Kata |
Takrif |
Sumber |
menyabur | 1. masuk di celah-celah orang banyak, masuk bercampur dgn orang banyak; 2. menyamar diri di kalangan musuh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beramai-ramai | 1. berbuat sesuatu dgn riuh-rendah (hiruk-pikuk): mereka ketawa ~; undang-undang tidak dapat digubal dgn bertengkar ~; 2. bersama-sama (banyak orang), banyak-banyak (tidak berseorang): selepas tembakan itu kami keluar ~ melihat api; mari kita kerjakan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ragam | 1 cara; tingkah laku; olah: Banyak orang, banyak ~nya. 2 jenis; macam: aneka (berbagai-bagai) ~ berbagai-bagai jenis. 3 lagu: Maka gendang pun dipukul oranglah, tujuh ~. 4 warna: kain tujuh ~. beragam-ragam bermacam-macam; berwarna-warna. meragam 1 bernyanyi; berlagu. 2 membubuh warna pd; mewarnai. 3 berperangai atau berkelakuan tidak menentu. seragam 1 sama potongan dan sama warnanya (bkn pakaian dll): pakaian ~ pakaian tertentu yg dipakai khas oleh sesuatu golongan. 2 sesuai; sepakat. menyeragamkan menjadikan seragam: Usaha ~ ejaan bahasa Malaysia-Indonesia telah dilaksanakan dlm tahun 1972. keseragaman keadaan seragam. penyeragaman perbuatan (usaha dsb) menyeragamkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ramai | 1 terdiri drpd jumlah yg banyak (bkn orang): Pengunjung sangat ~ di pesta itu. ~ muai sangat ramai; terlalu ramai. 2 banyak penduduknya: Pd zaman itu, pelabuhan Melaka sangat ~. 3 tidak sunyi; sibuk; giat (bkn perdagangan): Pasaran saham sekarang tidak begitu ~ spt beberapa bulan dahulu. 4 orang banyak; umum: kegemaran ~ kegemaran orang banyak; khalayak ~ orang banyak; orang ~ orang kebanyakan; suara ~ suara orang banyak. 5 riuh-rendah (bunyinya); bising: Suara para penonton terlalu ~ sehingga orang bercakap di sebelah pun tidak kedengaran. 6 hebat atau dahsyat (bkn peperangan, perkelahian dll). 7 riang gembira; sangat meriah: Pesta itu sangat ~ kerana banyak orang yg mengunjunginya. beramai-ramai bersama-sama dgn orang lain yg ramai: Kami keluar ~ berarak berkeliling bandar. meramaikan 1 membuat supaya ramai; menjadikan banyak jumlah orang (penduduk, penghuni dsb): Kedatangan orang-orang baru telah ~ kampung kami. 2 menyebabkan bising (riuh-rendah); meriuhkan: ~ suasana. keramaian majlis utk merayakan sesuatu; pesta: Satu ~ telah diadakan di Taman Tasik utk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan. seramai sebanyak; sejumlah: Penduduk bandar itu ~ sejuta orang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyeruak | membuka jalan (di antara orang banyak), masuk melalui tempat yg sempit, berjalan serta menguak-nguakkan (tumbuh-tumbuhan, orang, dll) supaya dapat dilalui: Uda Patah dgn termengah-mengah berlari dan ~ ke tengah orang banyak itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seruak | Mn; menyeruak membuka jalan (di antara orang banyak), masuk melalui tempat yg sempit, berjalan serta menguak-nguakkan (tumbuh-tumbuhan, orang, dll) supaya dapat dilalui: Uda Patah dgn termengah-mengah berlari dan ~ ke tengah orang banyak itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khalwat | 1 perbuatan menjauhkan diri dr orang banyak kerana hendak beramal (menenangkan fikiran dll). 