Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisKamus Melayu ParsiKamus SainsKamus Thai Melayu Dewan
Kata Takrif Sumber
hati pekatkeras hati, tetap hati (fikiran dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
mantap1. tabah hati, tetap hati (fikiran), tetap setia: orang ~; 2. tidak berubah-ubah, tetap, stabil: langkahnya perlahan dan ~; bahasa kita masih belum mencapai taraf yg ~, masih dlm pembentukan; memantapkan menjadikan mantap (tidak berubah), menjadikan tetap, menstabilkan: penerbitan kamus istilah juga akan ~ isti-lah-istilah yg dicipta; penulis perlu ~ ideanya dlm penulisan karya mereka; kemantapan perihal mantap (tidak berubah, tetap, stabil), kestabilan: satu lagi hakikat yg asas dlm demokrasi di Malaysia ialah wujudnya idea kompromi yg sama menyum-bang ke arah ~ demokrasi itu sendiri; pemantapan perihal (perbuatan, usaha, dsb) memantapkan, proses menjadikan mantap, penstabilan: dlm pd itu, tentu berlaku ~ dan pengayaan, sejajar dgn berkembangnya ba-hasa itu; pemantap sesuatu yg digunakan utk mene­tapkan (menstabilkan) letak sesuatu benda: palang ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
rambangtidak tetap (hati dll). ~ mata a. mata keranjang. b. sukar utk membuat pilihan (semuanya berkenan). merambang berbuat atau berkata dgn mengagak-agak atau dgn melulu saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bulat tekadtetap hati;Kamus Dewan Edisi Keempat
rambangtidak tetap (hati dll). ~ mata a. mata keranjang. b. sukar utk membuat pilihan (semuanya berkenan). merambang berbuat atau berkata dgn mengagak-agak atau dgn melulu saja.Kamus Pelajar
rambang1. tidak tetap (hati, tujuan, dll); ~ mata a) mata keranjang (suka bermain perem­puan, suka kahwin); b) tidak tahu yg mana satu yg hendak dipilih (kerana banyak pilihan); jala ~ jala yg lebar-lebar matanya; mulut ~ banyak cakap, cerewet; merawak ~ = rambang-rambang; 2. tidak atau tanpa di­tentu­kan (diatur, dirancang, dsb) terlebih dahulu, diambil (dipetik dsb) secara sem­barangan sahaja, rawak: sbg contoh peng­gunaan sebenar, saya petik sebuah ayat se­cara ~ drpd Kamus Dewan; rambang-rambang secara sembarangan sahaja, merambang: Karim menembak ke arah tempat bunyi tembakan itu ~; merambang berbuat sesuatu (berkata dll) dgn membabi buta sahaja (dgn mengagak-agak sahaja): tangannya dirambang bagai­kan mencari sesuatu dlm gelap; kerambangan keadaan rambang: membuat pertimbangan tentang sesuatu sampel semata-mata berasaskan kesamaan dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
gamang1 berasa tidak tetap hati, berasa bimbang atau ragu-ragu; berasa kekok: Ia ~ ketika bertikam-tikaman itu. 2 berasa takut atau ngeri kerana melihat ke bawah dr tempat yg tinggi; gayat: Semasa mula-mula saya naik kapal terbang dahulu, ~ juga rasanya, tetapi sekarang biasa saja. 3 berasa sunyi atau lengang: Sejak kematian ibunya, dia pun ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
renyangMn 1. tidak tetap hati, gelisah, lincah; 2. tidak rapi, tidak selesai; 3. tidak sedap badan: badannya ~ dan lesu; ® renyah II.Kamus Dewan Edisi Keempat
putus niata) sudah tetap hati; b) sudah tercapai maksudnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
mundur majuki tidak tetap hati, ragu-ragu;Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
 
tetap
1. Bersinonim dengan kekal
( abadi, baqa, selama-lamanya, lestari, tidak berkesudahan, )
(adjektif:)
Berantonim dengan sementara

2. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( terus-menerus, sentiasa, selalu, tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak berkesudahan, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan terhenti-henti

3. Bersinonim dengan pasti
( tentu, tegas, mesti, wajib, tidak boleh tidak, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : menetap, menetapi, menetapkan, ketetapan, penetapan,

Puisi
 

Burung pungguk burung dewata,
     Hinggap mari di ranting mati;
Sungguhpun duduk jauh di mata,
     Kasih tetap di dalam hati.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
155

A good deed is never lost

Kebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia.

Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, menusia mati meninggalkan nama.

Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A good deed is never lost indeed.

Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, menusia mati meninggalkan nama.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...