Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. tertarik oleh / kepada keindahan .penggunaan oleh atau kepada yang betul serta ulasannya. 2. Sebatang anak panah atau sebilah anak panah. 3. Kejayaan itu kami peroleh berkat usaha gigih. Adakah betul kata peroleh dalam ayat itu. 4. Mengapa kata sendi oleh tidak menerima akhiran"i" berikan ulasan. 5. Buku di dalam perpustakaan itu tebal-tebal belaka. Adakah betul "tebal-tebal belaka" | Saudara Zam, i. Kata sendi nama 'oleh' digunakan untuk menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif dan juga untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab. Kata sendi nama 'kepada' digunakan untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan perubahan keadaan. Oleh yang demikian, berdasarkan keterangan di atas, kedua-dua kata sendi nama betul dan boleh digunakan dalam frasa tersebut. ii. Yang betul sebatang anak panah. iii. Perkataan yang betul ialah 'peroleh' daripada bentuk kata kerja transitif 'memperoleh' bukan 'memperolehi'. iv. Ayat 'Buku di perpustakaan tebal-tebal belaka' betul. Ayat ini bermaksud semua buku di perpustakaan tebal. | Tatabahasa | 06.08.2009 |
Buku yang tebal itu terbaca oleh saya dalam masa satu hari. Pilihan jawapan: a)dibacakan oleh saya b) dibaca oleh saya c) saya terbaca d) terbaca oleh saya Apakah frasa ....terbaca oleh saya.... dalam ayat tersebut betul. Apakah penjelasannya dari segi hukum. | Terbaca oleh saya - salah, ter... + oleh mesti diikuti dengan kata ganti nama diri ketiga seperti terbaca oleh dia. | Tatabahasa | 04.02.2009 |
Salam. ingin tahu maksud perkataan `Wang Adat`,`Telinga tebal`, `Bunga Dedap`, `Hujan Jatuh ke Pasir`, dan `Seperti Abu di atas Tuggul` . Sekian Terima kasih. | Wang Adat dalam budaya Indonesia bermaksud wang utk perbicaraan di mahkamah. Yang betul ialah tebal telinga (bukan telinga tebal) bermaksud tidak menghiraukan (ejekan, makian orang); dan tidak tahu malu. Bunga dedap wujud dalam peribahasa laksana bunga dedap, merah ada berbau tidak yang bermaksud orang yg rupanya elok tetapi tidak berbudi bahasa. Seperti Abu di Atas Tunggul bermaksud Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, bila-bila masa sahaja boleh dipecat. Hujan jatuh ke pasir bermaksud kebaikan (pertolongan dll) yg sia-sia (tidak berbalas). | Makna | 17.03.2008 |
Salam Tuan, Adakah frasa "berdandan tebal" wujud dalam bahasa Melayu. Apakah maksud yang didukung oleh frasa tersebut? Saya gagal mendapatkan makna frasa tersebut dalam Kamus Dewan edisi keempat. Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera Berdandan bersinonim dengan maksud bersolek dan berhias. 'Berdandan tebal' wujud dalam frasa bahasa Melayu namun yang lazimnya digunakan oleh penutur bahasa Melayu ialah 'bersolek tebal' merujuk kepada individu yang mengenakan solekan secara tebal. | Makna | 08.11.2012 |
salam. beri maksud perkataan - wang adat, hujan jatuh ke pasir, telinga tebal, dan seperti abu di atas tunggul. TQ | wang adat : wang untuk perbicaraan(Indonesia). telinga tebal : a. tidak menghiraukan (ejekan, makian, dll.)b. tidak tahu malu. seperti abu di atas tunggul: dengan mudah boleh tercampak atau terhalau,tidak bererti, tidak tetap(suami dalam rumah keluarga isterinya dalam masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di Negri Sembilan). Bagi hujan jatuh ke pasir tiada terakam di mana-mana rujukan bagi ungkapan ini, walau bagaimanapun dari segi analoginya dapat dihuraikan sebagai sesuatu perbuatan yang sia-sia atau perhubungan yang tidak kekal. | Makna | 19.03.2008 |
