PeribahasaHukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda.TakrifUndang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenohok sepeninggal ciling.TakrifMemajukan keterangan dan sebagainya sesudah perkara diputuskan. ciling = babi hutan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemasang pelita tengah hari.TakrifMemberi keterangan tentang sesuatu perkara yang sudah jelas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRumah sudah tukul (= pahat) berbunyi.TakrifMengemukakan keterangan dan saksi sesudah perkara diputuskan; mencela (bersungut) tentang sesuatu yang sudah siap dikerjakan. (Bandingkan dengan: Berketuk [= berkotek] di luar sangkar, bertanam di luar pagar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSir bagai berpuntung suluh.TakrifSesuatu dakwaan hendaklah dengan keterangan dan bukti yang cukup.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCakak sudah, silat teringat.TakrifPerkara sudah selesai, barulah terdengar keterangan atau sungutan. cakak = kelahi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerketuk (= berkotek) di luar sangkar, bertanam di luar pagar.TakrifMemajukan keterangan dan sebagainya sesudah perkara diputuskan. (Bandingkan dengan: Rumah sudah tukul [= pahat] berbunyi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCupak berkeesaan.TakrifKeadilan hukum baru bisa (boleh) diperoleh apabila sudah cukup keterangan atau pemeriksaannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAkar terjumbai tempat siamang berpegang (= bergantung), dahan mengajur tempat tupai menegun.TakrifDaripada keterangan, orang dapat mengetahui salah atau benarnya perbuatan seseorang. jumbai = rumbai; menegun = berhenti sebentar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRebut rampas bertanda-beti.TakrifSekalian perkara baru boleh diputuskan sesudah cukup bukti dan keterangan. tanda-beti = tanda bukti.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| terang | 1. Bersinonim dengan cahaya ( sinar, kilau, ) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan terang ( cerah, jelas, nampak, ) (adjektif:) Berantonim dengan kelam
3. Dalam konteks hari bersinonim dengan siang, cerah, (adjektif:) Berantonim dengan gelap
4. Dalam konteks bunyi bersinonim dengan nyata, jelas, ketara, tegas, kuat, (adjektif:) Berantonim dengan redam
5. Bersinonim dengan benar ( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, ) (adjektif:)
6. Dalam konteks hutan bersinonim dengan sudah ditebang, sudah dibersihkan, (kata kerja:)
| Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang, |
|
|