2 perbuatan berada di tempat yg sunyi (bagi pasangan lelaki dan perempuan yg tidak bernikah) dan melakukan perkara sumbang: Kejadian ~ yg menjadi-jadi sekarang menunjukkan kemerosotan moral pemuda-pemudi zaman moden. berkhalwat 1 menjauhkan diri dr orang banyak di tempat yg sunyi kerana beramal dll. 2 berada di tempat sunyi (bagi pasangan lelaki dan perempuan yg tidak bernikah) dan melakukan perkara sumbang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyesak-nyesak | mengasak, merempuh (di tengah-tengah orang banyak): mata-mata mencuba menyuraikan orang yg ~ di depan rumah; orang itu menyeru kpd seorang pemuda yg sedang ~-nyesak dlm orang banyak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyesak | = menyesak-nyesak mengasak, merempuh (di tengah-tengah orang banyak): mata-mata mencuba menyuraikan orang yg ~ di depan rumah; orang itu menyeru kpd seorang pemuda yg sedang ~-nyesak dlm orang banyak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ramai | 1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~ dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa lama, pasaran getah ~ kembali; Singapura ialah bandar perniagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (penduduknya): pd zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang berkumpul; perkara Dang Kenanga janganlah dijadikan soal ~; di muka ~ di depan orang banyak (umum); kemahuan ~ kemahuan umum; khalayak ~ orang banyak, umum; kegemaran ~ kesukaan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum; ~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama; seramai 1. sama banyak (dgn); 2. sebanyak, sejumlah: penduduk-penduduk yg ~ sejuta orang itu; beramai-ramai 1. berbuat sesuatu dgn riuh-rendah (hiruk-pikuk): mereka ketawa ~; undang-undang tidak dapat digubal dgn bertengkar ~; 2. bersama-sama (banyak orang), banyak-banyak (tidak berseorang): selepas tembakan itu kami keluar ~ melihat api; mari kita kerjakan ~; meramai-ramai ark beramai-ramai: anak buah Bendahara pun pergilah mengambil peti itu, diramai-ramainya dibawanya ke hadapan Bendahara; beramai-ramaian sl 1. dgn ramainya, dgn banyaknya: sekali persetua ayah hamba raja Tanjung Pura pergi ~ ke pulau; 2. dgn riuh-rendahnya (hiruk-pikuknya): terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyabung ~ itu; meramaikan 1. menjadikan ramai, menyebabkan ramai (riuh-rendah, hiruk-pikuk): kereta ini diramaikan dgn bual penumpang-penumpangnya; 2. menjadikan banyak, membanyakkan: ~ kaum keluarga; 3. menjadikan gembira, memeriahkan: ia mengucapkan terima kasih kpd kawan-kawannya yg datang ~ majlis hari jadinya; memperamai, memperamaikan menyerang beramai-ramai, membanyaki: malangnya tok guru diperamaikan dan mati ditikam; ia menetak dan menikam Peringgi tetapi apakan daya ia diperamai oleh Peringgi; keramaian 1. perihal ramai (riuh-rendah dll): melalui jendela aku lihat ~ lalu lintas; ia suka berkunjung ke negara-negara asing, melihat ~ kota dan pemandangan di perdesaan; 2. perayaan, pesta: ~ menyambut hari perkahwinannya ialah suatu peristiwa besar; satu ~ telah diadakan bagi menyambut hari kemerdekaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
