Pantun |
Sumber |
Tema |
Pada berbini baik bujang, Supaya jangan jadi terhutang; Intan manikam cahaya bintang, Terang semacam lilin dipasang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Orang laut mengambil kerang, Orang kompeni memegang senapang; Sekali gelap sekali terang, Bintang tabur hari nak siang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kerana apa bintang tak terang, Kerana bergalau bintang banyak; Kerana apa abang tak datang, Kerana risau bimbangkan anak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Cik Ali pergi berperang, Pergi berperang dengan senjata; Awan di langit kalau terang, Cahaya bintang baru nyata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Di mana bintang di mana bulan, Sama sahaja terang keduanya; Di mananya tunang di mana bukan, Sama sahaja lenggang keduanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayur labu digulai hangit, Kasi makan orang seberang; Beratus ribu bintang di langit, Tiada bulan cahaya tak terang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
Tesaurus |
---|
| terang | 1. Bersinonim dengan cahaya ( sinar, kilau, ) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan terang ( cerah, jelas, nampak, ) (adjektif:) Berantonim dengan kelam
3. Dalam konteks hari bersinonim dengan siang, cerah, (adjektif:) Berantonim dengan gelap
4. Dalam konteks bunyi bersinonim dengan nyata, jelas, ketara, tegas, kuat, (adjektif:) Berantonim dengan redam
5. Bersinonim dengan benar ( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, ) (adjektif:)
6. Dalam konteks hutan bersinonim dengan sudah ditebang, sudah dibersihkan, (kata kerja:)
| Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang, |
|
Puisi |
---|
|
Orang laut mengambil kerang, Orang kompeni memegang senapang; Sekali gelap sekali terang, Bintang tabur hari nak siang.
Lihat selanjutnya... |
|