Pantun |
Sumber |
Tema |
Hari hampir dinihari, Kokok ayam ganti-berganti; Aku duduk seorang diri, Air mata gugur kanan kiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ikan temenung ikan tenggiri, Ikan mati kena tuba; Duduk termenung seorang diri, Orang ditunggu tak kunjung tiba. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Telur pipit dalam sarang, Tetaskan anak sehari sebiji; Gunung berhimpit jarang-jarang, Bukit terlepas seorang diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Air surut ikan geramai, Sudah dapat ikan tenggiri; Masa hidup kita berdamai, Mati nanti seorang diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Redup hari melayah petang, sungguh hening di pagi hari; Hidup ibarat pinang sebatang, Hidup terpinggir seorang diri. | Pantun Melayu Sarawak | Perantau |
Ulamku ini ulam dah layu, Manakan dapat dimakan lagi; Demamku ini demam merayu, Tuan berangkat seorang diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anai-anai di tanah rekah, Mari dikais menimba hari; Masa suka ramai berdekah, Waktu menangis seorang diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Haji Daik duduk di pintu, Dagu ditumpang menggigit jari; Memang pahit hidup dimadu, Biar bujang seorang diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah belera dibuat ulam, Dimakan orang petang dan pagi; Sudah merana siang dan malam, Badan terbuang seorang diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hijau-hijau baju si dayang, Untuk dipakai di pagi hari; Hati risau bercampur sayang, Badan mengamuk seorang diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Ikan temenung ikan tenggiri, Ikan mati kena tuba; Duduk termenung seorang diri, Orang ditunggu tak kunjung tiba.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 48 Don't bite off more than you can chew Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri. Baru bertatih hendak berlari, tersembam Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget. Baru bertatih hendak berlari, tersembam. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|