Salam sejahtera, Perkataan yang manakah paling tepat digunakan dalam ayat berikut: 1. Kabus yang tebal menjadikan pelihatan / penglihatan saya kurang jelas. 2. Makin usia datuk meningkat makin kabur pelihatan / penglihatan matanya. Terima kasih. | 1. Kabus yang tebal menjadikan pelihatan/penglihatan saya kurang jelas. 2. Makin usia datuk meningkat makin kabur pelihatan/penglihatan matanya. Pelihatan dan penglihatan, kedu-dua perkataan itu betul dan sama maknanya iaitu kebolehan melihat. Oleh itu kedua-dua kata tersebut boleh digunakan. | Tatabahasa | 23.06.2008 |
Kata Banyak Makna bagi lebat:- 1.Dua orang pemburu telah tersesat di dalam hutan yang lebat itu. (lebat dalam ayat ini salah dan sepatutnya ialah tebal menurut salah satu daripada buku penilaian) 2.Hutan rimba di negara kita subur dan lebat. (lebat dalam ayat ini betul menurut Kamus Perdana) Soalan saya ialah penggunaan 'lebat' dalam ayat-ayat di atas betul atau salah? | Merujuk Kamus Dewan lebat lazimnya dikaitkan dengan pertumbuhan rambut, bulu dan sebagainya, ataupun banyak lagi tebal hujan, embun dan sebagainya. Dalam konteks ayat tersebut, lazimnya kita menggunakan hutan yang tebal. | Tatabahasa | 08.12.2011 |
Mengapakah ayat di bawah salah?: Buku yang tebal itu terbaca oleh Encik Hamri beberapa hari sahaja namun dia perlu merlakukan banyak kerja rumah. [SILA BERI PENJELASAN] DAN Antara ayat yang berikut yang manakah paling tepat dan sesuai? Pemuda itu tercunggap-cunggap ke tempat kerja kerana sudah lewat. ATAU Pemuda itu terkial-kial ke tempat kerja kerana sudah lewat. Salmah sering terkenang akan peristiwa pahit itu. ATAU Salmah sering terkenang pada peristiwa pahit itu. ATAU Salmah sering terkenang dengan peristiwa pahit itu. Pihak polis sedang mengadakan intipan dengan binokular untuk mendapatkan kepastian. ATAU Pihak polis sedang mengadakan risikan dengan binokular untuk mendapatkan kepastian. [SILA BERI JAWAPAN SECEPAT YANG MUNGKIN] Terima Kasih. | Sdr. Limsuwei , Pemuda itu tercunggap-cunggap ke tempat kerja kerana sudah lewat. ATAU Pemuda itu terkial-kial ke tempat kerja kerana sudah lewat.ayat yang paling sesuai ialah Pemuda itu tercunggap-cunggap ke tempat kerja kerana sudah lewat. Salmah sering terkenang akan peristiwa pahit itu ialah ayat yang betul Pihak polis sedang mengadakan intipan dengan binokular untuk mendapatkan kepastian ialah ayat yang betul Buku yang tebal itu terbaca oleh Encik Hamri beberapa hari sahaja namun dia perlu merlakukan banyak kerja rumah ialah yang betul kerana terbaca menunjukkan keupayaannya membaca. | Tatabahasa | 06.10.2007 |
Adakah ayat berikut gramatis? 1. Buku yang tebal itu terbaca olehku. | Ayat itu betul bentuk kata kerja pasif dan ter- di situ memberi pengertian keupayaan. | Tatabahasa | 09.09.2008 |
adakah ayat berikut gramatis: 1. Buku yang tebal itu terbaca olehku. | Ayat itu betul bentuk kata kerja pasif dan ter- di situ memberi pengertian keupayaan. | Tatabahasa | 09.09.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| tebal (adjektif) | 1. Bersinonim dengan padat: tumpat, penuh, banyak, Berantonim dengan nipis
2. Bersinonim dengan lebat: banyak, rapat, rimbun, padat, penuh, sendat, sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, Berantonim dengan jarang
3. Bersinonim dengan teguh: kuat, kukuh, kental, mendalam, Berantonim dengan lemah
| Kata Terbitan : menebalkan, ketebalan, penebalan, |
|
Puisi |
---|
|
Hilang tin gunung ditumpal, Nampak dari Gunung Jematu; Pinggang ramping badannya tebal, Pandai juga membuat laku.
Lihat selanjutnya... |
|