Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Asam cuka si ramania, Pancukan baginda Ali; Suka-suka di dalam dunia, Qadak hidup dua kali.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kelapa muda muda juga, Kelapa tua dibuat inti; Suka suka juga, Sembahyang kita jangan dihenti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cuka-cuka beli di bandar, Simpan makan dalam perahu; Suka-suka mahu belajar, Tidak belajar mana tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jika dilurut padi manila, Buah rontok menjadi sambang; Kalau kuturut hati nan suka,suka/ikut Hujunglah hujung mengikut pulang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tukang kayu suka berdikat, Suka berdikat masuklah dia; Tuan bercinta belayar surat, Itulah tanda hati setia.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pergi ke darat mencari nangka, Baik-baik pijak duri; Kalaulah suka sama suka, Orang lain apa peduli.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang Jawa hilir ke kuala, Beli kain selepas Bali; Adik suka abangpun suka, Boleh kita mengikat janji.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Aku suka berumah tinggi, Pelantar besar sudah roboh; Aku suka beranak tiri, Anak besar senang disuruh.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jangan suka menganyam nyiru, Nyiru dibawa dari Buncit; Jangan suka menanggung rindu, Rindu bawa jadi penyakit.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jangan suka menganyam nyiru, Nyiru dianyam di tepi tasik; Jangan suka menanggung rindu, Rindu datang bawa penyakit.
Tesaurus
 
suka
1. Bersinonim dengan gembira
( girang, suka ria, senang hati, riang, sukacita, )
(adjektif:)
Berantonim dengan duka

2. Bersinonim dengan mudah
( kerap, kerap kali, sering, sering kali, acap-acap, acapkali, nyalar, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan jarang

3. Bersinonim dengan gemar
( mahu, ingin, berminat, rela, sudi, berkenan, sualak, kasdu, gegek, solak, amuh, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan benci

4. Bersinonim dengan sayang akan
( cinta akan, berminat, kama, hubah, semara, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : bersuka-suka, bersuka-sukaan, menyukai, menyukakan, sukaan, kesukaan, sukacita, bersukacita, menyukacitakan,

Puisi
 

Kelapa muda muda juga,
     Kelapa tua dibuat inti;
Suka suka juga,
     Sembahyang kita jangan dihenti.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
622

Union is strength

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...