| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Hari petang nampaknya teduh, Orang berjalan sebelah kiri; Pokok ditanam kalau tumbuh, Harapkan buah balasan budi. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
| Dari mana datang siput, Siput datang dari seberang; Macam mana saya nak ikut, Tangan sebelah dipegang orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Macam mana nak kutip siput, Siput datang dari seberang; Macam mana saya nak ikut, Tangan sebelah dipegang orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Perahu Jawa memuat arang, Tiangnya miring senget sebelah; Malulah muka melihat orang, Sedang bersanding pencirit basah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Asap api sebelah hulu, Tanda orang membakar ladang; Biar kumati menahan rindu, Daripada hidup dicabar orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Bulan haji orang ke Makkah, Besar kecil tiada terbilang; Rasakan mati badan sebelah, Mendengar adik dipinang orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Orang berperang jatuh tersungkur, Buat kubu sebelah kiri; Adat di hutan harimau mengambur, adat Adat lalang makan api. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Taji ayam patah sebelah, lnduknya mati digigit musang; Hati geram mata pun merah, Menengok bini dicubit orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Baju cik tangan sekerat, Habis minyak sebelah bahu; Perkara sedikit jangan duk melarat, Kerana nanti banyak orang tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Layang-layang jatuh meriba, Jatuh gemercing di tengah laman; Kita sayang orang tak suka, Macam bertepuk sebelah tangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| | Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
| Puisi |
|---|
|
Hari petang nampaknya teduh, Orang berjalan sebelah kiri; Pokok ditanam kalau tumbuh, Harapkan buah balasan budi.
Lihat selanjutnya... |
| Peribahasa |
|---|
| 291 Nothing venture, nothing win Kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuan kita dalam sesuatu perkara selagi kita tidak mencubanya. Belum cuba belum tahu At first, I didn't think that I could climb this mountain with one leg but, nothing venture, nothing win . Pada mulanya, saya tidak fikir yang saya mampu mendaki gunung ini dengan sebelah kaki, tetapi kata orang, belum cuba belum tahu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|