PeribahasaSeperti pipit menelan jagung.TakrifHendak meniru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya susah sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSukar kaji pada orang alim, sukar wang pada orang kaya.TakrifOrang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiang pandak hendak menyamai tiang panjang.TakrifHendak meniru-niru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya diri sendiri yang binasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPermaisuri raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan.TakrifOrang miskin yang ingin menyamai perbuatan orang kaya-kaya. berurap-urapan = berlumas dengan bau-bauan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaElang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga.TakrifOrang miskin yang hendak meniru-niru perbuatan orang-orang kaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenggali paya menimbun bukit.TakrifMembantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk.TakrifMembantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali paya menimbun bukit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUntut bertambah kulitnya.TakrifOrang kaya bertambah kaya (kerana keuntungan baru).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMacam kikir besi.TakrifOrang kaya yang bakhil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah mati, tulang setimbun.TakrifOrang kaya yang mati banyak meninggalkan hartanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Orang kaya beremas sutera, Lipatan kusut dari Siam; Baik percaya angin utara, Ribut sampai dalam diam.
Lihat selanjutnya... |
|