Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Melayu ParsiKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
kecewa(kecéwa) 1. (berasa) dukacita kerana tidak tercapai cita-cita (harapan, kehendak, dsb), hampa: hatiku ~ kerana sahabat baikku pun tidak dapat menolongku; 2. tidak ber­jaya (mencapai sesuatu), gagal (dlm ujian, usaha, dll), tidak berhasil (sesuatu usaha dsb): beberapa percubaan mendaki gunung itu telah ~; 3. sl cela, cacat; mengecewakan 1. menyebabkan kecewa (berasa hampa), menimbulkan rasa kecewa (hampa, dukacita): kerosakan besar pd tanaman-tanaman itu telah ~ petani-petani; peletakan jawatan oleh beliau sangat ~ pengikut-pengikutnya; 2. menyebabkan tidak berjaya atau tidak tercapai (cita-cita, usaha, dsb), menggagalkan; terkecewa berasa kecewa; kekecewaan perihal kecewa, perasaan kece­wa (dukacita, hampa): pd air mukanya, terbayang ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kecewa/kecéwa/ 1 (berasa) sedih kerana yg diharapkan tidak tercapai; hampa: Jangan ~ jika usahamu itu gagal. 2 tidak berhasil atau tidak berjaya (dlm peperiksaan dll); gagal dlm usahanya: Segala usaha itu akan ~ jika tidak mendapat sokongan drpd orang ramai. mengecewakan 1 menyebabkan kecewa atau hampa: Tindakan majikan itu sangat ~ para pekerja. 2 menjadikan tidak berhasil; menggagalkan: Pihak merekalah yg ~ rundingan itu. terkecewa berasa kecewa; dikecewakan. kekecewaan perasaan atau keadaan kecewa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kecewa/kecéwa/ 1. berasa sedih kerana yg diharapkan tidak tercapai; hampa: Jangan ~ jika usahamu itu gagal. 2. tidak berhasil atau tidak berjaya (dlm peperiksaan dll); gagal dlm usahanya: Segala usaha itu akan ~ jika tidak mendapat sokongan drpd orang ramai. mengecewakan 1. menyebabkan kecewa atau hampa: Tindakan majikan itu sangat ~ para pekerja. 2. menjadikan tidak berhasil; menggagalkan:Pihak merekalah yg ~ rundingan itu. terkecewa berasa kecewa; dikecewakan. kekecewaan perasaan atau keadaan kecewa.Kamus Pelajar
sebal hatiberasa dongkol atau marah dlm hati (kerana kecewa dll), berasa kesal (kecewa), jengkel, mendongkol: melegakan hati yg ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
sebal I= ~ hati berasa dongkol atau marah dlm hati (kerana kecewa dll), berasa kesal (kecewa), jengkel, mendongkol: melegakan hati yg ~; dgn perasaan yg ~, kami bertujuh pulang hampa; menyebal menjadi (berasa) sebal, menjadi jengkel (mendongkol); kalau pujuk makin ~, kalau marah baharu ketawa prb kelakuan yg tidak pd tempatnya; menyebalkan menyebabkan sebal, me­nim-bulkan rasa dongkol, mengesalkan; penyebal orang yg mudah berasa sebal.Kamus Dewan Edisi Keempat
kesal, = ~ hati berasa tidak senang hati atau berasa kecewa kerana sesuatu perkara atau perbuatan; berasa sebal; berasa kecewa bercampur marah; masyghul: Dia ~ kerana permohonannya utk masuk ke universiti ditolak. mengesali berasa kesal atau berasa kecewa akan: Beliau ~ tindakan pemuda-pemuda liar itu. mengesalkan menimbulkan rasa kesal; menyebalkan: Perbuatan mereka yg tidak sopan itu sangat ~nya. kekesalan perasaan tidak senang hati atau perasaan kecewa; kesebalan: Tindakan guru yg membabi buta itu telah menimbulkan ~ di hati murid-murid.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kesal = ~ hati berasa tidak senang hati atau berasa kecewa kerana sesuatu perkara atau perbuatan; berasa sebal; berasa kecewa bercampur marah; masyghul:Dia ~ kerana permohonannya utk masuk ke universiti ditolak. mengesali berasa kesal atau berasa kecewa akan: Beliau ~ tindakan pemuda-pemuda liar itu. mengesalkan menimbulkan rasa kesal; menyebalkan: Perbuatan mereka yg tidak sopan itu sangat ~nya. kekesalan perasaan tidak senang hati atau perasaan kecewa; kesebalan:Tindakan guru yg membabi buta itu telah menimbulkan ~ di hati murid-murid.Kamus Pelajar
mengecewakan1. menyebabkan kecewa (berasa hampa), menimbulkan rasa kecewa (hampa, dukacita): kerosakan besar pd tanaman-tanaman itu telah ~ petani-petani; peletakan jawatan oleh beliau sangat ~ pengikut-pengikutnya; 2. menyebabkan tidak berjaya atau tidak tercapai (cita-cita, usaha, dsb), menggagalkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
awai IIIMn kecewa: ia memandang kami dgn agak kecewa ... lebih-lebih ~ lagi ketika kami tidak bermohon kepadanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kesal hatiberasa tidak senang hati atau berasa kecewa kerana sesuatu perkara atau perbuatan; berasa sebal; berasa kecewa bercampur marah; masyghul: Dia ~ kerana permohonannya utk masuk ke universiti ditolak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.



Lihat selanjutnya...