maxim | n a. motton, moto: if in doubt, chuck it out; thats my ~, jika diragui, buanglah; itu moto saya; b. adage, saying, pepatah: as the ~ goes Each to his own taste, spt kata pepatah, Banyak orang, banyak ra | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hoard | vt 1. amass, mengumpulkan [sst] banyak-banyak: misers ~ money and refuse to spend it, orang bakhil mengumpulkan wang banyak-banyak dan enggan membelanjakannya; 2. keep in reserve, secretly, menyorokkan: due to the shortage of petrol people began to ~ it, disebabkan kekurangan petrol, orang mula menyorokkannya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
predominantly | adv chiefly, largely, lebih banyak: the islands population is ~ white, penduduk pulau itu lebih banyak orang kulit putih; the discussion was ~ about economic matters, perbincangan itu lebih banyak menyentuh hal ehwal ekonomi; a ~ French-speaking society, masyarakat yg lebih banyak berbahasa Perancis. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
scads | n (US), (colloq) banyak: ~ of people watched the open-air performance, banyak orang menonton persembahan di pentas terbuka itu; he must have ~ of money, dia pasti mempunyai wang yg banyak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
score | 7. (in pl) very large number, banyak: ~s of people waited outside the hall, banyak orang yg menunggu di luar dewan; it has happened ~s of times, perkara itu sudah berlaku banyak kali; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
strike | 13. (of disease, illness, etc) afflict, menyerang: the many infirmities that ~ older people, keuzuran yg banyak menyerang orang-orang tua; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
wholesale | adj 1. borong: goods bought at ~ price, barang-barang yg dibeli dgn harga borong; a ~ supplier of office paper, pembekal borong kertas pejabat; 2. (fig.) performed on a large scale, secara banyak-banyak; (of peoplei) secara beramai-ramai: the ~ slaughter of the kangaroos in the area brought protests from the public, pembunuhan kanggaru secara banyak-banyak menimbulkan bantahan drpd orang awam; the government was criticized for its ~ borrowing from overseas sources, kerajaan telah dikritik krn meminjam secara banyak-banyak drpd sumber luar negeri; the ~ massacre of innocent people, pembunuhan secara beramai-ramai orang yg tdk bersalah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
slew 2 | n (US), (colloq) large number, banyak: a whole ~ of people scrambled out of the bus, banyak orang berebut-rebut keluar dr bas itu; his mother had a whole ~ of jobs for him, emaknya ada banyak kerja untuknya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
preponderance | n (fml) banyak: there is a ~ of dark-skinned people in the population, terdapat banyak orang yg berkulit hitam di kalangan penduduk. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
avalanche | n 1. runtuhan + approp n: many people were killed in the ~, banyak orang yg terbunuh dlm runtuhan salji itu; 2. (fig.) datang mencurah-curah; (of words, questions, etc) hamburan: an ~ of fan mail, surat peminat yg datang mencurah-curah; an ~ of questions, hamburan pertanyaan; /inundated with, overwhelmed by, etc/ an ~ of, dihujani, dibanjiri: he was inundated with an ~ of congratulatory messages, dia dihujani surat ucap tahniah; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
people poverty | kemiskinan orang banyak | kemiskinan masyarakat | kemiskinan masyarakat | Sains Politik |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
