Kata |
Takrif |
Sumber |
adab | budi pekerti yg halus; tingkah laku yg baik; budi bahasa. kurang ~ tidak tahu adat; kurang sopan. beradab 1 baik budi bahasanya; sopan: Orang yg ~ tidak akan meninggikan suara apabila berkata-kata dgn ibu bapanya. 2 telah maju tingkat kehidupannya. peradaban sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
adab | budi pekerti yg halus; tingkah laku yg baik; budi bahasa. kurang ~ tidak tahu adat; kurang sopan. beradab 1. baik budi bahasanya; sopan: Orang yg ~ tidak akan meninggikan suara apabila berkata-kata dgn ibu bapanya. 2. telah maju tingkat kehidupannya. peradaban sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa. | Kamus Pelajar |
adab | 1. tingkah laku serta tutur kata yg halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yg halus, kesopanan: dia seorang yg tinggi ~nya; kami berbual-bual juga dan masing-masing bercermat menjaga ~, supaya tidak berlaku langgar bahasa; 2. cara seseorang berkelakuan dlm sesuatu situasi tertentu: ~ pergaulan; ~ makan; ~ tertib budi bahasa dan tingkah laku (yg halus dan sopan); balik ~ sl tiada adab, biadab, kurang sopan; ilmu ~ pengetahuan mengenai buruk baik bagi kelakuan manusia (budi bahasa dan budi pekertinya); beradab 1. mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa, bersopan: kelakuannya spt orang tidak ~; 2. telah maju tingkat kehidupan (jasmani dan rohani), bertamadun: bangsa-bangsa yg ~; mengadabi beradab (bersopan, berbudi bahasa) terhadap orang lain, menghormati: ~nya sbg orang yg sopan; memperadabkan menjadikan beradab (bertamadun), memajukan tingkat kehidupan (sesuatu bangsa atau masyarakat) pd aspek jasmani dan rohani: ~ bangsa-bangsa yg terkebelakang; peradaban keadaan serta tingkat kemajuan pd kehidupan jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat, dsb), tamadun: jangan membuang yg halus dan tinggi yg terdapat dlm ~ Barat; berperadaban telah mencapai peradaban (yg maju), bertamadun: dunia yg sofistikated lagi ~ ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
santun | 1. halus (budi bahasa atau budi pekerti), beradab, sopan: sungguh tidak diduganya perempuan yg lemah lembut, sopan dan ~ itu telah berubah sikap; pakaian yg ~ dan ranggi ini biasanya dipakai ke majlis-majlis rasmi; 2. berasa kasihan (akan orang lain), suka menolong; sudah merasa maka ~ prb setelah merasai sesuatu kesusahan barulah berasa belas kasihan akan penderitaan orang lain; menyantun, menyantuni menaruh belas kasihan, suka menolong (orang lain); kesantunan perihal (sifat dsb) santun, ke-sopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti): baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan, ~ itu sama pentingnya; penyantunan 1. perihal menyantun(i); 2. pemberian pertolongan; penyantun 1. (orang yg) halus budi bahasa, sopan: dia gadis pemalu, pelajar dan ~; 2. menaruh belas kasihan (akan orang lain), suka menolong, baik hati: engkau akan beroleh kemanakan yg ~, yg tidak mengenal bosan dan jemu; 3. penolong, pembantu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesantunan | perihal (sifat dsb) santun, ke-sopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti): baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan, ~ itu sama pentingnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbahasa | 1. mempunyai bahasa, memakai (menggunakan) bahasa, bercakap dlm sesuatu bahasa: orang Kemboja ~ Khmer; kemampuan ~ seorang penutur; 2. mempunyai budi bahasa yg baik, berbudi bahasa: ia seorang yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ilmu adab | pengetahuan mengenai buruk baik bagi kelakuan manusia (budi bahasa dan budi pekertinya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahasa I | 1. sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb): ~ Melayu; ~ Tagalog; 2. percakapan yg baik, tingkah laku yg baik, sopan santun; kurang ~ kurang sopan; tidak tahu ~ tidak sopan santun; ~ alamiah = ~ tabii bahasa yg digunakan oleh manusia dlm keadaan semula jadi; ~ asing bahasa selain bahasa ibunda, yg biasanya dipelajari secara formal atau sebaliknya; ~ badan = ~ gerak-geri = ~ tubuh cara berkomunikasi melalui gaya duduk, berjalan, berdiri, mimik muka dsb, bukan melalui pertuturan; ~ baku bahasa yg teratur dan mantap pelbagai aspeknya (spt ejaan, bentuk kata, tatabahasa, dll) dan diterima oleh masyarakat sbg norma penggunaan yg betul atau sahih, bahasa standard; ~ basahan = ~ hari-hari bahasa yg digunakan dlm percakapan sehari-hari; ~ besar bahasa yg sangat besar bilangan penggunanya di dunia, bahasa yg tergolong antara bahasa-bahasa utama di dunia; ~ buatan a) = ~ rekaan bahasa yg menggunakan peraturan dan gaya yg direka bentuk khusus oleh manusia utk kegunaan tertentu (spt dlm komputer); b) = ~ dunia; ~ dagang bahasa perdagangan; ~ bumiputera bahasa peribumi; ~ daerah loghat daerah; ~ dalam bahasa kehormatan (bahasa yg dipakai di istana); ~ dunia a) bahasa yg dipakai oleh jumlah orang yg amat besar bilangannya di merata dunia (spt bahasa Inggeris); b) = ~ buatan bahasa rekaan yg disyorkan dipakai di seluruh dunia (spt bahasa Esperanto); ~ halus bahasa atau perkataan lain yg lebih lembut yg digunakan utk menggantikan perkataan yg dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain (mis meninggal dunia utk menggantikan perkataan mati dsb); ~ hidup bahasa yg masih digunakan (secara aktif) oleh sesuatu masyarakat; ~ ibu (ibunda) bahasa sendiri yg dipakai sejak kecil; ~ ilmu bahasa yg mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi; ~ isyarat cara berkomunikasi yg tidak menggunakan ucapan atau tulisan (sebagaimana yg lazim dlm sesuatu bahasa) tetapi menggunakan gerak isyarat anggota; ~ (kacuk-) kacukan = ~ pasar a) bahasa Melayu spt yg dituturkan oleh orang bukan Melayu yg tidak menguasainya atau spt yg dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dgn orang bukan Melayu yg diketahuinya tidak pandai bertutur dlm bahasa Melayu yg betul; b) bahasa yg berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dgn bahasa kedua yg cuba dituturkannya (biasanya digunakan dlm hubungan perdagangan), pijin; ~ kasar bahasa yg tidak sopan atau tidak manis dituturkan (digunakan); ~ kebangsaan bahasa yg diterima dan digunakan ramai oleh penduduk dlm sesebuah negara yg mempunyai beberapa bahasa atau loghat yg lain; ~ kedua bahasa yg (sering) digunakan selain bahasa ibunda, bahasa asing yg diketahui atau dapat digunakan oleh seseorang; ~ kesat bahasa kasar yg digunakan utk percakapan atau tulisan yg menyakitkan hati orang lain apabila mendengar atau membacanya; ~ kiasan perkataan atau ungkapan yg digunakan dlm makna yg berlainan drpd makna sebenar atau makna biasa perkataan itu; ~ komputer = ~ pengaturcaraan bahasa buatan utk mengarang atur cara komputer; ~ lisan bahasa spt yg digunakan sewaktu bercakap; ~ mati bahasa yg tidak digunakan lagi (secara aktif) dlm masyarakat; ~ Melayu kuno bahasa Melayu yg digunakan pd zaman dahulu; ~ moden bahasa yg masih hidup dan berkembang serta digunakan sehingga hari ini, mis bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris; ~ nadaan bahasa yg pola nadanya membentuk