Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Lemak manis pada dialah, pahit maung pada orang.

Takrif

Orang yang hanya suka dipuji, tetapi tak suka dikritik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sakit kepala panjang rambut, patah selera banyak makan.

Takrif

Orang yang pada lahirnya tidak suka, tetapi hatinya suka sekali. (Bandingkan dengan: Jangan bagai orang patah selera, banyak makan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hati yang suka peringan beban.

Takrif

Semua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Hati yang ringan meringankan beban yang berat).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Orang kaya suka dimakan, orang elok (= muda) selendang dunia.

Takrif

Orang hartawan yang selalu terbuka tangannya membantu orang yang melarat, orang muda perhiasan dunia (untuk puji-pujian).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam.

Takrif

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biar penat badan asalkan hati suka.

Takrif

Mengerjakan sesuatu dengan suka hati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Akal labah-labah; di gua buruk suka merakut.

Takrif

Orang jahat yang suka menipu orang. merakut = memasang jaring.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terlampau duka terurah buntil, terlampau suka terurah rahsia.

Takrif

Hendaklah bersikap sederhana dan hati-hati dalam segala hal (baik waktu duka mahupun waktu suka). urah = bongkar, urai; buntil = kantung daripada kain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kerja sebarang hubah, kasih sebarang tempat.

Takrif

Kerja apa pun suka, kepada siapa pun kasih. (Bandingkan dengan: Kerja sebarang hebat, kasih sebarang tempat). hubah = suka.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jika hati tak suka, madu diminum serasa cuka.

Takrif

Menunjukkan kebencian.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
suka
1. Bersinonim dengan gembira
( girang, suka ria, senang hati, riang, sukacita, )
(adjektif:)
Berantonim dengan duka

2. Bersinonim dengan mudah
( kerap, kerap kali, sering, sering kali, acap-acap, acapkali, nyalar, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan jarang

3. Bersinonim dengan gemar
( mahu, ingin, berminat, rela, sudi, berkenan, sualak, kasdu, gegek, solak, amuh, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan benci

4. Bersinonim dengan sayang akan
( cinta akan, berminat, kama, hubah, semara, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : bersuka-suka, bersuka-sukaan, menyukai, menyukakan, sukaan, kesukaan, sukacita, bersukacita, menyukacitakan,

Puisi
 

Kelapa muda muda juga,
     Kelapa tua dibuat inti;
Suka suka juga,
     Sembahyang kita jangan dihenti.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
622

Union is strength

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...