neck riddle | teka-teki leher | Kesusasteraan | Tiada | Teka-teki yang berupa masalah dan selalu diberikan kepada orang-orang yang akan dihukum bunuh, ada kalanya orang ini dapat melepaskan diri dengan memberikan jawapan yang betul. Contoh: teka-teki yang diberikan oleh Sultan Harun Al-Rashid kepada Abu Nawas, berapa banyak bintang di langit atau di mana letaknya pusat dunia. Semuanya dapat dijawab oleh Abu Nawas untuk mengelakkan dirinya dari dihukum oleh Sultan. |
mnemonia patterning | pemolaan ingatan | Kesusasteraan | Tiada | Pola yang menjadi pembantu pengingat dalam sebuah penceritaan. Contoh: jeritan dari kubur merupakan pola pengingat kepada orang mati berdarah atau orang yang banyak dosa sewaktu hidupnya. |
dependency behavior | tingkah laku kebergantungan | Psikologi | Psikologi Umum | Tingkah laku yang banyak bergantung pada orang lain atau masyarakat. Kebanyakan tingkah laku individu ini ditentukan oleh orang lain sehingga menyebabkan kepercayaan dirinya berkurangan. Contohnya, kanak-kanak yang terlalu bergantung pada ibu bapanya sehingga gagal membuat sesuatu keputusan sekalipun keputusan yang mudah. |
social psychology | psikologi sosial | Psikologi | Psikologi Umum | Bidang yang banyak mengkaji tentang cara pemikiran, perasaan dan tindakan individu yang dipengaruhi oleh orang lain. Bidang ini menumpukan kajian pengaruh orang lain terhadap tingkah laku individu atau sebaliknya. Tingkah laku sosial yang menjadi tumpuan ahli psikologi sosial ialah pembentukan sikap, pemujukan, kefahaman diri, keagresifan, hubungan interpersonal, keakuran dan apa-apa sahaja tingkah laku yang berkaitan dengan hubungan individu dengan individu lain. Contohnya, ahli psikologi sosial boleh mengkaji alasan di sebalik peningkatan bilangan ramai orang yang sudi menolong mangsa bencana alam seperti puting beliung, banjir besar, tsunami dan runtuhan bangunan tinggi. |
overcompensation | imbuhan lanjur | Perubatan | Tiada | Penonjolan sesuatu reaksi yang berlebihan dalam diri seseorang, terutamanya untuk memenuhi dorongan nafsu untuk melebihi orang lain dalam banyak hal supaya dapat mengimbangi kompleks rendah diri. |
vertical equity | ekuiti menegak | Ekonomi | Tiada | Prinsip kesaksamaan atau keadilan dalam menanggung beban cukai. Mengikut ekuiti menegak, pembayar cukai yang mempunyai pendapatan atau kekayaan (sebagai ukuran kemampuan membayar cukai) yang berbeza, patut membayar cukai yang berbeza. Misalnya, orang yang berpendapatan RM50 000 setahun patut membayar cukai yang lebih banyak daripada orang yang berpendapatan RM20 000 setahun. Sinonim kesaksamaan menegak, keadilan menegak. |
macchia | macchia | Geografi | Tiada | Istilah orang Scotland bagi pasir pantai yang mengandungi serpihan kulit kerang yang banyak, yang terdapat di pinggir laut Scotland. |
junior scriptwriter | penulis skrip muda | Komunikasi | Tiada | Orang yang baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan skrip dan tidak banyak pengalaman mengenainya. |
piazza | piaza | Landskap | Tiada | Ruang atau medan terbuka luaran yang besar di tengah ban dar sebagai tempat orang ramai berkumpul. Piaza ini banyak terdapat di ltali. |
