Kata |
Takrif |
Sumber |
suka ria | riang gembira, girang hati, suka hati; bersuka ria bersuka-suka, bergembira, bergirang-girang: orang ramai juga turut ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersuka ria | bersuka-suka, bergembira, bergirang-girang: orang ramai juga turut ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
girang | , = ~ hati sangat gembira atau suka hati: Mereka ~ kerana padi menjadi tahun ini. bergirang, = ~ hati berasa gembira atau suka hati; bersuka hati; bergembira. menggirangkan menimbulkan rasa girang; menyukakan hati; menggembirakan. kegirangan 1 keadaan girang; kesukaan hati; kegembiraan: ~nya itu hanya utk beberapa hari saja. 2 tersangat girang: Busu ketawa ~. penggirang selalu girang (ttg perangai, tabiat dll); tidak pernah berasa sedih: Udi ialah gadis yg ayu dan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
riang I | sangat gembira, girang hati, suka hati: anak-anak sedang menari dan menyanyi dgn ~; ~ gembira suka dan gembira; ~ hati girang (senang) hati, suka hati, sukacita; ~ ria riang gembira; beriang; ~ hati = beriang-riang bersuka-suka, bergembira-gembira, bergirang-girang: hamba tidak melarang tuan-tuan bersuka-suka, beriang-riang hati tetapi tiap-tiap sesuatu ada hingga batasnya; meriangkan menggembirakan, menggirangkan, menyenangkan hati; keriangan 1. = ~ hati perasaan sukacita, kesukaan, kegembiraan; 2. berasa riang, berasa sangat gembira: Salina ~ melihat gelagat Si Bulat; periang (orang yg) selalu riang: ia seorang yg ~ dan peramah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
girang | = ~ hati sangat gembira atau suka hati: Mereka ~ kerana padi menjadi tahun ini. bergirang, = ~ hati berasa gembira atau suka hati; bersuka hati; bergembira. menggirangkan menimbulkan rasa girang; menyukakan hati; menggembirakan. kegirangan 1. keadaan girang; kesukaan hati; kegembiraan: ~nya itu hanya utk beberapa hari saja. 2. tersangat girang: Busu ketawa ~ . penggirang selalu girang (ttg perangai, tabiat dll); tidak pernah berasa sedih:Udi adalah gadis yg ayu dan ~. | Kamus Pelajar |
girang | riang hati, suka hati, (sangat) gembira: hati orang tua itu telah mulai ~ sedikit; aku terlalu ~; bergirang hati beriang hati, bersuka hati, (sangat) bergembira; menggirangkan membangkitkan (menimbulkan) rasa girang, meriangkan (menggembirakan) hati: dia bercerita sambil berjenaka utk ~ hati anaknya; kegirangan 1. keriangan, kesukaan, kegembiraan: entah mengapa hatinya malam itu penuh ~; 2. = kegirang-girangan terlalu amat girang: ia melompat ~; penggirang selalu girang (tabiat); gemirang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
girang hati | sangat gembira atau suka hati: Mereka ~ kerana padi menjadi tahun ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
girang hati | riang hati, suka hati, (sangat) gembira: hati orang tua itu telah mulai ~ sedikit; aku terlalu ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suka | 1. perasaan girang dlm hati: maka sangatlah sukacitanya ia serta ditunjukkannya ~nya itu; 2. girang hati, senang hati: semua orang ~ melihat mereka berbahagia; 3. mahu (mengerjakan sesuatu), rela, sudi: aku boleh menutup kedaiku kalau aku ~; 4. gemar akan: orang di sini tidak ~ memakan daging; 5. setuju (dgn), cocok, sesuai: ayahku tidak ~ duduk di sini; 6. kehendak (kemahuan) hati: mahu tak mahu dimasukkan sahaja beras seberapa ~ dan ditaruh air;7. menaruh kasih (kpd), cinta (akan), sayang (akan): dia tidak ~ pd budak-budak; 8. berkenan akan, mahu akan: aku tak ~ engkau mengganggu mereka; 9. mudah sekali, kerap kali, selalu, sering kali: kereta ini ~ rosak; ~ hati a) girang (senang) hati, sukacita; b) kehendak (kemahuan) hati; ~ ramai (yg) digemari ramai, popular: lagu-lagu (majalahmajalah) ~ ramai; ~ duka kegembiraan dan kesedihan; sesuka = ~ hati = sesuka-suka (dgn) sekehendak hati, (dgn) semahu-mahunya: pihak yg berkuasa kadang-kadang bertindak ~ mereka; suka-suka seronok-seronok: penceburan mereka dlm sesuatu projek bukan sekadar ingin mencuba atau ~; bersuka = ~ hati = ~ ria bersenang-senang, bergembira; bersuka-suka bersenang-senang, bergembira, berfoya-foya: tua muda, gadis, dan teruna, sekaliannya ~; bersuka-sukaan 1. bersuka-suka: