandai juga membuat laku. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    | Tesaurus | 
|---|
 |   |  | tebal (adjektif) |  1. Bersinonim dengan padat: tumpat, penuh, banyak,  Berantonim dengan nipis
  2. Bersinonim dengan lebat: banyak, rapat, rimbun, padat, penuh, sendat, sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan,  Berantonim dengan jarang
  3. Bersinonim dengan teguh: kuat, kukuh, kental, mendalam,  Berantonim dengan lemah
 
  |  | Kata Terbitan : menebalkan, ketebalan, penebalan,  |   
  |  
  
   | Puisi | 
|---|
  |   
  Hilang tin gunung ditumpal,      Nampak dari Gunung Jematu;  Pinggang ramping badannya tebal,      Pandai juga membuat laku.
 
 
 
  Lihat selanjutnya... |  
  
    |