Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Isu itu mendapat perhatian daripada orang ramai / ramai orang. Perkataan yang manakah paling sesuai? Apakah perbezaan antara orang ramai dan ramai orang? | Isu itu mendapat perhatian daripada orang ramai / ramai orang. Kedua- duanya betul. Yang paling sesuai ialah orang ramai. Apakah perbezaan antara orang ramai dan ramai orang? Orang ramai maksudnya dengan masyarakat atau orang awam. Ramai orang merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala bagi merujuk bilangan orang penggunaan yang paling tepat ialah banyak orang. | Tatabahasa | 21.09.2012 |
Adakah struktur ayat di bawah ini betul? 'orang ramai' diikuti dengan 'berduyun-duyun' walhal orang ramai sudah menunjukkan jumlah yang banyak. Sejak petang lagi, orang ramai sudah berduyun-duyun ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan pertunjukan bunga api. | Orang ramai bermaksud masyarakat umum atau orang awam dan orang ramai tidak dinisbahkan kepada ramainya orang. Oleh itu, ayat tersebut betul dan telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 26.07.2013 |
Pencuri itu dikejar oleh "orang ramai" atau"ramai orang"??? Yang manakah betul dan mengapa jawapan tersebut betul? | Ayat yang betul - Pencuri itu dikejar oleh orang ramai. 'orang ramai' dalam ayat tersebut merupakan frasa nama yang merujuk kepada masyarakat. | Tatabahasa | 17.01.2011 |
Assalamualaikum. saya kurang faham penggunaan orang ramai dan ramai orang. Adakah ayat ini betul ? ( gambar satu kemalangan jalan raya ) Orang ramai datang berkumpul untuk melihat kejadian itu. atau ramai orang datang berkumpul untuk melihat kejadian itu. Mana satu ayat yang betul. | Kedua-dua ayat tersebut betul. Orang ramai dan ramai orang ada membawa maksud yang sama iaitu khalayak ramai, orang banyak atau umum. Walau bagaimanapun, ayat yang lebih persis ialah orang ramai datang berkumpul untuk melihat kejadian itu. | Tatabahasa | 16.06.2009 |
dikagumi oleh orang ramai atau ramai orang | Kedua-duanya betul, tetapi yang paling tepat ialah dikagumi oleh orang ramai bermaksud dikagumi oleh khalayak umum. | Tatabahasa | 03.07.2012 |
Apakah perbezaan antara 'orang ramai' dengan 'ramai orang' | Orang ramai maksudnya dengan masyarakat atau orang awam. Ramai orang merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala bagi merujuk bilangan orang penggunaan yang paling tepat ialah banyak orang. | Makna | 24.07.2013 |
Adakah terdapat perbezaan makna antara `ramai orang' dengan `orang ramai'? . Jika berbeza, boleh tak tuan tunjukkan dalam bentuk ayat? Terima kasih | Ramai orang biasanya merujuk keadaan di sesuatu tempat manakala orang ramai merujuk masyarakat umum, awam | Istilah | 13.05.2009 |
Salam sejahtera. Ayat di bawah manakah yang betul. a. Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan memelihara alam sekitar. b. Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar. Sekian terima kasih. | Ayat yang lebh tepat ialah "Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar." | Tatabahasa | 02.10.2013 |
maksud dataran dan maksud orang ramai. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan dataran bermaksud kawasan(tempat,tanah) yang datar. Maksud orang ramai ialah khalayak ramai, orang banyak,umum. | Makna | 25.07.2008 |
apakah kesalahan dalam ayat ini? orang ramai yang melakukan kebakaran secara terbuka akan didenda oleh pihak berkuasa. | Ayat yang gramatis ialah "orang ramai yang melakukan pembakaran secara terbuka akan didenda oleh pihak berkuasa". | Tatabahasa | 14.09.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Daun cenalu berbalik-balik, Gugur ke tanah berderai-derai; Pengantin baru masuk ke bilik, Orang ramai mula bersurai.
Lihat selanjutnya... |
|