Pantun |
Sumber |
Tema |
Banyak-banyak bintang tinggi, Ada sebiji bintang tembaga; Banyak-banyak orang di sini, Ada seorang berkenan di mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila musang beranak pinak, Alamat ayam menjadi punah; Apabila orang banyak melagak, Lambat-laun kepala kan pecah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Mengapa gendang tidak digual Keranan kulitnya terlalu lapuk; Mengapa orang banyak menyesal, Kerana mudanya beraku buruk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Mengapa ladang tidak dituai, Kerana padinya menjadi hampa; Mengapa orang banyak bertikai, Kerana hatinya menjadi buta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Banyak-banyak kerbau di padang, Memakan rumput di tepi telaga; Banyak-banyak orang kupandang, Ada seorang permainan mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Mengapa ladang tidak ditengok, Kerana tak sudi menugal malam; Mengapa orang banyak kemaruk, Kerana tak peduli halal haram. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Buah berembang untai beruntai, Mari beruntai dalam talam; Jangan tuan suka mengintai, Orang banyak lagi di dalam. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Baik urat elok batangnya, Elok batang tidak berbongkol; Baik adat elok orangnya, Elok orang banyak bergaul. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kain batik nila sutera, Pakai anak Raja cina; Adik cantik abang tak gila, Orang banyak luar dunia. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pandai-pandai jika menari, Orang banyak yang menggantikan; Pandai-pandai menjaga diri, Lubang banyak di tengah jalan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Banyak-banyak kerbau di padang, Memakan rumput di tepi telaga; Banyak-banyak orang kupandang, Ada seorang permainan mata.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 551 There's no accounting for tastes Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. I don't understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes. Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|