| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Biarlah orang merendang angsa, Kita merendang itik serati; Biarlah orang memandang bangsa, Kita memandang nan baik hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Kata tua kata bersindir, Menyindir orang tidak beradat; Hina bangsa kerana pandir, Orang pandir tidak bermartabat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang orang tak hendak; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang terbuang akhlak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Adat Melayu pantang berkeras, Keras dan paksa sifatnya syaitan; Jahatlah laku orang pemeras, Memeras bangsa dilaknat Tuhan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Orang beradat tahukan diri, Di mana tegak sifat senonoh; Membuang adat memalukan negeri, Bangsa rosak umat bergaduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Orang beradat berlaku adil, Menyukat menimbang sesama banyak; Membuang adat laku kan jahil, Umat berperang bangsa pun rosak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Baju biru orang dewasa, Baju dipakai menerima kurnia; Melayu terbilang gagah perkasa, nama terjulang di seluruh dunia. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Buku tebu dibelah-belah, Hidangan manis orang Cina; Buka buku baca sejarah, Adakah tertulis Melayu terhina? | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Dang Aisah Tandang Sari, Asal keturunan orang bangsawan; Aman makmur seanak Negeri, Pedagang datang hari tertawan. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Kacang hijau kacang merah, Ditanam orang di lereng bukit; George Chan segera diberi anugerah, Anugerah teringgi dari Kelabit. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| | Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
| Puisi |
|---|
|
Baju kurung pakaian asli, Turun-temurun bangsa Melayu; Lagi cantik bertambah seri, Dipandang lama rasa tak jemu.
Lihat selanjutnya... |
|