PeribahasaBertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang.TakrifDua orang berselisih tentang wang atau harta, orang lain (orang tengah) juga yang mendapat untung. bertelingkah = berselisih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKe atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang.TakrifSumpah orang yang bersalah: biarlah dia serta kaumnya binasa semuanya. gerek = berlubang-lubang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUmpama orang memelihara dirinya dalam sarang lebah.TakrifMempertahankan diri di tengah-tengah musuh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggilah pohon kenduduk di tengah padang.TakrifDalam kalangan orang-orang bodoh, orang yang berpengetahuan sedikit akan mengakui dirinya pandai daripada yang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak lang, si pungguk menjadi lang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApung di tengah lautan; dipukul ombak, sekejap ke tengah sekejap ke tepi.TakrifOrang dagang yang melarat hidupnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah terum di tengah rumah.TakrifOrang besar-besar bertamu ke rumah orang miskin, sehingga menyusahkan orang yang menerimanya itu. terum = duduk, dikatakan hanya tentang gajah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGeneng di tengah lebuh, tahan galah bersijingkat; geneng di tengah medan (gelanggang), tahan taruh di ayam kuyu.TakrifMenunjukkan gagah kepada orang terpaksalah mengeluarkan wang untuk menolong ataupun untuk perjamuan makan minum. (Bandingkan dengan: Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah [= mulia] bertabur urai, hendak berani berlawan ramai). geneng = gagah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah.TakrifOrang kecil yang mencampuri pergaduhan antara orang besar-besar akhirnya ia sendiri yang binasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti memekik di tengah padang luas.TakrifSeruan yang tidak diendahkan orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berseru di padang pasir, b. Seperti berseru di tengah padang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti orang berak di tengah jalan.TakrifTerlalu pemalu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
121 | Don't cry stinking fish | Jangan ceritakan aib atau keburukan diri sendiri kepada orang lain. | Mencencang lauk tengah alat | You shouldn't have cried stinking fish during the interviewed. No wonder you have failed to get a job all this while. | Kamu seperti mencencang lauk tengah alat semasa temu duga. Patutlah kamu gagal mendapat pekerjaan selama ini. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
346 | Give a man an inch and he'lll take a mile | Diberi sedikit tetapi hendak lebih lagi. | Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah. | Since she is too poor to take care of her nine children, I agreed to bear one of her son's education expenses. Unfortunately, people like to take advantage of the generosity of others. Now she expects me to do same for her other children. Give a man an inch and he'll take a mile, indeed. | Oleh sebab wanita itu terlalu miskin untuk menjaga sembilan anaknya, saya pun bersetuju untuk menanggung perbelanjaan salah seorang anak lelakinya. Malangnya, orang suka mengambil kesempatan daripada kemurahan hati orang lain. Sekarang dia mengharapkan saya menanggung anak-anaknya yang lain pula! inilah yang dikatakan diberi betis hendak peha. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Pucuk pauh batangnya pauh, Tengah-tengah pokok mengkudu; Tuan jauh adik pun jauh, Sama-sama menahan rindu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 346 Give a man an inch and he'lll take a mile Diberi sedikit tetapi hendak lebih lagi. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah. Since she is too poor to take care of her nine children, I agreed to bear one of her son's education expenses. Unfortunately, people like to take advantage of the generosity of others. Now she expects me to do same for her other children. Give a man an inch and he'll take a mile, indeed. Oleh sebab wanita itu terlalu miskin untuk menjaga sembilan anaknya, saya pun bersetuju untuk menanggung perbelanjaan salah seorang anak lelakinya. Malangnya, orang suka mengambil kesempatan daripada kemurahan hati orang lain. Sekarang dia mengharapkan saya menanggung anak-anaknya yang lain pula! inilah yang dikatakan diberi betis hendak peha. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|