Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
bukan rumah orang biasa | Untuk makluman sdr perkhidmatan KNDBP tidak merangkumi pertandingan teka silang kata atau apa-apa pertandingan, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sdr dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan dalam talian di laman web DBP untuk membantu sdr menjawab peraduan teka silang kata. | Lain-lain | 21.06.2010 |
PANGGILAN UNTUK INDIVIDU DALAM BAHASA SURAT E.G Y.BHG, Y.BHG dll | Panggilan untuk individu YBhg bagi orang biasa dan orang kenamaan ialah tuan atau puan. | Lain-lain | 05.06.2009 |
Adakah perkataan 'berkenan' khas digunakan oleh raja, Tuhan atau mana-mana orang yang bermartabat sahaja? | Kata "berkenan" boleh digunakan oleh orang yang bergelar atau orang biasa namun ada sedikit perbezaan dalam penggunaannya. Sila lihat contoh ayat yang berikut: Maka Sultan Mansor Shah pun berkenan mendengar bunyi surat itu; yang mana berkenan pada encik, ambillah ... | Tatabahasa | 24.08.2011 |
Penggunaan perkataan 'hamba' dan 'patik' dalam era kesultanan Melaka. | Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. | Tatabahasa | 02.03.2013 |
dapat memperjelas lagi kaitan istilah 'bumiputera' dengan istilah 'rakyat', kerana saya berpendapat ini boleh dipermainkan menjadi isu yang kontroversial. | Dalam Kamus Dewan, maksud bumiputera ialah anak negeri, peribumi. Rakyat pula ditakrifkan seperti yang berikut: 1 seluruh penduduk sesebuah negara 2. anak buah, orang sebawahan 3. orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa 4. pasukan perang, bala tentera. Walau bagaimanapun, untuk aspek yang lebih teknikal, puan perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan rakyat. Kamus Dewan hanya memberikan makna untuk difahami dan tidak melibatkan aspek teknikal atau perundangan. | Istilah | 01.11.2012 |
Yg mana satu betul? "------- akan segera mengadap sultan apabila tiba di Melaka nanti," kata Laksamana Hang Tuah kepada sahabat-sahabatnya. A. Patik B. Hamba C. Tuanku D. Beta | Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya'. Jawapannya ialah patik. | Tatabahasa | 05.02.2013 |
Saya berasa keliru selepas menerima jawapan daripada tuan. Hal ini kerana saya mendapati bahawa rakyat biasa yang bercakap dengan raja boleh menggunakan "patik" dan "hamba"?? Jadi dayang yang bercakap dengan raja haruslah menggunakan "hamba" untuk merendahkan diri?? | Kata ganti nama "patik" digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama "hamba" untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama "hamba" pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. Oleh yang demikian, apabila dayang bercakap dengan raja, kata ganti nama yang sesuai digunakan ialah patik. | Tatabahasa | 01.12.2013 |
Saya ada merujuk kamus dewan tetapi masih tidak dapat lihat perbezaannya. Penggunaan hamba dan patik sbg kt ganti nama diri. Adakah betul fahaman sy bahawa hamba digunakan utk org biasa manakala patik digunakan bg org yg berjawatan dlm istana?... | Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. | Istilah | 19.11.2012 |
Saya ingin bertanya kesahihan maksud perkataan di bawah yang asalnya dipinjam dari bahasa Sanskrit: 1- Patik = anak anjing 2- Duli Yang Maha Mulia = Debu Pada Kaki Raja Yang Mulia 3- Suami = Tuhan 4- Paduka = Sepatu/Kasut 5- Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia = Ke Bawah Debu di Kaki Yang Maha Mulia. Pada pandangan saya, istilah ini tidak harus digunakan lagi kerana menggambarkan sistem penghambaan masih diamalkan apabila berbicara dengan golongan Raja??(Raja juga orang biasa bukan..) | Untuk mendapatkan makna yang betul bagi perkataan tersebut saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Kami mengucapkan terima kasih atas pandangan saudara tentang makna perkataan berkenaan. | Lain-lain | 10.12.2008 |
Sila tanya sama ada penggunaan ayat berikut betul dari segi frasa tatabahasa?? 1. Kebanyakan para ibu bapa ... | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kebanyakan bermaksud 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; manakala para pula bermaksud kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. Kedua-duanya membawa maksud ramai dan banyak. Oleh itu, penggunaan frasa yang betul ialah Kebanyakan ibu bapa atau Para ibu bapa. | Lain-lain | 13.07.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Kuda ini kuda biasa, Kuda biasa berjalan malam; Budak ini budak biasa, Buah mabuk hendak dimakan.
Lihat selanjutnya... |
|