Kata |
Takrif |
Sumber |
tertib sopan | sopan santun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyilukan diri | berperangai sopan sekali; berlaku sopan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sopan | 1 baik budi bahasanya; baik perangai dan tingkah lakunya; beradab: Jika ada tetamu datang, kamu hendaklah sentiasa ~. 2 hormat dan takzim: Tetamu itu disambutnya dgn ramah-tamah lagi ~. bersopan berlaku sopan: Kita hendaklah sentiasa ~. menyopankan menjadikan sopan: Mereka berusaha ~ remaja bermasalah itu. kesopanan keadaan atau hal sopan; tutur kata (tingkah laku dll) yg sopan: Perbuatan mereka sudah melanggar ~ timur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sopan | kesopanan keadaan atau hal sopan; tutur kata (tingkah laku dll) yg sopan: Perbuatan mereka sudah melanggar ~ timur. | Kamus Pelajar |
bersopan santun | mempunyai atau menunjukkan sopan santun, berkelakuan sopan: orangnya kecil molek dan ~; sejak kecil lagi, anak-anak harus diajar ~ dan berdisplin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyilukan | ~ diri berperangai sopan sekali; berlaku sopan. | Kamus Pelajar |
silu | ~ diri berperangai sopan sekali; berlaku sopan. | Kamus Pelajar |
menyilukan | menyebabkan berasa silu atau sedih. ~ diri berperangai sopan sekali; berlaku sopan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bahasa I | 1. sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb): ~ Melayu; ~ Tagalog; 2. percakapan yg baik, tingkah laku yg baik, sopan santun; kurang ~ kurang sopan; tidak tahu ~ tidak sopan santun; ~ alamiah = ~ tabii bahasa yg digunakan oleh manusia dlm keadaan semula jadi; ~ asing bahasa selain bahasa ibunda, yg biasanya dipelajari secara formal atau sebaliknya; ~ badan = ~ gerak-geri = ~ tubuh cara berkomunikasi melalui gaya duduk, berjalan, berdiri, mimik muka dsb, bukan melalui pertuturan; ~ baku bahasa yg teratur dan mantap pelbagai aspeknya (spt ejaan, bentuk kata, tatabahasa, dll) dan diterima oleh masyarakat sbg norma penggunaan yg betul atau sahih, bahasa standard; ~ basahan = ~ hari-hari bahasa yg digunakan dlm percakapan sehari-hari; ~ besar bahasa yg sangat besar bilangan penggunanya di dunia, bahasa yg tergolong antara bahasa-bahasa utama di dunia; ~ buatan a) = ~ rekaan bahasa yg menggunakan peraturan dan gaya yg direka bentuk khusus oleh manusia utk kegunaan tertentu (spt dlm komputer); b) = ~ dunia; ~ dagang bahasa perdagangan; ~ bumiputera bahasa peribumi; ~ daerah loghat daerah; ~ dalam bahasa kehormatan (bahasa yg dipakai di istana); ~ dunia a) bahasa yg dipakai oleh jumlah orang yg amat besar bilangannya di merata dunia (spt bahasa Inggeris); b) = ~ buatan bahasa rekaan yg disyorkan dipakai di seluruh dunia (spt bahasa Esperanto); ~ halus bahasa atau perkataan lain yg lebih lembut yg digunakan utk menggantikan perkataan yg dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain (mis meninggal dunia utk menggantikan perkataan mati dsb); ~ hidup bahasa yg masih digunakan (secara aktif) oleh sesuatu masyarakat; ~ ibu (ibunda) bahasa sendiri yg dipakai sejak kecil; ~ ilmu bahasa yg mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi; ~ isyarat cara berkomunikasi yg tidak menggunakan ucapan atau tulisan (sebagaimana yg lazim dlm sesuatu bahasa) tetapi menggunakan gerak isyarat anggota; ~ (kacuk-) kacukan = ~ pasar a) bahasa Melayu spt yg