PeribahasaMenetak dengan belakang parang.TakrifMenyuruh orang malas bekerja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHati orang yang bodoh itu di mulutnya, dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya.TakrifOrang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum berkata-kata.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengasah belakang kapak, bilakah tajamnya?TakrifMengajar orang malas, bilakah akan pandai?SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDitarik ia menanduk, digiring ia menyepak.TakrifOrang bodoh, yang tidak mahu menurut bicara orang. (Bandingkan dengan: a. Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula, b. Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk)SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti gajah berpaling.TakrifKepayahan orang yang gemuk berpusing ke belakang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDatang nampak muka, pergi nampak belakang.TakrifDatang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKuat sepit kerana kempa.TakrifOrang kuat dalam sesuatu perkara, kerana ada yang menolong atau menyokongnya di belakang. kempa = apitan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar mati ditangkap harimau, jangan mati digigit anjing.TakrifAlah di tangan orang yang kuat lebih baik daripada alah di tangan orang lemah. (Bandingkan dengan: Biar luka di dada, jangan luka di belakang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDiiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk.TakrifKeadaan yang serba salah, terutama dalam menghadapi orang bodoh; diajak berunding tak tentu fikirannya, tak diajak ia marah. (Bandingkan dengan: Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDatang tampak muka, pulang tampak punggung.TakrifDatang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Datang nampak muka, pergi nampak belakang). (Bandingkan dengan: Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Ikan sengat ikan sembilang, Tebuk belakang ambil hati; Kus semangat abang seorang, Tolak belakang ada ganti.
Lihat selanjutnya... |
|