Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Kamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
menderitamenanggung kesusahan (kesakitan, seksaan dll): Orang-orang miskin di luar bandar selalu hidup ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menderita1. menanggung kesusahan (ke­sakitan, keseksaan, dsb): dia hidup ~ sejak ditinggalkan kekasih; 2. = menderitai menanggung, mengalami: orang pelarian Kampuchea ~ kemiskinan yg teruk; kerugian yg mereka deritai amatlah banyak;Kamus Dewan Edisi Keempat
menderitamenanggung kesusahan (kesakitan, seksaan dll): Orang-orang miskin di luar bandar selalu hidup ~.Kamus Pelajar
sengsaramenderita kesusahan atau kesulitan; tidak pernah merasai kesenangan; sentiasa susah dan menderita hidupnya: Jika kita malas belajar, nescaya ~lah hidup kita selama-lamanya. azab ~ berbagai-bagai kesusahan dan seksa yg diderita.Kamus Pelajar
sengsaramenderita kesusahan atau kesulitan; tidak pernah merasai ke­senangan; sentiasa susah dan menderita hidupnya: Jika kita malas belajar, nescaya ~lah hidup kita selama-lamanya. azab ~ berbagai-bagai kesusahan dan seksa yg diderita. menyengsarakan membuat jadi sengsara; menyebabkan sengsara: Perbuatan ayah tirinya yg kejam itu telah ~ hidupnya. kesengsaraan keadaan sengsara; kesusahan hidup: Ramai yg hidup dlm ~. penyengsaraan perbuatan atau hal menyengsarakan: Dia sedikit pun tidak berasa kesal atas ~ yg dilakukannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
deritakesusahan (kesakitan, seksaan dll): Dia menanggung ~ selepas kematian suaminya. menderita menanggung kesusahan (kesakitan, seksaan dll): Orang-orang miskin di luar bandar selalu hidup ~. penderitaan 1 hal atau keadaan menderita: ~ si ibu yg kehilangan tempat bergantung itu makin lama makin bertambah. 2 perkara yg diderita (kesusahan, kesakitan dll): Dia tidak sanggup lagi menanggung ~ itu. penderita 1 orang yg menderita. 2 frasa nama yg menjadi tujuan kata kerja transitif dlm ayat; objek: Dlm ayat Dia memukul kucing, kucing itu menjadi ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sakit1. menderita sesuatu (spt demam, pening, dll) yg menyebabkan seluruh tubuh atau se-suatu bahagiannya tidak segar, (berada dlm keadaan) tidak sihat, uzur: tekaknya ~; adikku ~; 2. ki menderita kesusahan (kesengsaraan, kesedihan, dll), sedih: kalau engkau terlalu boros begini alamat ~lah hidup engkau nanti; ~ akal gila; ~ angau rindu akan kekasih (bkn orang dlm percintaan); ~ angin pasang-pasang sj sakit angin pasang-pasang yg menyebabkan buah zakar laki-laki bengkak; ~ angin se-lenyap sj sakit angin pasang-pasang yg menyebabkan kemaluan laki-laki tidak nampak; ~ angin taufan = ~ (maha)raja singa penyakit yg berpunca drpd perhubungan seks (perhu-bungan kelamin) secara liar, sifilis; ~ asabat sakit pd urat saraf; ~ baka beguk; ~ berat = ~ lasat = ~ payah sakit yg teruk; ~ fikiran = ~ ingatan = ~ otak gila; ~ gajah = ~ gajah-gajahan elefantiasis, untut; ~ hati berasa sangat tersinggung dan marah (kerana dihina dll); ~ jantung apa sahaja penyakit yg ada kaitan dgn jantung; ~ jiwa a) sakit mental; b) bp tidak tenteram fikiran kerana ada unsur-unsur yg menekan jiwa; ~ kepala pening kepala; ~ kuning sakit yg menyebabkan tubuh menjadi kuning; ~ mental tidak siuman fikiran-nya, sakit otak, gila; ~ menimpa sesal terlambat prb perbuatan yg terlanjur dan tidak dapat diubah lagi; ~ perut, baharu tahu di liang lantai prb sesudah men-dapat kesusahan baru teringat akan yg perlu; ~ sama mengaduh, luka sama menyiuk prb sama-sama bertanggungjawab; apa boleh buat, biar ~ dahulu senang kemudian prb biarlah bersusah-susah dahulu asalkan senang kemudiannya; lain ~, lain diubat, lain luka, lain dibebat prb jawab yg bersalahan dgn soalan (lain yg diminta, lain yg diberikan); tiada ~ makan ubat prb menyusahkan diri