Pantun |
Sumber |
Tema |
Pisang raya masak di raya, Pisang lilin masak di hujung; Orang kaya sama kaya, Orang miskin mengadu untung. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Orang kaya naik pedati, Ketawa jangan tidak berhenti; Saya berjaya masuk universiti, Awak tinggal cekalkan hati. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Orang kaya beremas sutera, Lipatan kusut dari Siam; Baik percaya angin utara, Ribut sampai dalam diam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Serikaya pulut udang, Mari makan di tepi pangkin; Orang kaya lagi berhutang, Ini pula kita miskin. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tak pernah memakan rendang, Setalam mana nan dijimati; Tak pernah orang kaya bertandang, Dendam mana nan dituruti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau berjalan di jalan raya, Pakai sarung kebaya kasa; Kalau berkawan orang kaya, Asyik teringin hendak merasa. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kalau begitu rupanya paya, Ayuh berenang serati kami; Kalaulah senang hati orang kaya, Yalah senang hati kami. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Buluh betung tumbuh di paya, Kait banyak duri pun banyak; Sungguh beruntung orang kaya, Duit banyak bini pun banyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau berenang serati di paya, Berenang pula serati kami; Kalaulah senang hati orang kaya, Yalah senang hati kami. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Lagi berbuah lagi berduri, Itulah nama asam paya; Lagi bertuah lagi berbudi, Itulah nama orang kaya. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Orang kaya beremas sutera, Lipatan kusut dari Siam; Baik percaya angin utara, Ribut sampai dalam diam.
Lihat selanjutnya... |
|