Kata |
Takrif |
Sumber |
berkali-kali | berulang kali; kerap atau acapkali; sering; selalu: Mereka membunyikan hon kereta ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berulat | ada ulat(nya), buruk (rosak) kerana dimakan ulat: buah yg manis itu acapkali ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
impresionistik | (imprésionistik) lebih berdasarkan tanggapan, bukan fakta atau pengetahuan yg sebenarnya (bkn kritikan, karya dsb): acapkali kritikan yg dibuat itu bersifat ~ dan kurang mendalam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kali I | kejadian atau waktu yg berlaku berulang-ulang atau berturut-turut: Jam di bilik itu berbunyi tujuh ~. kali-kali daftar bilangan yg digandakan berturut-turut (spt 3x1, 3x2, 3x3, 3x4); sifir. kalian kamu semua; sekalian. berkali-kali berulang kali; kerap atau acapkali; sering; selalu: Mereka membunyikan hon kereta ~. mengalikan menggandakan atau mendarabkan bilangan: Berapa jawabnya jika kita ~ empat puluh dgn dua puluh tiga? sekali 1 satu kali: Kamu hendaklah mandi sekurang-kurangnya ~ sehari. 2 semuanya atau seluruhnya: Mereka menggali lubang itu dan mengambil telur yg terlonggok di dlmnya ~. 3 amat; sangat; paling: Pahang ialah negeri yg besar ~ di Semenanjung Tanah Melayu. 4 = sekali gus semuanya dikerjakan pd satu waktu. 5 pd suatu masa; pd suatu waktu: ~ persetua sekali peristiwa. ~ lalu a. tidak mengamati betul-betul; sambil lalu; sepintas lalu. b. serentak; sekali gus. sekali-kali sedikit pun; sama sekali; langsung: Kami ~ tidak berhajat kpd kuda dan tentera kamu. sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala kadang-kadang; kadangkala; ada kalanya: ~ dia pergi menjenguk ke luar tingkap. ~ kedengaran bunyi guruh. bersekali bersama-sama sekali; berserta: Bawa gajah putih sepasang ~ dgn rantai emas. sekalian 1 semuanya; seluruhnya; segenap: ~ pencuri itu telah ditangkap polis. 2 = kamu ~ kamu semua; awak semua; kalian. perkalian 1 (sifir) kali-kali. 2 hitungan darab. pengalian perbuatan mengalikan atau mendarabkan; penggandaan. pengali angka yg digunakan utk menggandakan; pendarab. pekali nombor atau simbol yg diletakkan sebelum sesuatu nilai lain; koefisien. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ulat I | 1. sj binatang kecil yg umumnya lembut dan banyak kakinya (akan menjelma menjadi kepompong dan seterusnya kupu-kupu); 2. segala macam anak serangga yg masih lembut badannya (spt berenga, lundi, dll); macam ~ ki terlalu banyak (bkn orang yg berhimpun di sesuatu tempat dsb); 3. (Komp) sj atur cara yg memadamkan data drpd ingatan komputer secara perlahan-lahan; ~ bulu a) ulat yg berbulu badannya; b) orang (lelaki) yg gatal; ~ bulu laut sj ulat yg diguna-kan utk racun, Chloeria flava; ~ daun sj ulat yg memakan daun-daunan; ~ gading = ~ layar sj ulat yg merosakkan batang padi; ~ kecar lotong sj ulat, Atopos maximus; ~ ratus sj ulat yg memakan daun dan batang padi, Spodoptera spp.; ~ sutera sj ulat yg mengeluar-kan benang utk dijadikan sutera, Bombyx mori; bagai ~ nangka terhempas ke batu prb orang yg jahat itu tidak berasa serik oleh kesusahan drpd kejahatannya; bagai melihat ~ prb sangat benci (meluat) melihat sesuatu; korek lubang ~ prb sengaja mencari perselisihan; menggeletik-geletik bagai ~ nangka = menggeletik-geletik bagai ~ cempedak = terloncat-loncat bagai ~ pinang prb a) orang yg gelisah; b) perangai yg tidak tetap dan tidak sungguh ketika duduk (berjalan); c) anak gadis yg lincah perangainya; berulat ada ulat(nya), buruk (rosak) kerana dimakan ulat: buah yg manis itu acapkali ~; ~ mata melihat prb sangat benci atau meluat melihat sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
acapkali | salaju, hagut. | kedayan | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata acapkali |
|
|