Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
MAKSUD SURAM | Suram bermaksud 1. tidak berapa terang (cahaya dll), agak gelap, kurang cahaya, redup (cuaca): di dlm kamar tidurnya itu hanya lampu tidur sahaja yg hidup, lampu kecil yg ~ cahayanya; petang yg ~; 2. tidak berkilauan atau bercahaya (barang emas, perak, dll), tidak bening (batu permata), buram: kalau beberapa hari tidak dicucinya, kereta itu kelihatan ~; 3. tidak berseri-seri (muka, mata, dll), kusam, kuyu, muram (kerana sedih dll): di ambang pintu terdiri Jenab dgn pakaian serba hitam, rambutnya tidak berdandan, mukanya ~; matanya ~; 4. kurang seronok (kehidupan dll), kurang berbahagia, susah (hati dll), sedih: sesekali guruh menderam di sebelah barat, di hati mereka ~, besok entahkan hujan!; kehidupan yg ~; | Makna | 02.10.2010 |
bolehkah pihak tuan menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan lokusionari,ilokusionari dan perlokusionari dalam 'lakuan bahasa'. | Lokusioner ialah kita menyatakan maksud untuk menyampaikan mesej dengan terus-terang, contohnya; saya katakan "air dalam gelas ini sejuk". Tidak ada maksud lain selain daripada air di dalam gelas ini sejuk. Tetapi kalau ayat "eh... sejuknya air ni", bukannya mengatakan air itu sejuk tetapi menyampaikan pada masa yang sama maksud yang lain kerana kenapa beri air yang sejuk dan sudah tidak air lain lagi? Dengan suhu sejuk diberi pula air yang sejuk. Perlakuan ini disebut ilokusioner. Perlokusioner ialah intension menunjukkan apa yang hendak diperform. Contohnya dalam majlis perasmian, "dengan lafaz bismillah saya dengan sepenuh hati merasmikan menara Dewan Bahasa dan Pustaka ini", bercakap serentak dengan melakukan benda itu. Ini dikenali sebagai perlokusioner. | Tatabahasa | 28.08.2008 |
segala yang berkaitan dengan buaya, maksud, peribahasa, pantun, istilah, dan lain-lain....juga kearamat | Antara peribahasa yang berkaitan dengan buaya ialah; Adakah buaya menolak bangkai? Seorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan. 2 . Air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya. Daripada perkataan dapat dimaklumi niat di dalam hati. keruh-keruh kerak = tiada jernih. 3 . Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya. Orang yang diam jangan disangka pengecut. 4 . Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya. Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya. 5 . Bergalah ke hilir tertawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau. Membuat pekerjaan yang sia-sia. 6 . Besar berudu di kubangan, besar buaya di lautan. Tiap-tiap orang mulia dan besar pada tempatnya masing-masing. Sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan Kurik KUndi Merah Saga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk rujukan himpunan pantun-pantun Melayu. Harap maklum. | Lain-lain | 27.11.2007 |
|
Tesaurus |
---|
| terang | 1. Bersinonim dengan cahaya ( sinar, kilau, ) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan terang ( cerah, jelas, nampak, ) (adjektif:) Berantonim dengan kelam
3. Dalam konteks hari bersinonim dengan siang, cerah, (adjektif:) Berantonim dengan gelap
4. Dalam konteks bunyi bersinonim dengan nyata, jelas, ketara, tegas, kuat, (adjektif:) Berantonim dengan redam
5. Bersinonim dengan benar ( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, ) (adjektif:)
6. Dalam konteks hutan bersinonim dengan sudah ditebang, sudah dibersihkan, (kata kerja:)
| Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau ayam berkokok pagi, Itu tanda hari nak siang; Sudah jumpa jantung hati, Bulan terang disangka siang.
Lihat selanjutnya... |
|