Kata |
Takrif |
Sumber |
ceroboh I | 1. tidak senonoh atau tidak sopan (bkn kelakuan, perbuatan, dsb), melanggar tatasusila, biadab: berlaku ~ terhadap anak gadis orang; 2. keji, hina; menceroboh 1. berbuat atau berlaku ceroboh (biadab, tidak senonoh, dsb): engkau berani ~ memegang tangan anakku!; dialah orangnya yg selalu ~ masuk ke bilik gadis atau isteri orang; 2. masuk ke kawasan orang atau ke wilayah sesebuah negeri dsb tanpa kebenaran (dgn tujuan utk mengganggu, mencabuli, melanggari, dsb): pengganas komunis telah ~ masuk ke kawasan sempadan Malaysia-Thai; mencerobohi 1. melakukan perbuatan ceroboh (curang, tidak senonoh, dll) terhadap (seseorang), berlaku biadab terhadap perempuan utk mencemarkan kehormatannya dsb, mencabuli: jadi kau yg masuk ke bilik Aida dan cuba hendak ~nya tadi? 2. memasuki kawasan orang atau wilayah sesebuah negeri dsb tanpa kebenaran (dgn tujuan hendak mengganggu, menyerang, mendudukinya, dsb): bangsa yg berniat jahat sahaja yg ~ negeri orang; mempertahankan tanah air drpd dicerobohi tentera asing; ceroboh-mencerobohi saling mencerobohi: satu tempoh kestabilan dan tidak ~ selama 40 tahun; kecerobohan perihal ceroboh, kecabulan, kebiadaban, ketidaksopanan (kelakuan, tindakan); pencerobohan perihal (perbuatan, tindakan) menceroboh(i), pencabulan: kita mesti mempertahankan diri drpd ~ musuh; kita sering terdengar rungutan nelayan kita tentang ~ nelayan asing ke kawasan perairan negara ini; penceroboh orang (negara dll) yg menceroboh(i). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biadab | 1. tidak ada budi bahasa, tidak beradab: anaknya bersikap kurang ajar dan ~; 2. tidak bertamadun, belum maju: masih ada lagi bangsa yg ~ pd masa ini; kebiadaban perihal (kelakuan dsb) biadab. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biadab | 1 tidak tahu adab; tidak berbudi bahasa; kurang ajar: ~ benar budak ini. 2 belum maju lagi; masih kuno cara kehidupannya dsb: Pd zaman moden ini, masih ada lagi kaum-kaum yg ~. kebiadaban sifat atau keadaan biadab. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
biadab | 1. tidak tahu adat; tidak berbudi bahasa; kurang ajar: ~ benar budak ini. 2. belum maju lagi; masih kuno cara kehidupannya dsb: Pd zaman moden ini, masih ada lagi kaum-kaum yg ~. kebiadaban sifat atau keadaan biadab. | Kamus Pelajar |
tambung | kurang ajar, biadab, nakal; menambungi berlaku kurang ajar kpd. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orang liar | orang biadab; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kurang adat | tidak sopan; biadab. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebiadaban | sifat atau keadaan biadab. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebiadaban | perihal (kelakuan dsb) biadab. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebiadaban | sifat atau keadaan biadab. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
cheek | vt biadab: he was punished for ~ing his teacher, dia didenda krn biadab thdp gurunya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
insolent | adj rude, biadab, kurang ajar: he was extremely ~ to the master, dia sangat biadab thdp guru itu; an ~ reply, jawapan yg kurang ajar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
insolence | n rudeness, insolent behaviour, perangai /biadab, kurang ajar/ kebiadaban: such ~ must not be encouraged, perangai biadab begitu tdk harus digalakkan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
