Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
Volmer-Weber growth (VW)Satu pertumbuhan filem tipis di atas substrat dengan cara beberapa lapisan permulaan tumbuh sebagai pulau yang berpusat pada tapak penukleusan. Pulau ini akan membesar sehingga menyentuh antara satu sama lain. Pertumbuhan Volmer-Weber berlaku apabila saling tindakan antara atom jerap lebih kuat berbanding saling tindakan atom jerap dengan permukaan substrat. Filem tipis yang dihasilkan melalui pertumbuhan Volmer-Weber adalah kasar. Pertumbuhan Volmer-Weber digunakan untuk memfabrikasi bintik kuantum. Sinonim pertumbuhan VW.
1
Tesaurus
 
kasar (adjektif)
1. Bersinonim dengan kesat: kasap, kematu, gerutu, tidak licin,
Berantonim dengan licin

2. Bersinonim dengan agak besar: tidak kecil, tidak halus,
Berantonim dengan halus

3. Dalam konteks perabot
bersinonim dengan gabas, gubas, gabal, tidak kemas, tidak halus,
Berantonim dengan halus

4. Dalam konteks perangai
bersinonim dengan biadap, kurang ajar, tidak tertib, kurang sopan,
Berantonim dengan sopan

5. Dalam konteks kerja
bersinonim dengan berat, buruh, kontrak,
Berantonim dengan ringan

6. Dalam konteks suara
bersinonim dengan keras, besar, parau, garau,
Berantonim dengan lembut

7. Bersinonim dengan secara umum: tidak terperinci, pukul rata, lebih kurang,

Kata Terbitan : berkasar, mengasarkan, kekasaran,

Puisi
 

Kain kasar kain dibeli,
     Masuk berniaga negeri Jawa;
Kisar di kanan gigit di kiri,
     Salah timbang kecewa juga.



Lihat selanjutnya...