sebahagian drpd struktur kata dan bukannya struktur ayat dan bersifat pembeza makna contohnya bahasa Cina dan bahasa Thai; ~ Oceania bahasa yg dituturkan di Australia dan di pulau-pulau Lautan Pasifik; ~ penghantar (pengantar) bahasa yg digunakan sbg alat perhubungan atau komunikasi dlm pengajaran (di sekolah) atau dlm perundingan (mesyuarat dsb); ~ penyatu bahasa persatuan; ~ peraga bahasa utama yg saling melengkapi bahasa kedua (spt bahasa Melayu dgn bahasa Inggeris); ~ perantaraan bahasa yg digunakan dlm perhubungan (percakapan dll) antara orang-orang yg berlainan bahasa ibunda masing-masing (mis kerana berlainan bangsa); ~ percakapan bahasa hari-hari; ~ perdagangan bahasa yg digunakan dlm dunia perdagangan; ~ peribumi bahasa yg dituturkan oleh penduduk asli sesuatu kawasan dan berkembang dlm komuniti berkenaan, mis bahasa Iban; ~ persatuan bahasa yg berperanan penting menyatukan masyarakat, terutamanya dlm masyarakat yg berbilang kaum, budaya, agama dsb; ~ persuratan bahasa yg digunakan dlm penulisan dan karya kesusasteraan; ~ rasmi bahasa pentadbiran kerajaan; ~ rojak bp bahasa yg bercampur aduk kata-kata yg digunakan oleh penuturnya (mis seketika perkataan Melayu dan seketika perkataan Inggeris); ~ sasaran bahasa yg menjadi tumpuan atau hasil terjemahan drpd bahasa yg lain; ~ standard bahasa baku; ~ sukuan bahasa yg digunakan oleh suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak; ~ sumber a) bahasa yg merupakan (bahasa) asal kata pinjaman; b) bahasa yg akan diterjemahkan ke dlm bahasa yg lain; ilmu ~ a) pengetahuan tentang selok-belok bahasa; b) tatabahasa; ~ dan bangsa itu tiada dijual atau dibeli prb hendaklah menjaga budi bahasa walau drpd kaum yg hina sekalipun (walaupun kaya kalau tiada budi bahasa dihina orang juga); ~ menunjukkan bangsa prb drpd budi bahasa, orang dapat menilai kita; berbahasa 1. mempunyai bahasa, memakai (menggunakan) bahasa, bercakap dlm sesuatu bahasa: orang Kemboja ~ Khmer; kemampuan ~ seorang penutur; 2. mempunyai budi bahasa yg baik, berbudi bahasa: ia seorang yg ~;membahasakan, memperbahasakan 1. melahirkan dgn perkataan, menuturkan, mengatakan, mengucapkan: bahasa Melayu bukan sahaja diperbahasakan di Semenanjung Malaysia, tetapi di seluruh kepulauan Nusantara; 2. menyebut, memanggil: dahulu Abdul Fakar dibahasakannya abang Fakar; 3. menegur, mempersilakan dgn hormat: mereka ~ tamu agung itu duduk di tempat terhormat;kebahasaan hal dsb yg berkaitan dgn bahasa: soal-soal ~ dibincangkan dlm seminar itu; meninjau masalah-masalah ~; perbahasaan 1. peribahasa; 2. pertuturan: pakaian dan ~nya telah bertukar;pembahasaan perihal (proses, perbuatan dsb) melahirkan idea, gagasan dsb dgn menggunakan bahasa: teori ini menunjukkan bahawa pengarang adalah manusia luar biasa yg mempunyai kebolehan menggunakan setiap dimensi ~;perbahasa 1. = perbahasaan peribahasa; 2. adat sopan santun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tataadab | budi bahasa yg baik; peri sopan santun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tataadab | budi bahasa yg baik; peri sopan santun. | Kamus Pelajar |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
