Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Ayah meluahkanK semula kuih yang dimakannya kerana terlalu manis sangat. MUNSYI, TERLALU MANIS SANGAT ADAKAH SALAH GRAMATIS? | Frasa yang betul ialah "terlalu manis" atau "manis sangat". | Tatabahasa | 15.04.2012 |
Kata Ali, "Kuih ini manis,". betul atau Kata Ali, "Kuih ini manis.". atau Kata Ali, "Kuih ini manis." yang mana satu betul penggunaan tanda bacaannya? kedudukan tanda noktah dalam ayat di atas mana satu yang betul? tq | Penggunaan tanda baca yang betul ialah - Kata Ali, "Kuih ini manis". | Tatabahasa | 23.04.2010 |
Apakah antonim bagi masin? Ada yang mengatakan antonim bagi masin ialah manis dan ada juga yang mengatakan tawar. Bagi saya, antonim bagi manis ialah masam. Jadi, tentunya antonim bagi masin bukan manis. Harap dapat menguraikan kekusutan ini. Soalan tersebut adalah soalan bahasa melayu tahun 2. | Antonim bagi masin dan manis ialah tawar. | Tatabahasa | 02.10.2011 |
1. "yang" digunakan sabagai kata hubung pancangan relatif, selain digunakan dalam ayat majmuk, bolehkah "yang" digunakan dalam ayat tunggal seperti saya tidak suka makan makanan yang mentah. 2. kuih itu rasanya manis, kuih itu manis rasanya. manakah betul? apakah golongan kata "rasanya"? terima kasih. | 1. Ayat "Saya suka makan makanan yang mentah." adalah betul. 2. Ayat yang betul ialah "Kuih itu rasanya manis." 3. "Rasanya" ialah kata tugas | Tatabahasa | 09.10.2013 |
Harga untuk sekilogram buah mangga Harum Manis ini ialah/adalah RM4.50. | Harga untuk sekilogram buah mangga Harum Manis ini ialah RM4.50. | Tatabahasa | 30.04.2013 |
Salam sejahtera, Adakah betul padanan antonim ini? pahit - manis masin - tawar Sekian, terima kasih. | Dalam data kami, pahit , masam, manis, masin dan pedas berantonim dengan tawar. | Tatabahasa | 18.11.2013 |
1. apakah perkataan berlawan bagi masam, manis dan pahit? 2. (bagaimanakah/apakah) perasaan kamu ketika mendengar berita itu? yag mana satu betul 'apakah atau bagaimanakah'?tq | Lazimnya perkataan masam lawannya manis, dan begitulah sebaliknya, manakala kata lawan yang paling hampir bagi pahit ialah tawar. | Tatabahasa | 21.07.2010 |
1. Di pasar Ramadan banyak terdapat kuih Melayu yang dibuat daripada tepung pulut yang berinti_________. A. Manis B. Manisan C. Pemanis D. Bermanis-manis 2. Mangsa yang mati di lombong tinggal itu telah_______ oleh pasukan penyelamat pada pagi tadi. A. Bertemu B. Ditemukan C. Ditemui D. Menemui Terima Kasih atas pertolongan anda. | 1. (b) manisan. 2. (c) ditemui. | Tatabahasa | 26.02.2009 |
1)Dira selalu teringat pada kenangan pahit manis semasa menuntut pusat pengajian tinggi.2)Semak-samun di belakang rumah itu belum dipotong.3)Seluar saya sama besar seluar Ahmad.TOLONG BETULKAN KALAU TERDAPAT SALAH. | Saudari/Saudara, 1. Dira selalu teringat pada kenangan pahit manis semasa menuntut di pusat pengajian tinggi. 2. Ayat tepat 3. Seluar saya dan Ahmad sama besar. (ayat yang diolah oleh saudara betul dari aspek tatabahasanya namun, kurang gramatis) | Tatabahasa | 05.09.2012 |
apakah perbezaan makna bagi perkataan "berasa" dan "merasa" | Menurut Kamus Dewan, berasa bermaksud (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit ; (ii) mempunyai rasa seperti masin dan manis ; (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka. Manakala merasa pula bermaksud (i) mengalami rasa dengan lidah seperti manis, masin ; (ii) mengalami rasa (sakit dan lain-lain) pada tubuh. | Makna | 03.12.2007 |
|
Tesaurus |
---|
| manis (adjektif) | 1. Dalam konteks rasa bersinonim dengan enak, sedap, lazat, nikmat, legit, Berantonim dengan tawar
2. Bersinonim dengan menarik: menawan
3. Bersinonim dengan cantik: elok, molek, mongel, ayu, lawa, jelita, Berantonim dengan hodoh
4. Bersinonim dengan bersopan: bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, berbudi bahasa, berbudi pekerti,
berbahasa, baik, elok, molek, Berantonim dengan biadab
| Kata Terbitan : bermanis-manis, memaniskan, manisan, manis-manisan, kemanisan, pemanis, |
|
Puisi |
---|
|
Asam kandis mari dihiris, Manis sekali rasa isinya; Dilihat manis dipandang manis, Lebih manis hati budinya.
Lihat selanjutnya... |
|