Kata |
Takrif |
Sumber |
mongel | (mongél) 1. kecil molek, cantik; 2. menarik hati (anak); kemongelan kecantikan: menatap dan me-nikmati ~ tubuh Jane Fonda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mungil | mongel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gerenek | (gerénék) 1. kecil molek, kecil mongel; 2. rendah menggeletar (suara dll): suara yg ~; menggerenek sl membunyikan: maka orang pun ~ nobat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pagutan | pelukan, dakapan: lama sekali kepala yg mongel itu dlm ~nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ranum | 1. cukup masak (bkn buah-buahan): rambutan yg ~; 2. ki segar dan menarik (nampaknya): kekasihnya yg bertubuh mongel ~; meranum menjadi ranum; meranumkan menjadikan ranum: karbaid digunakan utk ~ pisang; keranuman perihal atau keadaan ranum: ~ mangga itu menyebabkan perahan jusnya tidak perlu ditambahi gula; peranuman proses meranum atau meranumkan: betik mesti dipetik pd peringkat yg sesuai utk mengelakkan terjadinya ~ yg tidak sempurna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
manis I | manis I 1. rasa spt rasa gula atau madu: kuih ini ~ spt gula; 2. sangat menarik (muka, percakapan, perawakan, senyuman, dll), lemah lembut serta peramah: gadis itu tidak cantik tetapi ~; tutur bahasanya ~; senyum ~; 3. cantik, elok, molek, mongel (gadis, benda, dll): gadis itu memang ~; 4. panggilan utk gadis (wanita) yg cantik manis: ia mendekati si ~ itu tanpa segan-segan lagi; 5. sopan, beradab (kelakuan, gerak-geri, dll): jangan buat begitu, nanti tak ~ dipandang orang; 6. ki dlm berbagai-bagai erti bermaksud nyaman (senang, mewah, dll): bagaimana pula dapat aku hidup ~ dgn orang yg demikian? ~ bangun Kl sedap dipandang mata, cantik, segak; ~-~ buah rasa yg tidak berapa manis (kuih dll); ~ budi (bahasa) pandai berbudi dan berbahasa, sopan-santun; ~ leting Kl, Tr tersangat manis; ~ madu rasa spt rasa madu; ~ muka muka yg periang (menarik hati); ~ mulut pandai berkata-kata; ~ spt gula derawa = ~ laksana gula sarawak = ~ spt gula jawa prb bersesuaian dlm semua hal (spt suami isteri yg sama elok dll); habis ~ sepah dibuang prb seseorang atau sesuatu yg dihargai hanya ketika berguna sahaja dan sesudah tidak berguna lagi lalu dibuang (atau ditinggalkan); lemak ~ jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan prb yg nampaknya baik itu jangan lekas diterima dan yg nampaknya buruk itu jangan lekas ditolak (harus dipertimbangkan dalam-dalam sebelum sesuatu perkara diterima atau ditolak); rindu akan jadi batasnya, maka ~ tidak jadi cuka prb jangan terlalu mesra bergaul dgn orang kerana nanti akan menimbulkan dendam kesumat; bermanis; ~ muka tersenyum utk menunjukkan rasa hormat, mesra, disenangi dsb; ~ mulut bercakap dgn kata-kata manis; bermanis-manis bercakap dgn kata-kata manis, bercakap dgn lemah lembut; memanis 1. menjadi manis; 2. = memanis-manis membuat sesuatu supaya elok dilihat atau didengar; memaniskan menjadikan manis; lewat di-maniskan, masam, lewat diharumkan, busuk prb perihal orang yg mula-mula berkasihkasihan tetapi kemudian selalu berselisih; mempermanis membuat supaya bertambah manis: dia melembutkan suaranya ~ muka-nya ketika menyatakan maksudnya itu; manisan, manis-manisan 1. sesuatu cecair (drpd bunga, sarang lebah, dll) yg manis rasanya; ~ bunga madu bunga; ~ lebah madu lebah; 2. buah-buahan dll yg direndam dlm air gula, halwa; kemanisan 1. rasa yg manis: ~ nanas jenis itu memang diketahui orang; 2. kecantikan, kemolekan, kemongelan: ia yakin ~nya akan kembali jika ia pulih kembali; 3. keseronokan, kesukaan: ~ hidup bagai madu dgn isteri muda itu tidaklah akan lama; 4. bp terlalu manis, manis sangat: kopi ini ~ kerana terlalu banyak gula; pemanisan perihal (proses, perbuatan dsb) memaniskan; pemanis 1. sesuatu yg menyebabkan sesuatu yg lain menjadi manis atau bertambah manis (elok, cantik, dll); 2. = ~ muka guna-guna utk memikat hati orang (dgn menjadikan seseorang sentiasa kelihatan manis): diberi makan pula oleh kawannya sekapur sirih ~; mencarikan Ramlah ubat memperelok dan ~ rupa kembali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pagut II | Mn; berpagut; ~ lutut berpeluk (berdakap) lutut, tidak membuat kerja apa-apa; memagut 1. memeluk, mendakap: dia menangis tersedu-sedu sambil ~ bantal gulingnya; 2. ki mengelubungi, menyelubungi: kesepian terus juga ~ ; di kala senja ~ bumi; pagutan pelukan, dakapan: lama sekali kepala yg mongel itu dlm ~nya; sepemagutan sepemeluk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
bonny | adj 1. (chiefly Scotland & North of England) comely, attractive, cantik; (of baby) mongel; 2. healthy looking, sihat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
tiny house | rumah mongel | Seni Bina | Tiada | Rumah kecil dengan keluasan sekitar 400 hingga 900 kaki persegi dan memiliki ruang yang terhad bagi ruang tamu, tempat tidur, bilik air dan dapur. Rumah ini dibina dengan reka bentuk yang comel dan menarik. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
mongel | [mo.ngél] | موڠيل |
mungil (mongel) | [mu.ngil] | موڠيل |
|
|