epigram | epigram | Kesusasteraan | Tiada | Puisi pendek yang bernas serta mengandungi fikiran yang bijak dan menyindir. Bahasa yang digunakan dalam epigram biasanya puitis dan pendek tetapi mengandungi buah fikiran yang baik, halus, menari dan mendalam maknanya. Epigram berfungsi sebagai panduan atau petunjuk kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sesetengah epigram dijadikan kata-kata hikmat yang sering diingat dan dihafal sebagai panduan. Ada kalanya, bahasa puitis dalam epigram mempunyai nada yang menyindir, khususnya pada golongan manusia tertentu. Mulai abad ke-16, karya berbentuk epigram menjadi salah satu genre kesusasteraan penting di England. Antara tokoh penting dan berwibawa dalam bidang ini ialah Jonson, Drummond, Dryden dan Swift. Kini, epigram digunakan semula oleh pengarang dalam karya moden untuk menyampaikan amanat tertentu. Kesusasteraan Melayu tradisional kaya dengan unsur-unsur epigram yang boleh ditemui dalam pelbagai ungkapan, bidalan, pepatah, perumpamaan dan peribahasa. Unsur epigram merupakan salah satu bahan pengajaran dan pendidikan yang penting kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana dalam karya epigram, terdapat unsur-unsur yang memperlihatkan ketinggian dan kehalusan pemikiran dan budi bahasa masyarakat Melayu zaman silam. Epigram berasal daripada perkataan Yunani epigramma yang bermaksud unsur pengajaran, didaktik, dan nasihat. Contoh epigram Melayu dalam bentuk peribahasa adalah seperti yang berikut: Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna. Kerana pulut santan binasa, Kerana mulut badan binasa. Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. |
seloka | seloka | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Melayu tradisional yang tidak tetap bentuknya dari segi rangkap, baris, dan rima. Tujuan seloka adalah untuk berhibur, bersenda dan berjenaka. Kadang-kadang seloka bersifat menyindir dan mengejek. Bahasanya amat sinis serta tajam tetapi disampaikan dengan nada berseloroh dan berjenaka. Biasanya, seloka tidak panjang tetapi berangkap dan barisnya amat padat. Contoh seloka berjudul Seloka emak Si Randang adalah seperti yang berikut: Baik budi Emak si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuh, Anak di pangkuan dilepaskan, Kera di hutan disusui, Awak pulang kelaparan, Beras habis, padi tak jadi. Contoh seloka yang lain ialah: Candu dibungkus kain palas, Makan dia mata bilas-bilas, Mandi segan kerja alas, Harta orang hendak digalas. Seloka berasal daripada bahasa Sanskrit shloka yang bermaksud pujian atau pemujaan. Shloka terdapat dalam epik Ramayana dan Mahabharata. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
diak | baik; 1 elok, bagus: bup itou ~ bak basa aneak umit buku ini baik dibaca oleh kanak-kanak; 2 tidak jahat kelakuan dll: ~ tan tabiyet aneak yen baik budi pekerti budak itu; 3 menyatakan persetujuan: ~lah mak, ~lah inak baiklah emak; 4 pulih, sembuh: paleks | Melanau Mukah | |
sayan I | pekerti, budi pekerti; 1 perangai, kelakuan, tabiat: iman wak seperenak jegem ~ wak diak itoulah wak kekel iman yg sempurna dan budi perkerti yg baik itulah yg kekal; 2 perbuatan (kurang baik): nda bei ~ tidak ada budi pekerti; 3 tatatertib, disiplin; | Melanau Mukah | |
balas | balasan (a) jawapan: ~ surat nya baru udah diterima iya jawapan surat itu baru saja diterimanya; (b) tanda terima kasih (atas kebaikan yg diterima dll): ~ budi balas budi; (c) ganjaran (utk perbuatan baik dll): serang ~ serangan balas; | Iban | |
basa I | adab; 1 tingkah laku serta kata yg halus, budi pekerti yg sopan: ~siyen diak angai gak a adabnya baik terhadap orang; 2 cara sso berkelakuan: ~ pegaul jegem a adab bergaul dgn orang; | Melanau Mukah | |