ethanol poisoning | keracunan etanol | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan etanol. Elanol hanya berbahaya jika terminum dengan banyak dalam tempoh yang singkat. Dos maut bagi orang dewasa ialah 300 cm3 - 400 cm3 etanol tulen jika diminum dalam tempoh kurang daripada 1 jam. Had pendedahan ialah 1000 ppm. Etanol menekan sistem saraf pusat secara tak seragam mengikut urutan menurun dari korteks ke medula. Penemuan patologi dalam kematian akut tennasuk edema otak dan hiperemia dan edema saluran gastrousus. Penemuan patologi termasuk kemerosotan hati, buah pinggang, dan otak, gastritis atrofik, dan sirosis hali. Tanda utama keracunan ialah penekanan sistem saraf pusat. Keracunan akut menyebabkan kurang waras, masalah penglihatan, tiada koordinasi otot, pertuturan tidak jelas, koma dan mati, bergantung pada darjah keracunan. Keracunan kronik menyebabkan hilang berat badan, sirosis hati dan gastroenteritis dengan anoreksia dan cirit-birit. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
baka' | dagu | - | - | miapeka a bakayan | orang yang telah banyak menasihati orang lain tetapi tidak diendahkan | terlepas dagunya | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Iranun |
tikuong | tempang tangan | - | - | timang ~ | - | keadaan orang yang membawa barangan banyak sambil berjalan (misalnya membawa barang yang berat dan banyak) | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
mapasang sawau | banyak menggunakan kuah ketika makan dipercayai banjir akan berlaku semasa majlis perkahwinan orang tersebut | - | - | - | - | - | Pantang Larang | Iranun |
madalem e kandilutan | banyak air ketika membuat dilutan dipercayai hujan akan turun semasa majlis perkahwinan orang tersebut | - | - | - | - | - | Pantang Larang | Iranun |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
gutak | tenaga; 1 kekuatan, daya: baih keman baruklah badan bei ~ udei selepas makan barulah badan ada tenaga semula; 2 kegiatan utk memulakan sst: ~ a idak tenaga orang banyak; | Melanau Mukah | |
ramak II | rakus; 1 gelojoh, lahap: ke~ tan a iyen keman rakusnya orang itu makan; 2 ki selalu hendak banyak-banyak, loba, serakah, tamak: ~ bak pigek bareng a rakus hendak mengambil barang orang. | Melanau Mukah | |
ampa | 1 hampa; kosong; tidak berisi: ~ padi padi yang hampa: jako iya maioh ~ percakapannya banyak yg kosong; 2 tidak berilmu (berharga); bodoh; dungu: ~ orang orang bodoh; | Iban | |
akan | mendapat sst lebih banyak drpd orang lain: Jamilah a ~ kenaan pesaka a tipou Jamilah orang yg mendapat harta pusaka yg lebih banyak drpd datuknya. | Melanau Mukah | |
piter | pintar; 1 cekap, pandai: a ~ petelabau orang pintar bercakap; 2 banyak akal, cerdik, licin: Perdana Menteri telou a ~ Perdana Menteri kita pintar orangnya; 3 mahir dlm membuat sst pekerjaan: amun siyen a nda ~ bukanlah siyen a tukeng kalau dia tidak pint | Melanau Mukah | |
veteren | veteran; 1 bekas askar, perajurit, pejuang; 2 jaguh lama sukan, dll; 3 orang yg telah banyak pengalamannya dlm sst perkara. | Melanau Mukah | |
kaya | kaya; 1 banyak harta, wang, dsb: siyen itou kuman keluarga a ~ kawak dia ini drpd keluarga orang kaya juga; 2 Maha Kaya, Maha Besar, Maha Berkuasa (bkn Tuhan): Tuhan wak pajih ~ Tuhan Yg Maha Kaya; 3 banyak mempunyai atau mengandungi dlm berbagai-bagai er | Melanau Mukah | |
nda III; ~ metara | setiap, tiap-tiap; 1 satu-satu drpd banyak, masing-masing: ~ lawaih a kereja lubeang gudeang yen bawai gaji setiap orang pekerja dlm kilang itu naik gaji; 2 berurutan atau yg satu mengikuti yg lain (bkn masa), saban: ~ lau siyen tapak gak gitou tiap-tiap | Melanau Mukah | |
