Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Kucing kurus di tepi tebat, Duduk merana tinggal tulang; Tujuh ratus carikan ubat, Jodoh sampai barulah senang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rusa ditembak lukanya berat, Berpilin kaki sakit merana; Kuasa terletak pada nan kuat. Pemimpin berdiri pada bijaksana.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buluh cina dibuat galah, Jadi penjolok buah mempelam; Tubuh merana ingat adinda, Hati remuk siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Biji delima-dimakan orang, Rasanya kelat bercampur masam; Hati merana bukan kepalang, Dinda kuingat siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukit Cina berkayu jati, Betung ditembak menimpa atap; Sakit merana merayu hati, Burung terbang tak mahu hinggap.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buah belera dibuat ulam, Dimakan orang petang dan pagi; Sudah merana siang dan malam, Badan terbuang seorang diri.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Mak Minah duduk di pintu, Duduk di pintu merejut renda; Merana hamba yatim piatu, Tiada ayah tiada berbonda.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Abang makan hendak berhidang, Memakai kain berbelah tepi; Di dalam merana cinta datang, Air mata jatuh ke pipi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Besarlah kuali dari belanga, Supaya mudah orang merendang; Biarpun hati kami merana, Kerana sumpah abang kukenang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walaupun kain dicelup rata, Masih banyak berbelang-belang; Walaupun miskin hidup merana, Kasihku tidak alang kepalangKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
 
rana
1. Bersinonim dengan menderita: sengsara, melarat, kecewa, terseksa, terluka, pedih, pilu, sedih,
Berantonim dengan gembira

2. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan melarat, berlarutan, berpanjangan, terlantar, tenat, uzur, aprah, kritikal, serius, kronik, akut, teruk.,

Kata Terbitan : merana,

Puisi
 

Mak Minah duduk di pintu,
     Duduk di pintu merejut renda;
Merana hamba yatim piatu,
     Tiada ayah tiada berbonda.



Lihat selanjutnya...