Pantun |
Sumber |
Tema |
Tengah hari orang berkayuh, Rasanya letih sampan tergalang; Hamba ke mari abang menjauh, Rasanya pedih bukan kepalang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang berseru di tengah medan, Pegang senjata minta lawan; Singa bertempik tengah hutan, Garoda lari sampai ke awan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Limau lelang tengah sempadan, Petik orang bawa ke hulu; Rimau menderam tengah hutan, Monyet siamang gemangkan bulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Buat budak tengah rumah, Tepung gomak tengah perahu; Tuan main satu rumah, Orang di luar habis tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tengah hari bermian sulap, Banyaklah orang suka melihat; Tengah mengaji kain tersingkap, Banyaklah orang lupakan ayat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Hujan menderu di tengah hari, Orang Cina berpayung kain; Adik rindu setiap hari, Rupanya abang mencari lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kain Bugis punca di tengah, Dibawa orang jual ke hulu; Sedang berkasih datang fitnah, Baik kita berhenti dahulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tengah hari orang bertudung, Hari panas baju terbuka; Patahlah hati orang sekampung, Menteri ganas penghulu celaka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tengah hari orang ke ladang, Kerja menumbuk menuai padi; Patahlah hati orang memandang, Rajanya mabuk menteri berjudi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ramai orang di tengah pasar, Mahu belanja barangnya cukup; Pandai orang kerana belajar, Ilmunya ada senanglah hidup. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Pucuk pauh batangnya pauh, Tengah-tengah pokok mengkudu; Tuan jauh adik pun jauh, Sama-sama menahan rindu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 346 Give a man an inch and he'lll take a mile Diberi sedikit tetapi hendak lebih lagi. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah. Since she is too poor to take care of her nine children, I agreed to bear one of her son's education expenses. Unfortunately, people like to take advantage of the generosity of others. Now she expects me to do same for her other children. Give a man an inch and he'll take a mile, indeed. Oleh sebab wanita itu terlalu miskin untuk menjaga sembilan anaknya, saya pun bersetuju untuk menanggung perbelanjaan salah seorang anak lelakinya. Malangnya, orang suka mengambil kesempatan daripada kemurahan hati orang lain. Sekarang dia mengharapkan saya menanggung anak-anaknya yang lain pula! inilah yang dikatakan diberi betis hendak peha. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|