Pantun |
Sumber |
Tema |
Sari manis tangguli manis, Manis bercampur air tebu; Hari-hari gila menangis, Musim pabila kan bertemu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Asam kandis mari dihiris, Manis sekali rasa isinya; Dilihat manis dipandang manis, Lebih manis hati budinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Manis sungguh tebu seberang, Manis di umbi sampai ke hujung; Manis sungguh adik seorang, Manis di pipi sampai ke hidung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Manis sungguh tebu seberang, Dari pucuk sampai ke umbi; Manis sungguh mulut orang, Manis mulut sampai ke hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hitam-hitam si tampuk manggis, Sayang kemuning gugur bunganya; Sungguh hitam dipandang manis,hitam manis/pandang Putih kuning apa gunanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah tebu disangka kandis, Terlebih kandis di dalam puan; Gula madu disangka manis, Lebih manis wajahmu tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Manis sungguh buah kelubi, Mari dibungkus dengan kertas; Pandai sungguh puan berbudi, Garam tak masin lada pun tak pedas. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Manis sungguh gula kabung, Hendak wangi dicampur pandan; Putus tali boleh disambung, Putus kasih merana badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Betik manis buah papaya, Manis tidak dapat kulupa; Riuh rendah sorak ketawa, Saya seorang berdukacita. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bertolak dari Mesapol, Mari menuju pergi Labuan; Apa manis gula sepikul, Manis lagi dindamu tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| manis (adjektif) | 1. Dalam konteks rasa bersinonim dengan enak, sedap, lazat, nikmat, legit, Berantonim dengan tawar
2. Bersinonim dengan menarik: menawan
3. Bersinonim dengan cantik: elok, molek, mongel, ayu, lawa, jelita, Berantonim dengan hodoh
4. Bersinonim dengan bersopan: bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, berbudi bahasa, berbudi pekerti,
berbahasa, baik, elok, molek, Berantonim dengan biadab
| Kata Terbitan : bermanis-manis, memaniskan, manisan, manis-manisan, kemanisan, pemanis, |
|
Puisi |
---|
|
Asam kandis mari dihiris, Manis sekali rasa isinya; Dilihat manis dipandang manis, Lebih manis hati budinya.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 84 You can catch more flies with honey than with vinegar Untuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu) Mulut manis mematahkan tulang If you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, you can catch more flies with honey than with vinegar. Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, mulut manis mematahkan tulang. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|