dituturkan oleh orang bukan Melayu yg tidak menguasainya atau spt yg dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dgn orang bukan Melayu yg diketahuinya tidak pandai bertutur dlm bahasa Melayu yg betul; b) bahasa yg berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dgn bahasa kedua yg cuba dituturkannya (biasanya digunakan dlm hubungan perdagangan), pijin; ~ kasar bahasa yg tidak sopan atau tidak manis dituturkan (digunakan); ~ kebangsaan bahasa yg diterima dan digunakan ramai oleh penduduk dlm sesebuah negara yg mempunyai beberapa bahasa atau loghat yg lain; ~ kedua bahasa yg (sering) digunakan selain bahasa ibunda, bahasa asing yg diketahui atau dapat digunakan oleh seseorang; ~ kesat bahasa kasar yg digunakan utk percakapan atau tulisan yg menyakitkan hati orang lain apabila mendengar atau membacanya; ~ kiasan perkataan atau ungkapan yg digunakan dlm makna yg berlainan drpd makna sebenar atau makna biasa perkataan itu; ~ komputer = ~ pengaturcaraan bahasa buatan utk mengarang atur cara komputer; ~ lisan bahasa spt yg digunakan sewaktu bercakap; ~ mati bahasa yg tidak digunakan lagi (secara aktif) dlm masyarakat; ~ Melayu kuno bahasa Melayu yg digunakan pd zaman dahulu; ~ moden bahasa yg masih hidup dan berkembang serta digunakan sehingga hari ini, mis bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris; ~ nadaan bahasa yg pola nadanya membentuk sebahagian drpd struktur kata dan bukannya struktur ayat dan bersifat pembeza makna contohnya bahasa Cina dan bahasa Thai; ~ Oceania bahasa yg dituturkan di Australia dan di pulau-pulau Lautan Pasifik; ~ penghantar (pengantar) bahasa yg digunakan sbg alat perhubungan atau komunikasi dlm pengajaran (di sekolah) atau dlm perundingan (mesyuarat dsb); ~ penyatu bahasa persatuan; ~ peraga bahasa utama yg saling melengkapi bahasa kedua (spt bahasa Melayu dgn bahasa Inggeris); ~ perantaraan bahasa yg digunakan dlm perhubungan (percakapan dll) antara orang-orang yg berlainan bahasa ibunda masing-masing (mis kerana berlainan bangsa); ~ percakapan bahasa hari-hari; ~ perdagangan bahasa yg digunakan dlm dunia perdagangan; ~ peribumi bahasa yg dituturkan oleh penduduk asli sesuatu kawasan dan berkembang dlm komuniti berkenaan, mis bahasa Iban; ~ persatuan bahasa yg berperanan penting menyatukan masyarakat, terutamanya dlm masyarakat yg berbilang kaum, budaya, agama dsb; ~ persuratan bahasa yg digunakan dlm penulisan dan karya kesusasteraan; ~ rasmi bahasa pentadbiran kerajaan; ~ rojak bp bahasa yg bercampur aduk kata-kata yg digunakan oleh penuturnya (mis seketika perkataan Melayu dan seketika perkataan Inggeris); ~ sasaran bahasa yg menjadi tumpuan atau hasil terjemahan drpd bahasa yg lain; ~ standard bahasa baku; ~ sukuan bahasa yg digunakan oleh suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak; ~ sumber a) bahasa yg merupakan (bahasa) asal kata pinjaman; b) bahasa yg akan diterjemahkan ke dlm bahasa yg lain; ilmu ~ a) pengetahuan tentang selok-belok bahasa; b) tatabahasa; ~ dan bangsa itu tiada dijual atau dibeli prb hendaklah menjaga budi bahasa walau drpd kaum yg hina sekalipun (walaupun kaya kalau tiada budi bahasa dihina orang juga); ~ menunjukkan bangsa prb drpd budi bahasa, orang dapat menilai kita; berbahasa 1. mempunyai bahasa, memakai (menggunakan) bahasa, bercakap dlm sesuatu bahasa: orang Kemboja ~ Khmer; kemampuan ~ seorang