| 
	
                            
		
			
				
					
  
    | Pantun | Sumber | Tema |  | Terang-terang pelita, Tersembunyi anak dara; Mak tambah derita, Bapa masuk penjara. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |  | Terang bulan terang bercahaya, Terang tumpah ke tengah halaman; Kalau kurang adik percaya, Abang bersumpah berjabat tangan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |  | Terang bulan terang gemerlang, Hantu berjalan laki bini; Jikalau tuan bersikap garang, Adik tak lama diam di sini. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |  | Terang bulan terang di kali, Buaya timbul disangka mati; Jangan percaya mulut lelaki, Lain di mulut lain di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |  | Hitam-hitam mata, cermin mata, Dalam gelap terang, menjadi terang; Jika sungguh kata, bagai dikata, Lepas bergendang pulang, kuikut pulang. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |  | Terang bulan hatiku rawan, Pukul rebana bergotong-royong; Jika lupa langit berawan, Tidak lupa sedia payung. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |  | Terang bulan menggali ubi, Ubi digali lagi muda; Kalau tuan tak tahan rugi, Janganlah bermain dari mula. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |  | Terang bulan muka diukir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |  | Terang bulan bagai dibasuh, Bulan tidak mengambang lagi; Tinggal kain bekas tubuh, Badan tidak bersama lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |  | Terang bulan bagai diukir, Tupai mengusik bunga durian; Sebarang perbuatan habiskan fikir, Tidak menyesal hari kemudian. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |  | | Tesaurus | 
|---|
 |  |  | terang |  | 1. Bersinonim dengan cahaya ( sinar, kilau, )
 (kata nama:)
 
 2. Bersinonim dengan terang
 ( cerah, jelas, nampak, )
 (adjektif:)
 Berantonim dengan kelam
 
 3. Dalam konteks hari
 bersinonim dengan  siang, cerah,
 (adjektif:)
 Berantonim dengan gelap
 
 4. Dalam konteks bunyi
 bersinonim dengan  nyata, jelas, ketara, tegas, kuat,
 (adjektif:)
 Berantonim dengan redam
 
 5. Bersinonim dengan benar
 ( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, )
 (adjektif:)
 
 6. Dalam konteks hutan
 bersinonim dengan  sudah ditebang, sudah dibersihkan,
 (kata kerja:)
 
 
 |  | Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang, |  | 
 | 
| Puisi | 
|---|
 |  |  | 
 Terang bulan terang di kali,
 Buaya timbul disangka mati;
 Jangan percaya mulut lelaki,
 Lain di mulut lain di hati.
 
 
 
 Lihat selanjutnya...
 | 
 |