setelah duduk lalu turun pula memetik bunga mengarang kuntum ~; 2. bh bercinta-cintaan, berseronok-seronok (berkendak dll): dia pun memimpin tangan isterinya masuk ke dlm pelaminan ~; menyukai 1. menaruh minat (terhadap), suka akan, meminati: indah itu adalah seni dan kerana itu orang ~nya; 2. gemar akan (makanan), menggemari: Minah tidak ~ kuih yg berbau minyak sapi atau mentega; 3. menaruh kasih pd, mencintai, menyayangi: ia disukai gadis-gadis kerana badannya tegap dan sihat serta lawa; 4. menaruh simpati kpd, suka kpd: parti yg memerintah tidaklah boleh membuang kakitangan kerajaan yg tidak disukai mereka; menyukakan 1. menjadikan suka, menggembirakan, menggirangkan: berita itu sudah tentu akan ~ kedua-dua orang tuaku; 2. bp menyukai: ibu tidak memaksa kau beristeri dgn orang yg tidak kausukakan; sukaan bp 1. segala apa yg disukai, sesuatu yg menyukakan; 2. orang yg dikasihi, kekasih, kendak; kesukaan 1. perihal suka, kegembiraan, kegirangan, kesenangan: tujuan membaca ialah mencari ~ dan pengetahuan drpd apa yg dibaca; 2. sesuatu yg diminati (digemari), kegemaran: menggambar itu adalah ~nya; 3. sebagaimana yg disukai, kemahuan: cara memakai sari itu terpulanglah kpd ~ masing-masing; 4. sesuatu yg disukai (disayangi, dicintai, dikehendaki). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kegirangan | 1 keadaan girang; kesukaan hati; kegembiraan: ~nya itu hanya utk beberapa hari saja. 2 tersangat girang: Busu ketawa ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
rejoice | vi berasa girang: they ~d when the good news was announced, mereka berasa girang sewaktu berita baik itu diumumkan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
rejoice | ~ /at, over/, berasa girang dgn: his parents ~d at his success, ibu bapanya berasa girang dgn kejayaannya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
jolly | adj 1. gay, jovial, periang, riang, girang; (of laugh) riang, girang: his ~ companions, teman-temannya yg riang; 2. very enjoyable, seronok betul: we had a ~ time, kami seronok betul; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
rejoice | vt (act.) menggirangkan; (pass.) berasa girang: news that ~ed the hearts of many, berita yg menggirangkan hati ramai orang; it ~s my heart to hear it, hati saya berasa girang mendengarnya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
jovial | adj 1. (of mood, manner, greeting, etc) riang; 2. (of person) riang, girang; (by nature) periang, riang, girang: he seems ~ this morning, dia nampak riang pagi tadi; a big, ~ man, lelaki yg berbadan besar dan periang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
animated | adj 1. lively, vivacious, hidup, rancak; (of face) berseri-seri; (of person) girang: an ~ debate, perdebatan yg rancak; she was intensely ~, dia amat girang; 2. (cinemat) animasi: ~ cartoons, kartun animasi; ~ pictures, gambar-gambar animasi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
merry | adj 1. (dated) cheerful, a. (of person) riang, girang; (habitually) periang: he is a ~ fellow, dia seorang yg periang; b. (of persons mood) riang, girang; c. (of smile, laugh | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
merrily | adv riang, girang: she laughed ~, dia ketawa riang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
chirpy | adj riang, girang: ~ voices, suara yg riang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
cheery | adj riang, girang; (of letter, greeting, etc) riang: a ~ smile, senyuman riang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
gemiras | girang | - | - | - | - | - | Sifat dan Perbuatan | Bajau -> Bajau Tuaran |
seki | girang | - | - | - | - | - | Sifat dan Perbuatan | Bajau -> Bajau Tuaran |
muras | girang | - | - | - | - | - | Sifat dan Perbuatan | Bajau -> Bajau Tuaran |
gemiras | girang | - | - | - | - | - | - | Bajau |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
girang | ~ hati sukak hatik, sanang hatik. | kedayan | |
girang | sukak, sanang; | kedayan | |
agin | girang | TETAW | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
girang | [gi.rang] | ݢيرڠ |
gemirang (girang) | [ge.mi.rang] | ݢميرڠ(ݢيرڠ) |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata girang |
|
|