penutur; 2. mempunyai budi bahasa yg baik, berbudi bahasa: ia seorang yg ~;membahasakan, memperbahasakan 1. melahirkan dgn perkataan, menuturkan, mengatakan, mengucapkan: bahasa Melayu bukan sahaja diperbahasakan di Semenanjung Malaysia, tetapi di seluruh kepulauan Nusantara; 2. menyebut, memanggil: dahulu Abdul Fakar dibahasakannya abang Fakar; 3. menegur, mempersilakan dgn hormat: mereka ~ tamu agung itu duduk di tempat terhormat;kebahasaan hal dsb yg berkaitan dgn bahasa: soal-soal ~ dibincangkan dlm seminar itu; meninjau masalah-masalah ~; perbahasaan 1. peribahasa; 2. pertuturan: pakaian dan ~nya telah bertukar;pembahasaan perihal (proses, perbuatan dsb) melahirkan idea, gagasan dsb dgn menggunakan bahasa: teori ini menunjukkan bahawa pengarang adalah manusia luar biasa yg mempunyai kebolehan menggunakan setiap dimensi ~;perbahasa 1. = perbahasaan peribahasa; 2. adat sopan santun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertib | 1. peraturan yg baik dan telah ditetapkan, aturan (yg harus dipatuhi); tata~ peraturan-peraturan yg mesti dipatuhi; 2. mengikut peraturan, teratur dan rapi: segala sesuatu berjalan dgn ~; 3. dgn sopan santun, dgn majlis, dgn sepatutnya: sangat ~nya barang kelakuannya; ~ acara a) peraturan mengenai segala sesuatu yg bertalian dgn perbincangan dlm mesyuarat dll; b) acara, agenda; ~ hukum Id aturan yg berkaitan dgn undang-undang; ~ nikah aturan dlm nikah; ~ sembahyang aturan dlm sem-bahyang; ~ sopan sopan santun; bertertib mengikut tertib, teratur, sopan: apabila sampai ke rumah Pawang Dolah kau semua hendaklah duduk ~, bersopan santun; menertibkan menjadikan tertib, mengatur, merapikan: kpd tenteralah orang kampung menoleh guna ~ hukum; ketertiban 1. peraturan (dlm masyarakat dll), aturan: atas nama ~ rumah makan ini, engkau kuusir; 2. = adat ~ kelakuan yg baik dlm pergaulan, kesopanan: perbuatan yg kita lakukan demikian adalah melanggar ~ negara timur ini; 3. keadaan yg rapi, kerapian; penertiban perihal menertibkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
decent | adj 1. proper, sopan: ~ behaviour, kelakuan yg sopan; ~ language, bahasa yg sopan; 2. (of clothes) a. suitable, sesuai; b. modest, sopan, senonoh; 3. adequate, (agak) memuaskan: here you can get a ~ meal without paying through your nose, di sini kamu akan mendapat hidangan yg agak memuaskan tanpa membayar terlalu mahal; a ~ job, pekerjaan yg agak memuaskan; ~ living conditions, keadaan hidup yg memuaskan; 4. (of person) baik: a ~ chap, lelaki yg baik; 5. (colloq) kind, baik hati: it was really ~ of you to help me out, sungguh baik hati kamu menolong saya; do the ~ thing, melakukan perkara yg sepatutnya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ungracious | adj rude, churlish, tdk sopan: it would be ~ of you to refuse, tdk sopan bagi kamu menolaknya; an ~ remark, kata-kata yg tdk sopan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
impropriety | n (fml) 1. unsuitableness, ketidaksopanan, tdk sopan: he had behaved with great ~, dia berkelakuan tdk sopan; 2. inaccurateness, salah; 3. indecency, tdk senonoh; 4. a. improper act, perbuatan yg tdk /sopan, elok/; b. improper remark, kata-kata yg tdk /sesuai, kena pd tempatnya/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
decorous | adj sopan, tertib: her conduct is always ~, kelakuannya selalu sopan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
