Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam hormat. Antara sertai dengan menyertai manakah yang paling tepat? Contoh soalan: Saya ___________ peraduan mencipta slogan itu sekadar suka-suka. Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Saya menyertai Peraduan Mencipta Slogan itu sekadar suka-suka sahaja".

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana halaman 2078.


Tatabahasa14.01.2024
Tepatkah jika "fun run" diterjemahkan sebagai "larian suka-suka"?Fun Run = Larian RiaMakna02.10.2018
Saya berasa keliru dan kurang senang dengan ciptaan dari dbp seperti perkataan baru (new) kepada baharu.Kenapa dbp suka-suka menciptakan perkataan baharu?sedangkan perkataan baru itu adalah perkataan baku dan telah di gunakan sejak dulu lagi.soalan kedua kenapa dbp cuba membeza-bezakan perkataan baru itu sebagai (just dalam bahasa inggeris)dan baharu (new dalam bahasa inggeris)?Sepatutnya dbp sebagai badan peyelaras dan perkembangan bahasa melayu tidak memperterbalikan perkataan baru!Untuk makluman tuan, Kamus Dewan menakrifkan baru dan baharu membawa maksud yang sama. Sebagai pengguna awam kita boleh sahaja menggunakan kedua-dua perkataan ini, khususnya dalam aspek menerangkan makna kata. Bagaimanapun buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata ini, baru sebagai kata bantu dan baharu sebagai kata adjektif. Rumus ini dibuat oleh panel penyusun buku Tatabahasa Dewan dengan kewajaran tertentu berdasarkan prinsip ilmu.Tatabahasa21.12.2016
Hi, kalau nak confess kita kata, "Saya suka akan awak" atau "Saya suka awak"? Suka tu unsur emotif kan?

"Saya suka akan awak." atau "Saya suka awak.", kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan. Dalam konteks ayat di atas, “suka” merupakan unsur emotif, iaitu sifat yang membangkitkan emosi. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 34 dan 573.

Tatabahasa03.04.2024
mohon semak ayat dan ejaan: Bapa saya Ini bapa saya. Bapa saya bernama Musa. Bapa saya suka baca buku. Bapa saya guru. Guru suka baca buku. Musa suka baca buku. --------- Mama saya Ini mama saya. Mama suka hati. Bapa beli baju baharu. Bapa beli pasu baharu. Bapa beli meja baharu. Bapa beli sofa baharu. Mama suka hati. -------- Guru saya Ini guru saya. Mari baca buku. Kami suka baca buku. Guru suka hati. Kami pula geli hati. ------ Geli hati Yaya belajar kira-kira. Satu, lima jadi lima. Kami geli hati. Kamu kira lagi, kata cikgu. Kamu kena kira lagi, ulang cikgu. Yaya kira lagi. Satu tambah lima jadi enam, kata Yaya. Yaya bijak!, kata cikgu. ------- Hari Jadi Yaya. Hari ini hari Selasa. Hari ini hari jadi Yaya. Yaya suka hati. Bapa bagi buku. Mama beli baju lawa. Adik pula beri lima rama-rama. Yaya suka hati. ----- Meja makan baharu Ini meja. Ini meja makan. Ini meja makan baharu. Meja makan ini ada lapan kerusi. Meja makan ini besar. Papa beri kepada mama. Terima kasih, papa, kata mama. ------ Apa dalam Bakul? Mama, apa dalam bakul? Dalam bakul ada baju. Dalam bakul ada buku. Dalam bakul ada bola. Boleh saya lihat? Boleh. ----- Limau Cuba rasa limau ini. Saya suka limau. Limau rasa manis. Limau rasa sedap. Tetapi, Ada limau rasa masam. Ada limau rasa pahit? Ada, limau busuk. Kami geli hati. Ada limau rasa masin? Ada, limau kena garam. Kami ketawa.Soalan saudara/ saudari tidak jelas.Tatabahasa30.06.2010
Tuan, adakah ayat di bawah betul? Apa Abu suka? Abu suka susu.

Ayat tanya yang betul ialah:

(i)   Apakah Abu suka?

 (ii) Atau Abu suka apa?

Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadiran dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel-kah.

Ayat penyata:  Abu suka susu adalah betul.

 

Tatabahasa26.02.2014
Adakah ayat-ayat berikut berbeza maknanya, ataupun ada sebahagian daripada ayat-ayat berikut yang tidak masuk akal: (1) Saya suka saya. (2) Saya suka diri saya. (3) Saya suka diri saya sendiri. (4) Saya suka diri sendiri. (5) Saya sukakan saya. (6) Saya sukakan diri saya. (7) Saya sukakan diri saya sendiri. (8) Saya sukakan diri sendiri.


Ayat yang betul  adalah seperti yang berikut:

1) Saya suka akan saya.

2) Saya suka akan diri saya.

3) Saya suka akan diri saya sendiri.

4) Saya suka akan diri sendiri.

6) Saya menyukai diri saya.

Tatabahasa07.08.2022
Selamat sejahtera encik/puan, 1. Ayah suka minum kopi o. 2. Ayah suka minum milo. 3. Ayah suka minum kopi o beng. 4. Ayah suka minum milo beng. Adakah 4 ayat tersebut betul? Perlukah 4 nama minuman tersebut ditulis dengan huruf besar? Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
  1. Ayah suka minum kopi O.
  2. Ayah suka minum kopi.
  3. Ayah suka minum milo O.
  4. Ayah suka minum milo.




1. A
Ejaan16.07.2023
Mana yang benar? 1. Saya suka makanan ini. 2. Saya suka pada makanan ini. 3. Saya suka kepada makanan ini. 4. Saya suka dengan makanan ini.Salam sejahtera,

Ayat yang betul: Saya suka makanan ini.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa04.01.2019
a) Siti suka minum kopi di rumah. b) Siti suka minum kopi di kafe. (atau) Ayat majmuk: 1. Siti suka minum kopi di rumah atau di kafe. 2. Siti suka minum kopi di rumah atau kafe. Ayat majmuk 1 atau 2 yang betul? Mengapa? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Siti suka minum kopi di rumah atau di kafe?"

Dalam penggabungan frasa sendi nama dengan kata hubung dan dan atau, kata sendi nama pada unsur kedua, secara pilihan, boleh digugurkan. Bagaimanapun, kata sendi nama pada unsur yang kedua tidak boleh digugurkan kalau kata sendi nama dalam bentuk setara itu ialah ke dan ke.
Tatabahasa09.10.2013
Tesaurus
 
suka
1. Bersinonim dengan gembira
( girang, suka ria, senang hati, riang, sukacita, )
(adjektif:)
Berantonim dengan duka

2. Bersinonim dengan mudah
( kerap, kerap kali, sering, sering kali, acap-acap, acapkali, nyalar, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan jarang

3. Bersinonim dengan gemar
( mahu, ingin, berminat, rela, sudi, berkenan, sualak, kasdu, gegek, solak, amuh, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan benci

4. Bersinonim dengan sayang akan
( cinta akan, berminat, kama, hubah, semara, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : bersuka-suka, bersuka-sukaan, menyukai, menyukakan, sukaan, kesukaan, sukacita, bersukacita, menyukacitakan,

Puisi
 

Kelapa muda muda juga,
     Kelapa tua dibuat inti;
Suka suka juga,
     Sembahyang kita jangan dihenti.



Lihat selanjutnya...