PeribahasaBuah yang manis berulat di dalamnya.TakrifPerkataan yang manis-manis mengandungi maksud yang buruk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertanam tebu di bibir.TakrifMengeluarkan perkataan yang manis-manis (untuk membujuk dan sebagainya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaManis bagai gula Jawa.TakrifPersesuaian dalam segenap hal-ehwal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaManis udang, maka ketam direbus tak merah?TakrifMenipu dengan mengubah-ubahkan perangai, kelakuan atau rupanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMulut manis, hati berkait.TakrifManis perkataannya, tetapi jahat maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut disuapi pisang, pantat dikait dengan onak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHabis manis sepah dibuang.TakrifDigunakan sewaktu ada perlunya saja, setelah itu ditinggalkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLemak manis pada dialah, pahit maung pada orang.TakrifOrang yang hanya suka dipuji, tetapi tak suka dikritik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan.TakrifSesuatu nasihat itu hendaklah difikirkan masak-masak buruk baiknya, sedangkan kecaman janganlah pula ditolak mentah-mentah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMulut manis mematahkan tulang.TakrifPerkataan yang lemah lembut dapat menundukkan hati yang keras.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMulut manis jangan percaya, lepas daripada tangan jangan diharap.TakrifNasihat supaya berhati-hati dengan pujuk rayu orang yang mahu menipu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| manis (adjektif) | 1. Dalam konteks rasa bersinonim dengan enak, sedap, lazat, nikmat, legit, Berantonim dengan tawar
2. Bersinonim dengan menarik: menawan
3. Bersinonim dengan cantik: elok, molek, mongel, ayu, lawa, jelita, Berantonim dengan hodoh
4. Bersinonim dengan bersopan: bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, berbudi bahasa, berbudi pekerti,
berbahasa, baik, elok, molek, Berantonim dengan biadab
| Kata Terbitan : bermanis-manis, memaniskan, manisan, manis-manisan, kemanisan, pemanis, |
|
Puisi |
---|
|
Asam kandis mari dihiris, Manis sekali rasa isinya; Dilihat manis dipandang manis, Lebih manis hati budinya.
Lihat selanjutnya... |
|