uncivil | adj tdk sopan: he was ~ to me, dia tdk sopan thdp saya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
correctitude | n sopan, adab: he behaved with the utmost ~, dia berkelakuan dgn penuh sopan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
discourteous | adj (fml) kurang sopan: ~ remarks, kata-kata yg kurang sopan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
chivalrous | adj baik dan /sopan-santun, beradab/: a kindly ~ man, orang yg baik dan sopan-santun. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
respectably | adv in a respectable manner, (dgn) sopan: she is ~ dressed, dia berpakaian sopan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
impolite | adj /kurang, tdk/ sopan: raising os voice is ~, bercakap dgn meninggikan suara adalah kurang sopan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
kinship etiquette | sopan santun kekerabatan/persanakan | sopan santun berdangsanak / awar-galat berdangsanak | sopan santun persanakan/ sopan santun kekerabatan | Antropologi |
politeness | sopan santun | kesantunan | kesantunan | Linguistik |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
genteel | sopan-santun | Sejarah | Tiada | Tiada |
decorous | sopan | Sejarah | Tiada | Perihal sifat atau tingkah laku yang tidak melanggar kesopanan atau peraturan yang lazim, bersopan santun atau beradat. |
ungentlemanly conduct | kelakuan tak sopan | Pendidikan | Tiada | Tiada |
ungentlemanly conduct | kelakuan tak sopan | Pendidikan | Tiada | Tiada |
ungentlemanly conduct | kelakuan tak sopan | Sukan | Tiada | Tiada |
derogatory act | kelakuan tak sopan (Bola Tampar) | Sukan | Tiada | Tiada |
comity | komiti | Sejarah | Tiada | Sikap sopan-santun dan saling hormat-menghormati antara individu, kumpulan atau negara. |
personal penalties | penalti peribadi | Sukan | Tiada | Hukuman terhadap pemain kerana tidak sopan, bermain bahaya, dan sengaja melanggar peraturan. |
proper proverb | peribahasa murni | Kesusasteraan | Tiada | Susunan kata-kata yang padat mengandungi nilai-nilai benar, sesuai, sopan, dan selaras dengan pemikiran bangsa yang melahirkannya. |
honorific word | kata hormat | Kesusasteraan | Puisi | Perkataan yang dipilih dan diungkapkan oleh seseorang penyair yang mengandungi nilai-nilai hormat dan sopan santun. Contohnya, perkataan yang dipilih dan diungkapkan oleh seseorang penyair seperti perkataan ibunda untuk emak dan meninggal dunia atau mangkat untuk mati. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
ososongou | tidak sopan | - | - | - | - | - | Kemasyarakatan | Kadazandusun -> Dusun Kimaragang |
nampuk/nembelang | mencelah/menyampuk (kurang sopan) | - | - | - | - | - | Pantang Larang | Bajau |
nusun saan/ kudut | menyusun pinggan semasa orang masih makan (dipercayai; tidak sopan, tidak dipercayai pendapatnya) | - | - | - | - | - | Pantang Larang | Bajau |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
sopan | beradet [bradt] | Melanau Dalat | |
sopan | bersopan baadat. | kedayan | |
mereti | sopan | TETAW | |
basa I | budi bahasa; sopan; hormat: samoa pengabang disambut enggau ~ besai semua tetamu disambut dng penuh takzim: enggau penuh ~ dng segala hormatnya; | Iban | |
