Pantun |
Sumber |
Tema |
Kuda ini kuda biasa, Kuda biasa makan di padang; Budak ini budak biasa, Biasa merebut kekasih orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang memukat pagi dan petang, Menentang badai sudah biasa; Orang beradat berhati lapang, Pantang bertikai sama sebangsa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Ke teluk orang menjala, Dalam telaga jauhlah rasa; Orang lain ada berpunya, Saya berkawan kerana biasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang menumbuk alunya tiga, Patah satu alu suasa; Adik tunduk malu ke siapa? Malu ke abang dah kenal biasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Air pasang matahari masuk, Banyak orang jual berangan; Jerat dipasang burung tak masuk, Burung biasa makan di tangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Kuda ini kuda biasa, Kuda biasa berjalan malam; Budak ini budak biasa, Buah mabuk hendak dimakan.
Lihat selanjutnya... |
|