Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kucing kurus di tepi tebat, Duduk merana tinggal tulang; Tujuh ratus carikan ubat, Jodoh sampai barulah senang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Mak Minah duduk di pintu, Duduk di pintu merejut renda; Merana hamba yatim piatu, Tiada ayah tiada berbonda.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Abang makan hendak berhidang, Memakai kain berbelah tepi; Di dalam merana cinta datang, Air mata jatuh ke pipi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bunga cina jambangan Cina, Lalu dibungkus dalam kertas; Hati saya sudah merana, Di dalam hati mana nak lepas.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Apa direndam dalam bijana, Kain sutera hendak disidai; Siang malam termenung merana, Kerana cinta tidak tercapai.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang pulang ke negeri China, Tiba di luar air ditimba; Dagang di rantau terbaring merana, Menunggu maut menjemput tiba.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tanjung Bondong parit perintah, Bersampan dengan sidaknya; Hendak dilangsung serba salah, Takut badan jadi merana.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Manis sungguh gula kabung, Hendak wangi dicampur pandan; Putus tali boleh disambung, Putus kasih merana badan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah terap di atas peti, Buah redan masaknya merah; Kalau sudah harap di hati, Merana badan sahaja ditempah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau tidak tertanam padi, Tidaklah saya bertanam bunga; Kalau tidak kerana budi, Tidaklah badan jadi merana.
Tesaurus
 
rana
1. Bersinonim dengan menderita: sengsara, melarat, kecewa, terseksa, terluka, pedih, pilu, sedih,
Berantonim dengan gembira

2. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan melarat, berlarutan, berpanjangan, terlantar, tenat, uzur, aprah, kritikal, serius, kronik, akut, teruk.,

Kata Terbitan : merana,

Puisi
 

Mak Minah duduk di pintu,
     Duduk di pintu merejut renda;
Merana hamba yatim piatu,
     Tiada ayah tiada berbonda.



Lihat selanjutnya...