PeribahasaBagai langau mengerumuni bangkai.TakrifOrang ramai yang riuh-rendah bunyinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada terkajang batu di pulau.TakrifTiada terlayan kehendak orang ramai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelinga rabit, pasang subang di kaki.TakrifSesuatu hal yang tidak patut dipatutkan, akhirnya jadi tertawaan orang ramai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKe laut meracik ikan, tersenyum siput; ke hutan memancing punai, tertawa badak.TakrifPerbuatan yang dilakukan dengan tidak menurut aturan akan jadi tertawaan orang ramai. racik = jerat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti lut dengan marakah.TakrifOrang yang lebih pengetahuan selalu menjadi pemimpin orang ramai. lut = batu duga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerinduk semang kepada janda, bagai dokoh tali anjing.TakrifOrang yang masih membuat perhubungan dengan jandanya ialah suatu perbuatan yang dicerca oleh orang ramai. dokoh = perhiasan leher; induk semang = perempuan yang punya rumah tempat orang menumpang; orang yang memberi pekerjaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMelonjak ikan melonjak gerandang, orang melonjak dengan radai, awak melonjak dengan perut besar.TakrifOrang kecil yang hendak menyamai orang besar-besar, akhirnya perbuatannya itu menjadi tertawaan orang ramai; peri sifat orang yang angkuh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKelapa tebal sabut, terhempas ke batu tak pecah, dibuang ke laut tak tenggelam.TakrifOrang yang ramai anak cucunya, dikasihi oleh kaum kerabatnya, suka tolong-menolong, maka selamatlah hidupnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerana sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiawak kudung masuk kampung.TakrifOrang jahat yang dikenal ramai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBanyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.TakrifTiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya. (Biasa juga: Ramai beragam, rimbun menyelara).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Daun cenalu berbalik-balik, Gugur ke tanah berderai-derai; Pengantin baru masuk ke bilik, Orang ramai mula bersurai.
Lihat selanjutnya... |
|