Kata |
Takrif |
Sumber |
asyik | 1. menaruh berahi atau perasaan cinta yg amat sangat (terhadap seseorang), berahi (akan), cinta (akan): raja itu sedang ~ kpd tuan puteri; 2. sedang sibuk, leka (dgn sesuatu), khayal (melakukan sesuatu): kalau dah ~ ber-bual lupa akan makan; ~ maksyuk a) berkasih-kasihan; b) orang yg sedang berkasih-kasihan, sepasang kekasih; c) Tuhan dan hamba-Nya; 3. Ar orang yg menetapkan renungan dan pandangan rohaniah pd Allah SWT kerana didorong oleh cinta dan kasih kepada-Nya; asyik-asyik balik-balik, sering kali: ~ perkara itu juga yg dibangkitkannya; mengasyikkan 1. menimbulkan berahi (pd seseorang), menimbulkan perasaan cinta (pd): Rohani dgn baju yg pendek dan jarang, begitu ~ kekasihnya; 2. membuat atau menyebabkan asyik (leka dsb), melekakan, mengkhayalkan: kisah itu cukup ~; buku cerita yg ~ pembaca; keasyikan kelekaan (sewaktu sedang melakukan sesuatu): mereka memerhatikan ~ gadis itu memetik bunga di taman; keasyik-asyikan sangat asyik (berahi, leka, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cintakan | cinta akan, mencintai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermesejkan | mempunyai sesuatu sbg mesej: Ucapannya ~ semangat cinta akan agama, bangsa dan negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gila bayang | cinta akan seseorang yg tidak tahu akan cintanya (tidak dibalas); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyayangkan | 1. sayang (kasih, cinta) akan: semua anaknya tidak dipedulikan, seorang pun tidak disayangkan; 2. menyesal akan (sesuatu kemalangan, bencana, dll): sangat disayangkan kejadian itu berlaku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kasih I | 1. perasaan sayang (terhadap seseorang atau sesuatu, cinta: ~ku padamu masih spt dahulu; ~ seseorang pd agama, negara, dan bangsa; terima ~ pernyataan penghargaan atas pemberian (pertolongan dsb) yg telah diperoleh, syukur; 2. berasa sayang (akan), berasa cinta (akan): ia bertambah ~ pula pd anak itu; ~ mesra sangat kasih (cinta); ~ ibu sepanjang jalan, ~ anak sepanjang penggalan prb kasih ibu tidak putus-putus tetapi kasih anak dapat hilang; ~ sepantun tulisan pinggan prb kasih yg tidak kunjung hilang (bagi orang yg terlalu mesra pergaulannya); ~ saudara sama ada, ~ bapa menokok harta yg ada, ~ ibu sama rata, ~ sahabat sama binasa prb kasih yg sama berada itulah kasih yg sempurna (sebab biar bagaimanapun kasih seorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya); ~ itu semangat (roh) yg buta prb kasih itu tidak memilih yg baik atau yg cantik sahaja; ~ tidak bersekutu dgn bijak prb apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat celanya; kerja sebarang tempat, ~ sebarang tempat prb orang yg tidak berperaturan dlm pekerjaannya; kasihkan kasih akan; ~ anak tangan-tangankan, ~ isteri tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan akan rosak dan isteri yg diuliti selalu akan mendatangkan kedukacitaan; berkasih berasa kasih: adat ~ menanggung rindu; berkasih-kasihan 1. saling berasa kasih, cinta-mencintai: setelah sudah kahwin, maka kedua-duanya pun terlalu amat ~; 2. sl berbaik-baik, bersahabat, tidak bermusuhan: jika Seri Rama hendak ~ dgn kami, kembalikanlah Sita Dewi kpd Maharashi Kala; mengasihi menaruh kasih akan (pd), menyayangi, mencintai: ia sangat dikasihi oleh ibunya; haruslah raja-raja melengkapi negerinya dan ~ segala rakyatnya; kekasihan rasa cinta (sayang); pengasihan perihal mengasihi; berpengasihan mempunyai sifat mengasihi: tangan ibunya yg ~ itu selalu mengusapusap rambutnya; kekasih orang yg dikasihi (dicintai), buah hati: ia selalu menulis surat kpd ~nya; pengasih 1. = ilmu ~ = pekasih jampi (azimat, doa, guna-guna, dll) utk mendatangkan atau membangkitkan rasa kasih: dicari-kannya pekasih atau pembenci kian ke mari, dituntutnya ilmu sihir kpd dukun-dukun yg pandai; kata orang, saya ini memakai ilmu ~; 2. selalu menaruh (menunjukkan) belas kasihan, bersifat belas kasihan, penyayang: ibu yg ~ dan penyayang; perkasihan perihal berkasih: hal ini menguatkan tali ~ antara kita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