Kamus Parsi.indb any form or by any means, electronic or mechanical, including photocopying, recording or by any information storage and retrieval systems, without permission in writing from the Director-General of Dewan Bahasa dan Pustaka, P.O. Box 10803, 50926, Kuala Lumpur, Malaysia. Negotiation is subject to the calculation of royalty or honorarium. Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in-Publication Data Kamus padanan tiga bahasa : Melayu-Inggeris-Parsi Parsi-Melayu-Inggeris/penyusunan Hakimeh Dabiran; penyunting dan penyedia transliterasi Muhammad Bukhari Lubis, Firus Akhtar Lubis, ISBN 978-948-46-0154-6 1. Malay language--Dictionaries-- Polyglot
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd ii KAMUS TEKNOLOGI MAKLUMAT: KESELAMATAN KOMPUTER SIRI KAMUS ISTILAH MABBIM Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 1 6/6/11 4:01:20 PM iii KAMUS TEKNOLOGI MAKLUMAT: KESELAMATAN KOMPUTER Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2011 SIRI KAMUS ISTILAH MABBIM Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 3 6/6/11 4:01:21 PM Cetakan Pertama 2011 © Dewan Bahasa dan Pustaka 2011 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama
|
Kamus Thai 2.indb ก็ [k] ว juga, pun: ถ ้ าคุณไป ผมก ็ จะไป Kalau kamu pergi, saya akan pergi juga. หรือ Kalau kamu pergi, saya pun akan pergi. ก็ดี [-di:] ว pun baik juga: คุณอธิบาย เสียหน ่ อยก็ดี Anda terangkan sedikit pun baik juga. ก็ได ้ [-dai] ว pun boleh: น ั ่งเก ้ าอี้ ต ั ว ไหนก็ได ้ Duduk di kerusi mana-mana pun boleh. กก 1 [kok] น menderung: ชาวบ
|
Kamus Thai 2.indb dadah. จรด [carot] ดู จด¹ จรดพระนังคัล [-pranakan] น upa cara pembukaan sawah diraja: พระเจ ้ า แผ ่ นดินเสด็จไปยังพระราชพิธีจรดพระนังคัล Raja berangkat ke upacara pembu kaan sawah diraja. จรรยา [canya:] น budi, akhlak, etika, moral: เขาถูกบ ่ มเพาะเพื่ อให ้ เป็นคนที่ มีจรรยาดี Dia diasuh supaya menjadi orang yang mempunyai budi yang baik. จรรยาบรรณ [-ban] น etika: นายแพทย ์ จะต ้ องยึดถือจรรยาบรรณแพทย ์ Doktor mesti berpegang kepada etika perubatan. จรวด [caruat] น roket จระเข ้ [c:rake:] น buaya จราจร [cara |
Kamus Thai 2.indb น haram นอกจาก [-ca:k] สัน kecuali: ทุกคนนอน หมดแล ้ วนอกจากฉัน Semua orang sudah tidur kecuali saya. นอกใจ [-cai] ก curang: สามีที่ ดีต ้ อง ไม ่ นอกใจภรรยา Suami yang baik mesti tidak curang terhadap isteri. นอกชาน [-ca:n] น pelantar นอกเหนือ [-na] ว lebih daripada: เขาทำงานนั้นนอกเหนือจากที่ ได ้ สั่งไว ้ Dia membuat kerja itu lebih daripada yang diarahkan. นอง [n Saya tidak sangka akan bertemu de ngan Encik Mazlan di pasar raya. นึกว ่ า [-wa:] ก sangka: ฉันนึกว ่ าเขาดี ที่ แท ้ ก ็ เลว Aku sangka dia baik, rupa- rupanya jahat. นึ ่ ง [n] ก mengukus นุ ่ ง [nu] ก memakai: เขานุ ่ งโสร ่ งไปมัสยิด Dia memakai kain pelikat ke masjid. นุ ่ น [nun
|
Kamus Thai 2.indb Empat bertanggungjawab atas kematian penunjuk perasaan di Takbai. รับรอง [-r:ng] ก 1 memperakui: อาจารย ์ ใหญ ่ รับรองว ่ าฮารนเป็นนักเรียนที่ ดี Guru besar memperakui bahawa Harun memang murid yang baik. 2 menyam- but: รัฐบาลเตรียมรับรองผู ้ นำจากต ่ างประเทศ Kerajaan membuat persiapan untuk menyambut pemimpin asing. รับรัก [-rak] ก membalas kasih: หญิง สาวคนนั้ นไม ่ รับรักใครเลย Gadis itu tidak membalas kasih ราชสำนัก [ra:tcasamnak] น istana ราชอาณาจักร [ra:tcaa:na:cak] น negara ราชโองการ [ra:tcao:ngka:n] น ti- tah diraja ราชา [ra:ca:] น raja ราชาศัพท ์ [-sap] น bahasa istana ราชินี [ra:cini:] น raja perempuan, permaisuri ราด [ra:t] ก menyiram: หมอราดศีรษะ ลูกของฉันด ้ วยน ้ ำดอกมะลิ Bomoh itu me- nyiram kepala anak saya dengan air bunga melur |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata baik budi bahasa |
|
Puisi |
---|
|
Bagaimana tidak diikat, Kain batik sama sujinya; Bagaimana tidak diingat, Orang baik bahasa budinya.
Lihat selanjutnya... |
|