Pantun |
Sumber |
Tema |
Tabu liat tabu kapur, Sama tengah pokok keladi; Apa dibuat orang dapur, Kalau dah masak hidang ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Betul bodoh orang di dapur, Keris pesaka potongkan sayur; Sungguh songket bunga bertabur, Kerap tercampak di balik dapur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Yang rumah dapur berasap, Tanda orang bertanak nasi; Abang sudah terlanjur cakap, Nyawa hilang tidak peduli. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buluh betung berdekak-dekak, Ayam berbunyi di tepi dapur; Sungguh beruntung orang pekak, Meriam berbunyi awak tertidur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pergi ke kedai membeli arang, Bawa dapur memasak kerang; Apa guna harimau garang, Kalau tidak memakan orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Hiris rojak hantar ke surau, Hendak menjemput datuk penghulu; Gadis bijak orang tak hirau, Ilmu di dapur laksana dulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Dapur kayu dapur belulang, Nampak saja berkilat-kilat; Cakap tuan tak usah berulang, Adik pandai menangkap kilat.
Lihat selanjutnya... |
|