monyet | (monyét) sj binatang yg hampir sama dgn kera; baju ~ baju yg bersambung dgn seluar (dipakai oleh kanak-kanak); cinta ~ cinta kasih yg keanak-anakan; pintu ~ pintu yg berdaun dua (di atas dan di bawah); kera menjadi ~ prb sama sahaja halnya; spt ~ mendapat bunga (adakah ia tahu akan fa-edah) prb tiada tahu menghargai sesuatu yg elok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mesej | /méséj/ 1 pesanan, berita, kata-kata singkat dll drpd sesorang (sesuatu pihak) yg hendak disampaikan kpd seseorang dsb: Dia terus menyampaikan ~ yg diterimanya melalui telefon kpd rakannya itu sebaik sahaja melihat beliau masuk ke pejabat. 2 buah fikiran, idea, pengajaran dll yg hendak disampaikan dlm sesuatu ucapan, karya dll: ~ Ketua Pengarah dlm amanat yg disampaikannya itu begitu jelas dan mudah difahami. ~ ralat ist pesanan khusus yg memberitahu pengguna bahawa ralat telah dikesan pd komputer. bermesejkan mempunyai sesuatu sbg mesej: Ucapannya ~ semangat cinta akan agama, bangsa dan negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cinta | 1. perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll): walaupun ~nya kpd keamanan amat kuat tetapi ia tetap mengangkat senjata kalau dicerobohi; 2. perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: ~ kpd suaminya masih tinggal bersarang dlm hati; barangkali kau masih ~ pd tunanganmu; 3. sl perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dll): tiada terperikan ~nya serta bercucuran air matanya; 4. perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu: putera raja itu amat sangat ~ akan burung yg dilihatnya itu; ~ berahi terlalu sangat cinta (asyik maksyuk); ~ kasih sangat cinta dan kasih (kasih sayang); ~ monyet cinta yg hanya sementara dan tidak serius, terutamanya di kalangan remaja; ~ pandang pertama cinta yg timbul terhadap seseorang walaupun baru pertama kali melihat atau bertemu dengannya; cintakan cinta akan, mencintai; bercinta 1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: elakkan drpd ~ sebelum lulus pelajaran; 2. berasa rindu; 3. ki berat rasa hati utk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yg kurang menyenangkan): kami sangat ~ utk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yg sangat sesak; bercintakan 1. menaruh cinta atau kasih kpd, berahi kpd: sbg laki-laki yg ~ seorang wanita, bagaimana jua pun setia wanita itu kepadanya, namun curiga hatinya akan timbul juga barang sedikit; 2. berperasaan rindu akan, ingin akan: ia ~ benda yg sukar diperoleh; 3. sl berdukacita akan sesuatu, berasa sedih (pilu) hati akan sesuatu: tujuh hari baginda tiada nobat ~ Bendahara Seri Wak Raja; janganlah kakang emas ~ permintaan Ratu Dewi Kesuma Indera itu; bercinta-cintaan 1. cinta-mencintai, berkasih-kasihan: baru hendak ~ dgn seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina; 2. bercengkerama atau bercumbu-cumbuan (antara lelaki dan perempuan): sebelum hari malam, dia ~ dgn tunangannya; mencinta 1. menaruh cinta atau kasih (kpd); 2. sl berdukacita (akan), bersedih hati, menyesal; mencintai 1. mengasihi, menaruh cinta pd: ia ingin ~ dan dicintai; 2. merindukan(hendak memperoleh sesuatu dll), mengharapharapkan, menginginkan: tidak ada orang yg tak ~ duit; tercinta (yg) dicintai (dikasihi, disayangi): engkau pisahkan aku dr anakku yg ~; kecintaan 1. perasaan cinta, kasih, kesayangan: yg mempertalikan hati suami dan isteri itu ialah ~ yg diikat oleh kesetiaan; seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh ~ kpd bahasa kebangsaan; 2. yg dicintai (dikasihi), kekasih: pemuda ~nya bekerja sbg wartawan; 3. sl kerinduan kesedihan, kebimbangan; 4. sl menanggung cinta (sedih dll); percintaan 1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan): kahwin itu ialah kemuncak ~;2. sl perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dll), kesedihan, kesusahan: maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah; pencinta orang yg meminati dan mencintai sesuatu: ~ sastera; ~ buku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayang | 1. mengasihi, mencintai: ~ benar Zalina kpd suaminya; ibu mana yg tidak ~ kpd anaknya; 2. kasihan, berasa belas (akan): orang-orang India itu berasa ~ melihat kami, dan sebab itulah mereka membawa makanan utk kami; 3. kasih, cinta: dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati; kasih ~ a) kasih, cinta; b) belas kasihan; 4. bp kekasih, jantung hati: kenapa ~ bercakap begitu? 5. terasa kesal (rugi dll): ~nya Si Tuah tiada; ~, dia tidak datang; ~ akan = sayangkan suka akan, gemar akan; sayangkan anak tangan-tangankan, sayang-kan bini tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan dan isteri yg diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong; sayangkan kain, buang baju, sayangkan lain buangkan aku prb dikatakan kpd suami yg mencari kekasih lain; ~ di anak dilecuti, ~ di negeri ditinggal-kan prb sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri pergi merantau ke negeri lain; bersayangan, bersayang-sayangan berkasih-kasihan, saling mencurahkan kasih sayang: benci-membenci antara satu dgn lain itu akhirnya akan ~ juga; menyayangi 1. berasa sayang akan, mengasihi, mencintai: isteri yg tua engkau kasihi tetapi yg muda engkau sayangi; dia sungguh-sungguh ~ kedua-dua anaknya; 2. berasa gemar akan, suka akan: sekarang dia terpaksa meninggalkan tempat yg sangat disayanginya; 3. berasa kesal, menyesali; menyayangkan 1. sayang (kasih, cinta) akan: semua anaknya tidak dipedulikan, seorang pun tidak disayangkan; 2. menyesal akan (sesuatu kemalangan, bencana, dll): sangat disayangkan kejadian itu berlaku; tersayang 1. terasa amat sayang sekali, (yg) amat disayangi; 2. terasa menyesal akan (sesuatu hal); tersayang-sayang terasa kesal (rugi): raja itu pun menggosok-gosok tangannya ~ akan menteri kepercayaannya dan hulubalang yg diharapnya; kesayangan 1. perasaan kasih sayang (cinta dll), cinta kasih: ~ Mak Wati kpd anaknya bertambah dalam; 2. yg disukai, kesukaan: itu memang sudah ~ mereka berbuat begitu; 3. yg disayangi (dicintai, dikasihi), kekasih: baginda terpaksa membelakangi isteri ~nya kerana semata-mata hendak menjaga hati ayah bondanya; 4. perasaan kesal (rugi dll); penyayangan perbuatan menyayangi: dr situ dibawa kpd ~ rumah, kampung negeri, dan negara; penyayang orang yg kasih akan yg lain, pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan: dia induk semang kami yg pengasih lagi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
amorous | adj 1. inclined to (esp sexual) love, penuh berahi: an ~ young man, pemuda yg penuh berahi; 2. in love, berahi akan: he is ~ of my sister, dia berahi akan adik perempuan saya; 3. of, pertaining to love, cinta; (of look, glance) berahi: ~ verses, sajak-sajak cinta; ~ glances, pandangan berahi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
language | n bahasa: the French ~, bahasa Perancis; the ~ of love, bahasa cinta; technical ~, bahasa teknikal; the poets beautiful ~, bahasa puisi yg indah; he has a great command of the ~, dia mempunyai kemahiran yg tinggi dlm bahasa itu; I will not allow bad ~ in my class, saya tdk akan membenarkan bahasa kasar digunakan dlm kelas saya; animals have their own ~, binatang mempunyai bahasanya sendiri; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