sendiri; bersakit, bersakit-sakit 1. berusaha benar-benar (utk memperoleh sesuatu), bersusah payah: tidak akan dapat mencapai sesuatu dgn tidak ~; 2. selalu sakit: sudah beberapa lama dia ~ sahaja; 3. menderita kesusahan (kesukaran, kesulitan, dll): bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian; menyakit mendatangkan sakit (sengsara, sedih dll): segala maki hamun tidak ~ pada-nya; menyakiti 1. menyebabkan berasa sakit (sengsara, sedih, pilu, dll): janganlah kamu suka mengganggu dan ~ orang lain; aku tidak sanggup ~ hatimu; 2. ark sakit ketika melahirkan anak: ketika itu bininya sedang ~; menyakitkan menjadikan sakit (susah, risau, sedih, tidak senang, dll), menyebabkan berasa sakit: hulu kikir yg bujur atau runcing boleh ~ tangan ketika menggunakannya; ~ hati menyebabkan (seseorang) berasa sangat tersinggung dan marah (kerana telah dihina dsb): Zarina ketawa seolah-olah me­ngejek-nya, ini ~ hatinya; ~ mata merupakan sesuatu yg sangat buruk, tidak menyenangkan sesiapa yg melihatnya; kesakitan 1. perihal sakit, menderita sakit (susah dll): raja itu pun terlentang selaku orang ~ sangat; 2. sengsara, kesusahan hidup; penyakitan, berpenyakitan selalu sakit-sakit, selalu menghidap penyakit, sentiasa dihinggapi penyakit: anak yg berpenyakitan dan tidak cerdas dan cerdik; penyakit 1. sesuatu yg menyebabkan badan menjadi sakit (atau yg mengganggu kesihatan): dia sudah sihat drpd ~ lelah; ~ berjangkit penyakit yg mudah berjangkit (spt kurap, malaria, dll); ~ kelamin penyakit berjangkit yg lazimnya tersebar melalui hubungan seks; ~ mental (Ubat) gangguan mental; ~ organik (Ubat) penyakit yg melibatkan perubahan struktur tubuh; ~ tidur (Ubat) penyakit yg ditularkan kpd manusia melalui gigitan lalat tsetse (terutamanya di Afrika), dan dicirikan dgn demam yg berulang, pening, mengantuk, dan bengkak pd bahagian tertentu tubuh; 2. ki sesuatu yg menyebabkan keburukan, kepincangan hidup dll yg merebak (spt pelacuran, rasuah, dll), sesuatu yg me­nyusahkan: pengangguran menjadi ~ dlm negeri itu; ~ sosial amalan atau perlakuan yg tidak baik yg berlaku dlm masyarakat, mis penagihan dadah dan tabiat melepak; 3. ki, Id bangsat, sial (makian); berpenyakit menghidap penyakit, selalu menghidap sesuatu penyakit; pesakitan Id 1. orang yg didakwa (dlm mahkamah): polis telah menyilakan ~ masuk menerima hukumannya; 2. orang tahanan; pesakit orang yg sakit, si sakit; ~ dalam pesakit yg dimasukkan ke dlm wad utk menjalani rawatan penyakitnya; ~ luar pesakit yg hanya menerima rawatan di hospital atau klinik tetapi tidak dimasukkan ke dlm wad.Kamus Dewan Edisi Keempat
serik Itidak mahu melakukan lagi (kerana sudah menderita atau sudah melihat orang lain yg menderita akibat perbuatan itu), jera, takut: kehendak hati hamba bunuh dia, supaya yg lain ~; menyerikkan menyebabkan seseorang berasa serik: hukuman yg ringan itu tidak akan ~ mereka utk mengulangi kesalahan yg sama.Kamus Dewan Edisi Keempat
kehausan1. perihal haus (dahaga, menderita dahaga): masing-masing mahu memuaskan ~ dgn air di hadapan mata; 2. ki keinginan, kemahuan; 3. menderita atau berasa haus: mungkin dia akan mati ~ atau dibaham anjing liar; sekali sekala kedengaran suara lembu ~ dan kehabisan rumput di kan­dangnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
aniayaperbuatan yg dilakukan supaya orang lain menderita (melarat, sakit dsb): Allah mengutuk sesiapa yg berbuat ~ sesama makhluk. menganiaya melakukan sesuatu supaya orang lain menderita; menyeksa dgn tidak semena-mena: Orang-orang kaya dan orang-orang yg berkuasa tidaklah patut ~ rakyat yg lemah. teraniaya diperlakukan dgn sengaja atau dgn tidak sengaja sehingga menanggung derita. penganiayaan perbuatan menganiaya; penyeksaan. penganiaya orang yg menganiaya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menderita