miak | malu; 1 berasa aib krn membuat sst kesalahan yg tidak sopan; ~ keman lukoh pait, ~ pepela salui paman prb malu makan perut lapar, malu berkayuh perahu hanyut; 2 perasaan aib, hina, rendah diri, dll: bak menabun ~ hendak menutup malu; 3 menaruh hormat akan | Melanau Mukah | |
melilek | memberi malu kpd orang lain dgn perbuatan, percakapan yg tidak sopan. | Melanau Mukah | |
senilah | gerenyau; 1 tidak dapat duduk diam, selalu melompat-lompat dan berlari, kurang sopan (bkn budak perempuan); 2 pantas tangan atau mulut. | Melanau Mukah | |
basa I | adab; 1 tingkah laku serta kata yg halus, budi pekerti yg sopan: ~siyen diak angai gak a adabnya baik terhadap orang; 2 cara sso berkelakuan: ~ pegaul jegem a adab bergaul dgn orang; | Melanau Mukah | |
telabau II | bahasa; 1 sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan antara seorang individu dgn individu yg lain, dsb: ~ Melanau bahasa Melanau; 2 percakapan yg baik, tingkah laku yg baik, sopan santun: gaya ~ gak a gaya bahasanya kpd orang; ~ aluih baha | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
menuntum Ib, MSr | meminum sesuatu terus dari botolnya. | Tidak ada yang tidak mungkin. Selera hendak mabuk itu datang sendiri apabila melihat teman menuntum botol langkau atau secara yang lebih sopan, meneguk dari gelas atau cangkir. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
edram MSr | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras dan gula melaka, dibentuk seperti roda atau bulat leper yang berlubang di tengah. | Ketika itu Mak Nah membawa air minuman dan kuih edram. Pak Kaduk pun menjemput mereka berdua menikmati hidangan itu. Apalagi makanlah si Lamat dan si Berkat dengan penuh sopan dan beradab. Si Lamat pula menjeling pada si Berkat kerana memasukkan sebiji kuih edram ke dalam sakunya. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb هرطاخ نيمز ،یکشخ ،کاخ )khāk, khoshkī, zamīn( )khākestar( رتسکاخ )khākestarī( ىرتسکاخ )khāl( لاخ )khāleṣ, nāb( بان ،صلاخ )khāle( هلاخ )khālī( ىلاخ orang gaji di luar, keluar orang asing rendah diri, sopan khas ingatan tanah abu kelabu bintik, tahi lalat tulen, asli, jati mak cik, emak saudara kosong, hampa servant out, outside foreigner humble special memory ground, soil ash grey mole, spot
|
Kamus Thai 2.indb แรงงานออกอากาศไปท ั ่วประเทศ Pidato Per- dana Menteri sempena Hari Buruh di siarkan ke seluruh negara. สุนทรียศาสตร ์ [suntari:yasa:t] น estetika สุนัข [sunak] น anjing สุภาพ [supa:p] ว sopan santun สุภาพชน [-con] น orang berakhlak baik สุภาพบุรุษ [-burut] น lelaki สุภาพสตรี [-sattri:] น wanita สุภาษิต [supa:sit] น bidalan สุม [sum] ก melonggokkan: ชาวบ ้ านช ่ วย สุก
|
Kamus Thai 2.indb di kampung- nya. 4 (ทิวทัศน ์ ธรรมชาติ) indah, menarik, mempesonakan: ทิวท ั ศน ์ ที่ ล ั งกาวีงามจริง ๆ Pemandangan di Langkawi memang indah. 5 (ความประพฤติ กริยามารยาท นิสัย) elok, baik, sopan: เขามีมารยาทงาม Dia mempunyai budi bahasa yang elok = งดงาม ง ่ าม [a:m] น celah ง ่ าย [a:i] ว senang, mudah ง ้ าว [a:u] น pedang |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
sopan | [so.pan] | سوڤن |
|
Tesaurus |
---|
| sopan (adjektif) | Bersinonim dengan baik budi bahasa, beradat, beradab, sopan santun, berbahasa, baik kelakuan, baik akhlak, elok perangai, baik hati, tahu adat, tertib, berajar, simbai;, | | Kata Terbitan : bersopan, menyopankan, kesopanan, |
|
Puisi |
---|
|
Anjunglah Siam patah kemudi, Ambil paku lantak di papan; Diamlah diam tidak berbunyi, Lupalah malu bertepuk sopan.
Lihat selanjutnya... |
|