Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Yang teguh disokong, yang rebah (= rendah) ditindih.

Takrif

Orang yang sudah kuat (kaya, baik dan sebagainya) dibantu, sedangkan orang yang lemah (miskin dan sebagainya) diperas.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bulang sali kacak sama, tinggal lagi mujur malang.

Takrif

Sama kuat sama teguh dalam pertandingan, alah menang bergantung pada nasib saja. sali = teguh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memegang erat, menggenggam teguh.

Takrif

Pendirian yang tetap.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ditolak tak tumbang.

Takrif

Pendirian yang teguh; orang yang banyak harta.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berhadap kasih mesra, balik belakang lain bicara.

Takrif

Tidak teguh janji.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lemah (= lunak) tersudu, keras tak tertakik.

Takrif

Orang yang teguh pendiriannya. takik = toreh pada kayu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus.

Takrif

Bersatu teguh, bercerai runtuh. tak suang-suang = tak mudah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Digantungkan tinggi, digalikan dalam.

Takrif

Perjanjian yang diperbuat dengan syarat-syarat yang teguh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Laksana batang manau, seribu kali embat haram tak putus.

Takrif

Sangat kuat dan teguh. embat = pukul; manau = rotan besar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jangan kamu sangka: kapal api besi itu pun masuk guri juga.

Takrif

Jangan disangka sesuatu yang kuat dan teguh akan kekal terus tidak binasa. guri = sebangsa buyung.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
teguh (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, tegap, kejap, kejat, rapat, kerap, ketat, terik, tumpat, tetal, utuh, padu, padat, pudat, begap,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan erat: rapat, karib, akrab, ikrab, mesra, intim, kuat, kukuh, lebat, tipak, singsat, santung, sentung,
Berantonim dengan renggang

3. Bersinonim dengan tetap hati: cekal, tabah, betah, ulet, sabar,
Berantonim dengan goyah

4. Bersinonim dengan kukuh: kuat, utuh, stabil,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : meneguhkan, keteguhan, peneguhan,

Puisi
 

Mastuli benang mastuli,
     Anak patu dikasi makan;
Teguh-teguh memegang janji,
     Seperti paku lantak di papan.



Lihat selanjutnya...