kaka II | bk bagi anak yg banyak, macam ulat: agei kawak bak megirik aneak teluwaih a, ~ gak lebok ngia-ngiam ki masih juga hendak mengurat anak dara orang, anak di rumah macam ulat. | Melanau Mukah | |
deraih | kuat; 1 banyak tenaga: anik ngak lakei siyen agei ~ kereja walaupun sudah tua dia masih kuat bekerja; 2 tidak mudah kalah, tumpas, tewas, dsb: tim wak ~ pisak bul pasukan yg kuat main bola; 3 teguh pendirian dsb: a ~ menahan adet a dana orang yg kuat memp | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
congek MSr | cengeng. | Di masjid banyak orang tau. Selalunya abang akan nangis kalau ditegur orang. Abang congek, usikku kerana aku mahu dia faham bahawa aku tidak gemar akan sikapnya itu. Dia agak terlalu pemalu sekurang-kurangnya pada kehendak atau penilaianku. | Jambatan Laut China Selatan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bermukun, *mukun* MSr | upacara berbalas-balas pantun dalam sesuatu majlis. | Tentulah banyak orang yang datang menonton gendang kampung, orang bermukun dan bertandak. | Rahsia Saidin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ongkab-ongkab, *ongkob* Bj Sm, Kd, MSb | tempat menyimpan padi yang diperbuat daripada kulit kayu. | Stok padi yang berongkab-ongkab milik orang-orang kaya ini cukup banyak. Tidak habis dimakan. | Utusan Borneo | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bandat Ib | sejenis permainan terup. | Umbai berasa semakin keliru semakin banyak kali dia menjawab sindiran dan ajakan orang-orang di sekeliling hamparan tikar tempat mereka bermain bandat itu. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rong LB | topi/terendak orang Lun Bawang. | Pasanglah beret birar, kalung bau tulang dan pata anet birar. Kalau banyak orang memanggil kamu jangan kamu pergi. Kamu lemparkan rong kamu dan kamu berikan payung kamu. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lolok Bj Sp | sejenis tarian tradisional orang Bajau Semporna. | Dengan pukulan dan rentak yang tertentu dari bunyi Gabang, akan dapatlah dilahirkan tarian Lolai atau Lolok - iaitu sejenis lagi tarian orang-orang Bajau. Tarian inipun banyak terdapat di daerah Semporna. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lolai Bj Sp | sejenis tarian tradisional orang Bajau Semporna. | Dengan pukulan dan rentak yang tertentu dari bunyi Gabang, akan dapatlah dilahirkan tarian Lolai atau Lolok - iaitu sejenis lagi tarian orang-orang Bajau. Tarian inipun banyak terdapat di daerah Semporna. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
keningau Kd | sejenis tumbuhan (pokok yg kulitnya manis); Cinnamomum zeylanicum. | Keningau berasal daripada nama pokok kayu iaitu "kayu manis" (sejenis rempah). Orang-orang Dusun memanggil daerah ini Keningau kerana daerah ini katanya terlalu banyak mengeluarkan kayu manis. Kayu manis menjadi barang dagangan kepada penduduk-penduduk di sini. | Diari K. Bali | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kinayoo Mr, Tb | besar. | Jangan makan saya! Tetapi kita pergi bersama-sama ke hulu! Di sanalah kampung kami di hulu sungai Kinayoo. Waduh! Banyak orang di kampung kami, kata pelanduk itu kepada buaya itu. | Sabah Folk Tales 1-7 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bungun Kd | alat seperti bakul yang biasanya diperbuat daripada pelepah