Pantun |
Sumber |
Tema |
Tetak tepung tetak sedahan, Segar-segar pancung sekali; Mana kampung mana halaman, Telaga keruh bekas kumandi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Langit cerah langit mendung, Bunga segar kembang melati; Sakit dirasa sakit ditanggung, Hanya sabar menenang hati. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Apabila membeli ikan, Beli yang masih segar; Apabila mencari makan, Carilah secara benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pucuk kemiri dimakan ulat, Daun yang segar jadi berlubang; Buruk negeri lupakan adat, Dusun yang besar menjadi lengang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Air jernih ikannya jinak, Bila mandi bertambah segar; Hati bersih kawan pun banyak, Ke mana pergi tuahnya besar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Elok mengutip buah cempedak, Baunya wangi rasanya segar; Eloklah nasib mentua pekak, Menantu mengeji ia tak sedar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bukan terubuk sebarang terubuk, Terubuk laut rasanya segar; Bukan bongkok sebarang bongkok, Bongkok sabut seleranya besar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Beringin tumbuh di luar pagar, Kompang dipalu bersama teman; Angin lalu udara segar, Tumpang teduh indahnya taman. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
|
Tesaurus |
---|
| segar (adjektif) | 1. Dalam konteks badan bersinonim dengan sihat, cergas, afiat, sejahtera, selesa, Berantonim dengan lesu
2. Dalam konteks udara bersinonim dengan nyaman, nikmat, sedap, selesa, seronok, enak, naim, Berantonim dengan pengap
3. Dalam konteks tumbuh-tumbuhan bersinonim dengan subur, banyak, biak, umbur, umbul, Berantonim dengan layu
4. Bersinonim dengan rancak: cergas, hidup, tangkas, giat, lincah, sigap, pantas, cekatan, gancang, cerdas, aktif, Berantonim dengan lemah
5. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan terlekat, ada, kekal, terngiang-ngiang, terbayang-bayang, Berantonim dengan lenyap
| Kata Terbitan : menyegarkan, kesegaran, |
|
|