heart | in os ~ (of ~s), dlm hati kecil: he knew in his ~ of ~s that she would never betray him, dlm hati kecilnya dia tahu bahawa wanita itu tdk akan mengkhianatinya; /learn, know/ st by ~, menghafal sst; lose ~, putus asa; lose os ~, jatuh /hati, cinta/; /near, close, dear/ to os ~, menjadi tumpuan sso: the library project is close to his ~, projek perpustakaan itu menjadi tumpuannya; os ~ stands still, /kering, tersirap, berderau/ darah sso: my ~ stood still when I saw the childrens boat capsized, kering darah saya apabila melihat bot kanak-kanak itu terbalik; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
attachment | n 1. means of attaching, penyambung; 2. affectionate regard, a. (to a person) rapat: he formed an ~ for a girl who worked in a travel agency, dia menjadi rapat dgn seorang gadis yg bekerja di sebuah agensi pelancongan; b. (to an animal) sayang akan; c. (to a country) rasa cinta: his ~ to the old country was obvious, rasa cintanya thdp negara asalnya nyata sekali; 3. object (to be) attached, alat tambahan: a lathe with a drilling ~, mesin larik serta alat tambahan utk menggerudi | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
another | pron 1. one more, /se + approp classifier, satu + approp classifier or n/ lagi; (of person ) se + approp classifier lagi: I have been given one copy, can I have ~?, saya telah mendapat satu salinan, bolehkah saya mendapat satu salinan lagi?; one wore black, ~ wore white, seorang memakai baju hitam, seorang lagi memakai baju putih; 2. a different one, n + (yg) lain: marriage is one thing, marriage without love is ~, perkahwinan adalah satu perkara, perkahwinan tanpa cinta adalah satu perkara lain; I have taken that route before, I will try ~, saya pernah melalui jalan itu dahulu, saya akan mencuba jalan yg lain; 3. someone like the first, pun /sama, sama juga, sama saja/: hes a liar, youre ~, dia pembohong, engkau pun sama saja; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
hyperbola | hiperbola | Kesusasteraan | Tiada | Gaya bahasa yang berlebih-lebihan dengan menggunakan metafora atau kiasan yang melampau. Hiperbola digunakan untuk melahirkan kesan kelucuan atau menegaskan sesuatu fakta dalam sesuatu situasi. Biasanya hiperbola terdapat dalam puisi dan drama cinta. Contohnya dalam drama Macbeth oleh Shakespeare, ujaran lady macbeth selepas pembunuhan raja Duncan, All the perfumes of Arabia will not wash this little hand ialah suatu hiperbola. Contoh Melayu ditemui dalam puisi Nyanyi Sunyi oleh amir hamzah. Contoh dalam sastera Parsi ditemui dalam petikan sajak Syeikh Sadi seperti yang berikut: Usah kausakiti secebit hati sedapat mungkin, kerana sekali keluhan akan merosakkan seluruh alam!. Contoh hiperbola ditemui dalam sajak A. Samad Said berjudul Tapak yang Luhur melalui petikan: Menyala unggun zaman yang perang... Hiperbola berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud membesar-besarkan. |
authorial intusion | celahan pengarang | Kesusasteraan | Tiada | Alat penceritaan yang membenarkan pengarang untuk memberhentikan cerita sejenak, keluar daripada cerita dan berbicara secara terus-menerus dengan pembaca. Tidak seperti watak dalam cerita yang dikisahkan, celahan pengarah merupakan suara orang yang tidak terlibat sama sekali dalam aksi cerita. Justeru, suara tersebut dapat memainkan peranan sebagai pembekal maklumat yang tidak diketahui oleh watak dalam cerita. Celahan pengarang tidak semestinya berbentuk percakapan intim seorang pengarang seperti yang terdapat dalam diari atau memoir. Celahan pengarang boleh juga dianggap sebagai pengarang tersirat apabila suara pengarang tidak ketara tetapi tetap diketahui dan difahami. Dalam perkembangan teknik penceritaan, celahan pengarang dipinggirkan untuk sekian waktu kerana dianggap terlalu menonjol, tidak halus, dan tidak berseni tinggi. Namun begitu, pada dekad 1970-an, celahan pengarang digunakan