rumbia, yang mempunyai tali yang disangkutkan pada bahu untuk membawa barang-barang yang besar atau banyak untuk sesuatu perjalanan yang jauh. | Kalau orang-orang di sini membawa barang-barang dagangan, mereka menggunakan ikutan sejenis raga yang diletakkan di belakang si pembawa itu. Ada juga orang menyebut bungun. | Diari K. Bali | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb فارسى-مالايى-انگليسى Kamus Parsi.indb 9 5/18/11 9:02 A Kamus Parsi.indb 10 5/18/11 9:02 AM 3 آ air boleh didiami, makmur kampung banyak jusnya kehormatan akuatik, berair hamil air terjun jus iklim, hawa biru mengairi kondominium apendisitis water cultivated village juicy honour aquatic pregnant waterfall juice climate blue to irrigate condominium appendicitis )āb brick spanner last chewing gum address mankind votes adornment to arrange calm, quiet tomb, grave to decorate barber api membakar terbakar bata sepanar terakhir gula-gula getah alamat manusia, insan, orang undi dandanan, hiasan mengubah, menyusun tenang kubur, makam, pusara hias, menghias tukang gunting )ātash( شتآ )ātash zadan( ندز شتآ )ātash gereftan( نتفرگ شتآ )ājor( رجآ )āchār( راچآ )ākher( رخآ )ādāms
|
Kamus Sains.indb bermodul, dengan ketahanan dan penyelenggaraan yang lebih tinggi. Bahasa ini dicipta oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada penghujung dekad 1970-an dan diberi nama Ada sempena nama Ada Agusta Lovelace, orang yang dianggap oleh kebanyakan penyelidik komputer sebagai pengatur cara pertama. (KOM) aculeate Ada Kamus Sains.indb 17 7/8/08 11:45:21 AM 18 adamantoblast (adamantoblas) Lihat ameloblast. (BIO menjulur dari kantung Rathke dan terdiri daripada pars distalis, pars tuberalis dan pars intermedia. (BIO) adenoid (adenoid) Perihal sesuatu yang menyerupai kelenjar. (UBAT) adenoid facies (roman adenoid) Wajah seolah-olah orang bodoh, yang dicirikan dengan mulut yang sentiasa ternganga seperti yang kelihatan pada kanak-kanak yang menghidapi pembe- saran adenoid. (UBAT) adenoidectomy (adenoidektomi) Pembuangan adenoid secara pembedahan. (UBAT) adenoids (adenoids) Hipertrofi
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd sifer blok yang menggunakan kekunci 80 bit untuk menyulitkan blok data bersaiz 64 bit dalam 32 kitaran penyulitan. Oleh sebab saiz kekunci yang lebih besar dan kitaran penyulitan yang lebih banyak, Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat (NSA) yang merupakan pengasas algoritma ini mendakwa bahawa keselamatan algoritma ini lebih kukuh berbanding algoritma DES. Walau bagaimanapun, ciri algoritma ini dirahsiakan oleh NSA dan passive threat; Br. ancaman pasif; Id. ancaman pasif) Ancaman yang dilakukan terhadap pemilik data, iaitu pengguna hasad menggugut untuk mendedahkan kandungan data yang dipintas secara terlarang kepada pihak tertentu atau orang ramai. Ancaman ini tidak melibatkan pengubahsuaian data, tetapi hanya pengumpulan data yang terlarang. anonim (Ig. anonym; Br. anonim; Id. anonim) Keadaan capaian yang dilakukan oleh pengguna yang identitinya tidak diketahui
|
