Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah terjemahan dalam bahasa Inggeris yang sebetulnya bagi setiap satu rujukan hormat berikut; KDYMM/DYMM, KDYTM/DYTM, DYAM, YTM, YAM, dan YM? Queen consort dalam bahasa Melayu ialah Permaisuri atau Raja Permaisuri sebenarnya? Apakah gelaran yang setaraf dengan Lord/Lady dan Sir/Dame secara terperincinya? Bagaimanakah cara penulisan rujukan hormat dan gelaran diraja yang betul? 1. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah 2. Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor? Gelaran Princess Royal bolehkah diterjemahkan sebagai Puteri Diraja? (cth. Anne, Princess Royal) Apakah terjemahan bagi Royal Consort? Adakah Suri Diraja? Bagaimanakah cara/protokol yang betul bagi merujuk sultan/raja yang telah turun takhta? Bolehkah kita guna gelaran Raja/Sultan Emeritus, atau sekadar mantan/bekas Sultan? | Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Bagi mendapatkan perkhidmatan penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.03.2025 |
|
Tesaurus |
---|
| turun (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar, Berantonim dengan naik
2. Dalam konteks matahari bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk, Berantonim dengan terbit
3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,
4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,
5. Dalam konteks harga bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam, Berantonim dengan naik
6. Dalam konteks warna bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,
| Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan, |
|
|