semula apabila bentuk cereka metafiksyen diperkenalkan, dan mula mendapat perhatian ramai. Dalam sastera Melyu moden, bentuk celahan pengarang dapat dilihat pada penggunaan kalam, kertas dan dakwat seperti dalam novel Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-Hadi. Contohnya, llahu Akbar, di sini lemahlah kalam daripada melata di atas kertas yang bersih ini pada menggoreskan apa-apa yang berlaku di antara kedua asyik dan maksyuk ini di dalam peraduannya. Tetapi oleh sebab bersangatan kalam takutkan kemurkaan sekalian tuan-tuan pembaca yang dikasihi, terpaksalah juga kalam mendayu-dayu dan bergurindam dengan syair yang melipurkan sedikit asyik cinta berahi kalam yang berlamaan akan kertas yang saf ini. Lihat juga metafiksyen, pengisah ketara. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
gila | gila; 1 tidak sihat atau tidak waras fikirannya: perangaisiyen sama tan a ~ kelakuannya spt orang gila; 2 bp tidak spt yg seharusnya, semestinya, selalunya, biasanya: rega ~ harga gila; 3 bp terlalu gemar, asyik, sayang, cinta, dll akan sst: ~ pegui tukih | Melanau Mukah | |
geregitan | geram; 1 marah, panas hati, sakit hati: siyen ~ nulik buak diansiyen tenikau a dia geram krn buah duriannya dicuri orang; 2 suka atau cinta, tetapi seakan-akan benci, ganas: ~ bak pesawa baou geram hendak beristeri baru; | Melanau Mukah | |
Kamus Sains.indb yang terdiri daripada nod luar yang bersambung pada nod pusat dalam bentuk bin- tang, dengan nod pusat bertugas sebagai penyambung rangkaian dan sebagai pemproses mesej dalam rangkaian. Kegagalan nod pusat akan menggagalkan keseluruhan sistem. (KOM) active transport (pengangkutan aktif) Pergerakan masuk ion atau bahan larut lain dari kawasan berkepekatan rendah ke kawasan berkepekatan tinggi melalui membran sel. Tenaga untuk melak- sanakan terus dengan kadar tindak balas. Reaktor jenis ini merupakan reaktor jenis ter - murah dan termudah bagi tindak balas eksotermik kecuali beberapa masalah dengan pengawalan suhu yang mungkin terlalu tinggi yang akan memberi ke - san kepada pemilihan penyahaktifan mangkin. (KEJ) administrative unit (unit pentadbiran) Kawasan terkecil yang ditadbir dalam struktur organisasi perhutanan. (HUT) admixture (bahan campur tambah) Bahan yang dimasukkan ke dalam
|
Kamus Thai 2.indb bertinggung, bercangkung นั่ งร ้ าน [nara:n] น aram-aram, pe rancah นัด [nat] ก 1 berjanji: พวกเขาทั ้ งสองนัดพบ กันที่ ร ้ านน ้ ำชาเปาะเลาะฮ Mereka ber- janji akan bertemu di kedai kopi Pak Lah. ลน 2 a (การประชุม แข ่ งขัน) kali: เขาไม ่ มาประชุมสองนัด Dia tidak hadir me- syuarat sebanyak dua kali. b (ยิง) das: ตำรวจยิงใส ่ ำตาซึม Apabila dia terkenang peristiwa itu, air matanya berlinang. นึกไม ่ ถึง [-mait] ก tidak sangka: ฉัน นึกไม ่ ถึงว ่ าจะพบกับคุณมัซลันที่ ซูเปอร ์ มาร ์ เก็ต Saya tidak sangka akan bertemu de ngan Encik Mazlan di pasar raya. นึกว ่ า [-wa:] ก sangka: ฉันนึกว ่ าเขาดี ที่ แท ้ ก ็ เลว Aku sangka dia baik, rupa- rupanya jahat
|
Kamus Thai 2.indb นรวบ ปากกระสอบข ้ าวเปลือกแล ้ วมัดด ้ วยเชือก Pe- sawah itu memunjut mulut guni padi lalu mengikatnya dengan tali. รวบยอด [-y:t] ก menjumlahkan: บริษัทจะรวบยอดบัญชีทุกสิ้ นปี Pada akhir tahun syarikat akan menjumlahkan semua pendapatannya. รวบรวม [-ruam] ก mengumpul: ชาวบ ้ าน ตำบลเมาะมาวีรวบรวมเงินบริจาคเพื่ อสร ้ าง มัสยิด Penduduk kampung Mak Mawi mengumpul wang derma untuk mem- bina masjid. รวบรัด [-rat] ก memendekkan Jarak antara kedua-dua bandar itu ialah 42 kilometer. ระยะยาว [-ya:w] น jangka panjang ระยะเวลา [-we:la:] น jangka masa: โครงการนั ้ นจะแล ้ วเสร็จในระยะเวลาหนึ่ งปี Pro- jek itu akan disiapkan dalam jangka ระแนง ระยะ Kamus Thai 2.indb 313 4/15/2008 11:12:02 AM ร 314 masa satu tahun. ระยะสั้น [-san] น jangka pendek ระยับ [rayap] ดู |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata cinta akan |
|
|