Kamus Thai 2.indb utara sam pai ke selatan Thai kira-kira 2000 km. จดจ ้ อง [-c:] ก mengacah: นักมวย ทั้ งคู ่ ได ้ แต ่ จดจ ้ อง Kedua-dua orang pe tinju hanya saling mengacah sahaja. = จด ๆ จ ้ อง ๆ จด ๆ จ ้ อง ๆ [-cotc:c:] ดู จดจ ้ อง จด² [cot] ก mencatat: เลขานุการของเขาได ก menumpukan perhatian: จิตใจของเขาจดจ ่ ออยู ่ กับเนื้ อหาปาฐกถาธรรม วันตรุษอีดิลฟิตรี Dia menumpukan per hatian terhadap isi khutbah Hari Raya Aidilfitri. จดจำ [-cam] ก ingat: ชาวบ ้ านจดจำเหตุการณ ์ ในวันนั้ น Orang kampung masih i ngat akan kejadian pada hari itu. จดทะเบียน [-tabian] ก mendaftar- kan: ทั้ งคู ่ ได ้ ไปจดทะเบียนสมรสที่ ที่ ว ่ าการอำเภอ Pasangan itu telah pergi mendaftar kan
|
Kamus Thai 2.indb รกราก [-ra:k] น 1 tempat asal: ทักษิณ มีรกรากอยู ่ ที่ เชียงใหม ่ Tempat asal Thak- sin ialah di Chiangmai. 2 keturunan: ชาวมุสลิมท ่ าอิฐส ่ วนใหญ ่ มีรกรากมาจากปัตตานี Kebanyakan orang Muslim di Thai terdiri daripada keturunan Pattani. รด [rod] ก menyiram: อาซูรารดต ้ นไม ้ ตอนบ ่ าย Azura menyiram pokok pada waktu petang. รถ [rod] น kereta รถกระบะ [-kraba naungan pokok ร ่ มเย็น [-yen] ว aman, sejahtera: หลังจาก ปัญหานั้ นได ้ รับการแก ้ ไขชาวบ ้ านก็ใช ้ ชีวิตอย ่ าง ร ่ มเย็น Setelah masalah itu diselesai- kan, orang kampung pun dapat hidup dengan aman. รวก [ruak] น buluh galah รวง [rua] น 1 tangkai: รวงข ้ าว tangkai padi 2 (ผึ ้ ง) sarang: รวงผึ้ ง sarang lebah |
Kamus Thai 2.indb perniagaan ธุรการ [-ka:n] น perkeranian ธุรกิจ [-ki t] น perniagaan, bisnes ธุลี [tuli:] น duli ธูป [tu:p] น colok: คนจีนชอบจุดธูปและ ปักไว ้ หน ้ าบ ้ าน Orang Cina suka mema- sang colok dan meletakkannya di ha- dapan rumah. เธอ [t:] ส 1 kamu, awak 2 (บุรุษที่ สาม) dia ธานี เธอ Kamus Thai 2.indb 205 4/15 tairu นมผง [-po] น susu tepung นมสด [-sot] น susu segar นมนาน [nomna:n] ว lama dahulu: ทุกคน ลืมเหตุการณ ์ นั ้ นหมดแล ้ วเพราะเกิดขึ ้ นนมนานแล ้ ว Semua orang telah melupakan kejadian itu kerana berlaku lama dahulu. นมัสการ [namatsaka:n] น penyem- bahan นโยบาย [nayo:ba:y] น dasar, polisi นรก [narok] น neraka นวนิยาย [nawaniya:y] น novel
|
Kamus Thai 2.indb ั ดไว ้ ให ้ Semua pekerja makan barang kongsi yang disediakan oleh majikan. 2 syarikat: คนจีนร ่ วมก ั น จ ั ดต ั ้งกงสีข ้ าวเปลือกที่ นครสวรรค ์ Orang Cina bersama-sama menubuhkan syarikat ก ก็ กงสี Kamus Thai 2.indb 1 4/15/2008 11:02:54 AM ก 2 padi di Nakhorn Sawan. กงสุล [kosun] น harus mematuhi peraturan lalu lintas. กฎธรรมชาติ [-tammaca:t] น hukum alamiah: เกิดและตายไปเป็นกฎธรรมชาติที่ ทุก คนไม ่ สามารถหลีกเลี่ ยงได ้ Hidup dan mati menjadi hukum alamiah yang tidak dapat dielakkan oleh semua orang. กฎบัตร [-bat] น piagam: ประเทศ สมาชิกต ้ องเคารพกฎบ ั ตรสหประชาชาติ Ne- gara ahli mesti mematuhi piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. กฎมนเทียรบาล [-montianba:n] น undang-undang diraja กฎหมู ่ [-mu |
Kamus Thai 2.indb Saya sangat berbangga kerana kamus ini merupakan kamus dwibahasa Thai-Melayu yang pertama diterbitkan oleh DBP. Saya berharap kamus ini akan ada edisi kedua dan edisi seterusnya yang memuatkan lebih banyak entri atau subentri, sesuai dengan keperluan pengguna. Banyak lagi kosa kata bahasa Thai yang belum dimasukkan ke dalam kamus ini sebagai entri atau subentri. Selain menjadi rujukan kepada para pelajar kedua-dua bahasa, kamus ini juga sangat bermakna
|
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
kongsi sama banyak | share equally | Membahagi objek atau nilai sama banyak dengan orang lain. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Banyak-banyak kerbau di padang, Memakan rumput di tepi telaga; Banyak-banyak orang kupandang, Ada seorang permainan mata.
Lihat selanjutnya... |
|