Pantun |
Sumber |
Tema |
Buruk parang dimakan karat, Bila menebang tentulah patah; Buruk orang melupakan adat, Muka belakang laku menyalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tinggi hari orang berhenti, Hilang penat balik ke ladang; Tinggi hati membuang budi, Orang dekat balik belakang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila beruk sudah di atas, Musang di bawah tiada tenang; Apabila mabuk minuman keras, Orang menyumpah muka belakang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Orang petani membuat dangau, Dibiar kosong tidak bekerja; Berapa tinggi terbang bangau, Akhirnya di belakang kerbau juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Jika Leman kekasih orang, Dipalit dengan tenun aksinya; Ingat-ingat abang seorang, Balik belakang ada gantinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Angin butiran dari belakang, Perahu laju membelah ombak; lngin berkawan hatiku bimbang, Mahu merayu orang pun banyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Lain pelekat lain warnanya, Lain belakang lainlah ragi; Lain adat lain maknanya, Lain orang lainlah budi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Senyap sunyi orang di pulau, Kerana angin bertiup kencang; Apa sebab hatiku risau, Kerana abang main belakang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Baju Melayu berbelah leher, Teluk belanga disebut orang; Baru bertemu sudah menyindir, Eloklah hamba balik belakang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sungai Apu air mengalir, Tempat orang menuba ikan; Adik ke hulu abang ke hilir, Sama-sama tolak belakang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Ikan sengat ikan sembilang, Tebuk belakang ambil hati; Kus semangat abang seorang, Tolak belakang ada ganti.
Lihat selanjutnya... |
|