Pantun |
Sumber |
Tema |
Belilah kain serta selendang, Untuk dipakai ke helat jamu; Hatiku ingin menyapa abang, Orang ramai rasanya malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Taat laki sayang ke bini, Sayang sampai ke hari tua; Adat berdiri tenang negeri, Orang ramai hidup sejahtera. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Daun cenalu berbalik-balik, Gugur ke tanah berderai-derai; Pengantin baru masuk ke bilik, Orang ramai mula bersurai. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bukan mudah orang berhelat, Helat menjemput orang ramai; Bukan mudah memegang adat, Adat diikut dengan perangai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Buah kerba masak merekah, Orang ramai hujung pulut; Apa khabar orang nak nikah, Lepas purnama bulan Maulud. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ramai orang naik pedati, Saya seorang berkuda tunggangan; Ramai orang menurut hati, Saya seorang dilarang jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hujan renyai-renyai, Pacat naik kaki; Orang bujang ramai-ramai, Pakat cari laki. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Ramai orang pergi mengaji, Pergi ke surau datuk penghulu; Andainya saya memungkiri janji, Tanda ajal menjemput dulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sinangan balai batang kapas, Ramai orang pasar tua; Anak menuang laut lepas, Tergadai si emak tua. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Nanas dijual di pasar niaga, Ramai orang datang membeli; Emas perak perhiasan dunia, Budi bahasa perhiasan diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Daun cenalu berbalik-balik, Gugur ke tanah berderai-derai; Pengantin baru masuk ke bilik, Orang ramai mula bersurai.
Lihat selanjutnya... |
|