impertinent | adj 1. rude, biadab, kurang ajar: an ~ young man, pemuda yg biadab; 2. not relevant, tdk berkaitan: a statement that is ~ to the issue, kenyataan yg tdk berkaitan dgn isu itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
cheek | n 1. (part of face) pipi; 2. impudence, kebiadaban, kelancangan, biadab, lancang: what ~!, biadab betul!; 3. nerve, berani: he had the ~ to keep his boss waiting, berani sungguh dia membiarkan ketuanya menunggu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
impudent | adj biadab, kurang ajar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ill-bred | adj biadab, kurang ajar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
backchat | n (colloq) insolent retort, jawapan (yg) /kasar, biadab/: I dont want any more ~ from you, saya tdk mahu lagi mendengar jawapan yg kasar drpd kamu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
brusque | adj kasar: his manner was ~ to the point of rudeness, caranya kasar hingga menjadi biadab. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
get | sukar bagi kami utk mempercayai bahawa akhirnya dia akan berkahwin; I cant ~ over his rudeness, saya tdk dapat menerima perangainya yg biadab itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
biadab | kurang ajer [kura ajr] | Melanau Dalat | |
kureng ajar | biadab | TETAW | |
suhuok II | ceroboh, menceroboh; 1 berbuat atau berlaku ceroboh, biadab, tidak senonoh, dsb; 2 masuk ke kawasan orang atau ke wilayah sesebuah negeri tanpa kebenaran dgn tujuan utk mengganggu, mencabuli, melanggari, dll: kominih ngak ~ masuok mapun takan nyatan Malay | Melanau Mukah | |
Kamus Parsi.indb indb 28 5/18/11 9:02 AM 29 impolite poor willow awake to wake up twenty twenty one biscuit innocent ill, sick, unwell hospital illness spade tasteless insurance sight biadab miskin pokok willow jaga bangun dua puluh dua puluh satu biskut tidak bersalah sakit, uzur, tidak sihat hospital, rumah sakit sakit penyodok tawar insurans penglihatan )bī adab( بدا یب )bīchāre
|
Kamus Thai 2.indb murid secara rambang. ลวง [lua] ดู หลอกลวง ล ่ วง [lua] 1 ดู ล ่ วงล ้ ำ 2 ดู ล ่ วงเลย ล ่ วงเกิน [-k:n] ก berlaku biadab: ผมขอโทษที่ ได ้ ล ่ วงเกินท ่ าน Saya meminta maaf kerana telah berlaku biadab terhadap tuan. ล ่ วงประเวณี [-prawe:ni:] ก ber- zina dengan isteri orang: เขาถูกฟ ้ อง ในข ้ อหาล ่ วงประเวณี Dia didakwa di mah- kamah atas tuduhan berzina dengan
|
Kamus Thai 2.indb ดู กักกัน กักตุน [-tun] ก menyorokkan: ร ั ฐบาล ห ้ ามพ ่ อค ้ าก ั กตุนสินค ้ าควบคุม Kerajaan melarang pekedai menyorokkan barang kawalan. กักขฬะ [kakkla] ว kasar, biadab กัง [ka] น beruk กั ้ ง [ka] น udang lipan กังขา [kaka:] ก meragui, mencurigai กังฉิน [kaci n] ว tidak jujur กังฟู [kafu:] น kung fu กะทิ กังฟู |
Kamus Thai 2.indb kelapa ทะลึ ่ ง [tal] ก berkelakuan bia dab: หญิงสาวหลายคนหาว ่ าชายหนุ ่ มที่ ปากซอย คนนั้ นทะลึ ่ ง Beberapa orang gadis me ngatakan lelaki di simpang jalan itu berkelakuan biadab. ทะลุ [talu] ว tembus: ผู ้ ชายคนนั้ นถูกยิง จนหน ้ าอกทะลุ Lelaki itu ditembak sehing ga tembus dadanya. ทะเล [tale:] น laut ทะเลทราย [-sa:y] น padang pasir ทะเลสาบ [-sa
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
biadab | [bia.dab] | بيادب |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata biadab |
|
|