PeribahasaKaduk naik junjung.TakrifOrang hina merasa dirinya mulia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnjing ditepuk menjungkit ekor.TakrifOrang hina apabila dihormati, sombonglah jadinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCacing menjadi ular naga.TakrifOrang hina menjadi orang mulia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPipit meminang anak enggang.TakrifOrang hina (miskin) meminang anak orang mulia (kaya); sesuatu yang aneh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKapuk segaul dengan kapas, bezanya takkan lepas.TakrifOrang mulia dengan orang hina walaupun serupa keadaannya namun bezanya ketara juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMati enau tinggal di rimba.TakrifOrang hina jika mati, tak akan disebut-sebut orang lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang kepala kura-kura ditelan oleh dadanya.TakrifOrang hina tetapi berilmu dan bijaksana tetap akan dihormati orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelalang hendak menjadi elang.TakrifOrang bodoh (= hina) hendak berlaku sebagai orang besar (= pandai-pandai). (Bandingkan dengan: Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnjing menyalak di ekor (= dipanjat) gajah.TakrifOrang lemah (hina) mencuba hendak melawan orang yang berkuasa, tentulah perbuatannya itu sia-sia saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAyam tak patuk, itik tak sudu.TakrifKeadaan orang yang hina dalam masyarakat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Asap api jauh ke darat, Tempat orang menganyam kulit; Hina besi kerana karat, Hina dagang tidak berduit.
Lihat selanjutnya... |
|